22/10/2024
Pernah tak rasa teruja gila bila tengok iklan projek rumah baru—kolam renang infinity, rooftop garden, siap ada gym mewah? Fuh, memang jatuh cinta pandang pertama, kan? Tapi, realitinya, beli rumah undercon ni bukan sekadar ‘wow factor’ je…
Sebelum anda swipe kad kredit atau sign apa-apa booking form, ada beberapa perkara penting yang anda kena tahu. Sebab kadang-kadang, projek yang nampak perfect tu boleh jadi mimpi ngeri kalau kita tak buat research betul-betul.
Saya kongsi beberapa tips yang saya selalu bagi pada kawan-kawan bila dorang excited nak beli rumah undercon:
1️⃣ Selidik Latar Belakang Pemaju Betul-Betul
Jangan tengok harga sahaja. Tengok sekali rekod pemaju tu. Kalau ada history projek delay, siap banyak komplen, baik elak. Pemaju yang ada track record bagus biasanya takkan hampakan pembeli.
2️⃣ Pastikan Lokasi Berbaloi
Lokasi! Lokasi! Lokasi! Tengok ada kemudahan ke tak. Kalau ada sekolah, pasaraya, access highway, LRT, MRT station — itu kira jackpot! Rumah dekat area yang strategik boleh bantu naikkan value hartanah nanti.
3️⃣ Periksa Fasiliti yang Disediakan
Tengok fasiliti macam pool, gym, taman permainan. Kena match dengan gaya hidup kau dan family, barulah puas hati tinggal nanti. Dan fikir juga kalau plan buat sewa, facilities ni dapat tak bagi 'unfair advantange' berbanding projek yang berdekatan
4️⃣ Jangan Lupa Skim Diskaun dan Rebat
Pemaju kadang bagi rebat 10% atau free SPA. Tapi, jangan excited dulu. Tengok terma dia dulu. Kadang-kadang ada hidden charges yang mungkin kita terlepas pandang.
5️⃣ Bandingkan Harga dengan Projek Lain
Jangan terus beli sebab harga nampak murah. Bandingkan harga dengan projek-projek lain di kawasan sama. Kadang-kadang harga lebih rendah sebab saiz unit lebih kecil atau fasiliti tak sebanyak yang lain. Kena pastikan harga yang anda bayar tu berbaloi-berbaloi.
6️⃣ Plan Kewangan dan Dapatkan Pre-Approval Loan
Jangan lupa plan bajet betul-betul dan lagi bagus, buat pre-approval dengan bank dulu. Jadi anda dah tahu berapa loan yang layak anda dapat dan dapat tahu berapa harga rumah yang sesuai dengan profile anda. Tak adalah ter-overbudget.”
Jadi, sebelum anda teruskan dengan booking fee tu, tanya diri dulu—adakah anda dah bersedia sepenuhnya? Kadang-kadang, keputusan besar macam ni perlu lebih daripada sekadar ikut perasaan. Research dan plan betul-betul, sebab rumah yang kita pilih tu boleh jadi “dream home” atau “regret home”. Pilihan di tangan anda!
Anda sendiri bagaimana? Pernah ada pengalaman atau dilema ketika nak beli projek undercon? Apa faktor yang paling penting bagi anda sebelum buat keputusan?
Jom kongsikan—mungkin pengalaman anda boleh bantu orang lain yang tengah buat pilihan sekarang!
Faisal Pecey
S**a bercerita tentang Property