01/03/2024
Takde sape tanya, tapi harini saya nak share KOS BELI RUMAH SUBSALE (rumah secondhand) di Malaysia for my own reference dan yang lain jugak secara ringkas. Lets go.
1) 10% DEPOSIT
Untuk rumah Subsale atau rumah secondhand ni, kita perlu sediakan 10% Deposit.
Contoh kiraan :
RM160,000 x 10% = RM16,000
2) 3.18% EARNEST DEPOSIT
Kita perlu sediakan earnest deposit ni apabila kita bersetuju untuk beli rumah tersebut selepas viewing dari vendor atau pemilik asal. 3.18% Earnest Deposit ni bukan lah 3.18% dari harga rumah, tapi ianya sebahagian dari 10% deposit tadi. Dan perlu dibayar kepada akaun agensi hartanah yang uruskan proses jual beli kita. Contoh kiraan :
RM16,000 x 3.18% = RM508.80
10% - 3.18% = 6.82% baki
Jadi baki 6.82% deposit ni nak bayar bila? Okay, bayar setelah pinjaman bank lulus dan kita dah tandatangan perjanjian jual beli rumah (SPA).
3) LAWYER FEE SPA
Lawyer fee pun perlu sebab kita kena bayar lawyer yang bertungkus lumus bekerja untuk kita. % bayaran yang dikenakan bergantung kepada harga jualan rumah kita.
Untuk contoh rumah RM160k ni adalah 1%.
Contoh Kiraan :
RM160,000 x 1% = RM1,600
Tapi ni belum termasuk kos guaman didalam sebut harga kaveat, pendaftaran pejabat tanah, perbelanjaan am, carian geran hartanah, carian muflis dan banyak lagi. Jadi kena refer lawyer kita berapa total kos nya.
4) STAMP DUTY SPA
Duti Setem untuk SPA pun ada % kiraannya seperti yuran guaman SPA.
Contoh kiraan untuk rumah berharga RM160k :
RM100,000 x 1% = RM1,000
RM60,000 x 2% = RM1,200
Total : RM2,200
Kos guaman dan duti setem ni pembeli dan penjual pun terlibat.
5) LAWYER FEE UNTUK MORTGAGE
Alright, % bayaran yang kita kena bayar adalah sama macam nilai urusan SPA. Bezanya adalah bergantung kepada jumlah pinjaman perumahan dan bukan harga jualan rumah.
Contoh loan rumah lulus 90% jadi kita cuma bayar 1% dari 90% loan yang lulus tu.
Contoh kiraan :
RM144,000 x 1% = RM1,440
6) STAMP DUTY UNTUK MORTGAGE
Duti Setem mortgage % nya adalah kekal sama iaitu 0.50% yang akan dicajkan keatas 90% mortgage yang kita terima.
Contoh Kiraan :
RM144,000 x 0.50% = RM720
7) VALUATION FEE
Valuation fee pun ada kiraan % nya. RM100k pertama 0.25% amount seterusnya sehingga harga rumah RM2m adalah 0.20%
Contoh Kiraan :
RM100,000 x 0.25% = RM250
RM60,000 x 0.20% = RM120
Total = RM370
8) HOUSING INSURANCE
Tempoh mortgage adalah panjang, boleh cecah sehingga 35 tahun. Jadi insuran adalah untuk cover mortgage kita sekiranya berlaku apa apa didalam tempoh 35 tahun. Pelan insuran yang ada untuk kita ialah MRTT/MRTA atau MLTT/MLTA.
Tujuan utamanya ialah untuk membantu melangsaikan hutang pinjaman bank sekiranya kita meninggal atau mengalami kecacatan kekal.
Jadi kesimpulannya, untuk memiliki rumah subsale berharga RM160,000 ni kita kena sediakan cash sekurang-kurangnya RM22,838.80.
Sekian.
Next posting saya akan share kos untuk beli rumah New Project / Perumahan Baru.
Saya doakan korang semua berjaya memiliki rumah pertama, kedua, ketiga dan seterusnya amin.
comment 🫰🏻 kalau korang baca sampai habis. Terima Kasih 😄