Realty Empress

Realty Empress This is my journey. My processes of how to be real investor, starting from property investment. Come along, join me, we grow our wealth together.

Individual Title vs Strata TitleNak beli rumah tapi confused apa beza individual title vs strata title?Title atau geran ...
12/06/2022

Individual Title vs Strata Title

Nak beli rumah tapi confused apa beza individual title vs strata title?

Title atau geran adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian bagi menyatakan hakmilik sesebuah hartanah yang dibeli.

♦️ Individual Title
+ dikeluarkan untuk landed properties sahaja seperti rumah teres, banglo atau berkembar.

+ Pemilik rumah individual berhak untuk renovate selagi pelan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rumah individual title tidak semestinya perlu bayar maintenance setiap bulan.

♦️Strata Title

+ dikeluarkan untuk rumah bertingkat, rumah landed dan pejabat dalam pembangunan yang berkongsi kemudahan seperti komuniti gated and guarded, khidmat sekuriti, kolam renang dan carpark di bawah seliaan JMB.

+ Rumah strata tidak boleh diubahsuai rupa luaran

+ Rumah strata wajib bayar maintenance fee setiap bulan

Ha sekarang jelas tak apa beza strata dengan individual title?

Kalau ya, boleh share post ni pada kawan-kawan ya😁

Izah, your dream home specialist.
Casa Realty

Haritu partner saya, Kak Mel pergi visit sales gallery rumah projek kat Jalan Kuching. Architect dia buat concept britis...
06/09/2021

Haritu partner saya, Kak Mel pergi visit sales gallery rumah projek kat Jalan Kuching.

Architect dia buat concept british colonial🇬🇧

Cantik sangattt! Dahlah saya s**a giler gaya vintage ni. rasa nak simpan utk family saya je sebuah! 😍

Puan-puan yang s**a style vintage tropical ni?

Harini saya nak share rumah tema orang kaya british dulu-dulu.

Ada 3 ruang yang saya highlight :
1. Ruang tamu
2. Ruang bilik
3. Ruang dapur

Boleh swipe tengok detail pada gambar tau⏩
Dah dapat bayang macam mana nak deko rumah tema british colonial?

Barulah masuk rumah fefeeling org kaya british dulu-dulu😆

Geng perfectionist, boleh lengkapkan deko interior kita dgn rumah design british colonial terus.

Berminat nak tengok rumah ni? PM, saya set appointment sales gallery & virtual tour!





4 Musuh Utama Punca Loan Rumah Baru Tak LulusSepanjang saya jadi ejen hartanah, saya dah jumpa bermacam-macam jenis oran...
23/08/2021

4 Musuh Utama Punca Loan Rumah Baru Tak Lulus

Sepanjang saya jadi ejen hartanah, saya dah jumpa bermacam-macam jenis orang yg nak mohon loan untuk kondominium idaman.

Ada yang lulus, ada yang tak lulus. Kebanyakan kes yg tak lulus mesti ada salah satu 4 masalah ni 👇

✅1. Tunggakan Pinjaman Pelajaran

Dah habis belajar? Latih diri korang utk bayar balik loan pelajaran tu on time.

Kalau tunggakan terlalu tinggi, bukan saja loan rumah tak lulus, kita juga boleh diblacklist daripada ke luar negara. Say bye-bye to vacation~

✅2. Beli Kereta Di luar Kemampuan

Nak beli kereta baru? Silakan. Lagi-lagi kalau perempuan, lebih selamat kalau kita pergi kerja seorang diri guna kereta berbanding motor.

Tapi janganlah sampai bayaran ansuran kereta tu terlalu tinggi, makan lebih 50% gaji kita.

✅3. Tunggakan Pinjaman Peribadi

Sebelum kita ambil personal loan, pastikan kita tahu kesannya pada kewangan diri sendiri. Kadar faedah personal loan ni agak tinggi berbanding pinjaman lain tau.

Dah pandai pinjam tu, pandai-pandailah bayar,jangan ada tunggakan nanti bank tak s**a.
✅4. Tunggakan Kad Kredit

Haa yang ni lah punca masalah paling banyak jadi.

Mentang-mentanglah boleh hutang, setiap kali shopping kita swipe je sampai tak hengat donia🤣

Hati-hati ladies. Tak pasal-pasal loan tak lulus sebab kad je.
Sebenarnya tak salah pun kalau korang nk buat pinjaman.

Cuma pastikan diri sendiri bayar on time. Barulah credit scoring kita cantik,bank pun yakin nak bagi kita loan.

Jadi, sebelum nak sign offer loan, ukur baju dibadan sendiri dulu. Mampu ke nak bayar ni?Tak mampu? Hold dulu.

Tengah plan nak dapatkan rumah idaman?

Meh sini I nak check credit scoring. Kita betulkan mana yang patut supaya loan senang lulus dan terus suggest rumah yang terbaik ikut kemampuan korang

PM sekarang. Takyah malu-malu😁 I makan nasi, tak pernah makan orang pun.


20/08/2021

Cari ilmu sebelum melabur. Kalau melabur tanpa ilmu, maknanya bukan melabur, kita berjudi😑

Rumah Pertama, Beli Untuk Invest Atau Duduk Sendiri Dulu?Kawan-kawan saya tanya, kalau kita nak beli rumah pertama, kita...
12/08/2021

Rumah Pertama, Beli Untuk Invest Atau Duduk Sendiri Dulu?

Kawan-kawan saya tanya, kalau kita nak beli rumah pertama, kita patut beli untuk invest atau patut beli untuk duduk sendiri dulu?

Kalau tanya saya, saya sendiri pegang mazhab rumah pertama untuk invest.

Kenapa? Ada banyak sebabnya. Boleh baca sendiri artikel tulisan Tok Penghulu, Faizul Ridzuan atau Ariff Shah.

Semua akan cakap benda sama.

✅1. Delayed Gratification

Bila kita mampu, of courselah kita nak beli rumah idaman yang paling best untuk keluarga. Bak kata Tok Penghulu, rumah paling besar, paling lawa ni bukannya murah-murah. Lagi-lagi kalau landed, confirm mahal.

Tapi kalau kita masih bujang dan kerja pun pindah randah, lebih jimat menyewa je. Tangguhkan kejap rasa nak reward diri.

Tunggu sampai betul-betul boleh settle down, betul-betul ada budget untuk rumah paling lawa.

Waktu tu, kita pun tak kesah kalau tak jana pendapatan dari rumah yang kita duduk.


✅2. Jana Pendapatan

Nak melabur dalam rumah ni banyak strateginya. Ada strategi cashflow, ada strategi capital appreciation.

Katakan kita melabur dalam rumah yang boleh disewakan pada harga lebih tinggi daripada harga installment, kita dah dapat duit lebih bulan-bulan.

Dahlah penyewa bayarkan loan bank, siap ada duit lebih lagi sebagai cashflow.

Rumah yang elok macam ni, boleh jadi aset bukannya liabiliti.

Maknanya, lepas setahun kalau tuan puan rasa nak guna duit, boleh je terus refinance tanpa risau siapa nak bayar.


✅3. DSR Cantik, Bank Pun S**a

Rumah ni selagimana kita belum bayar habis, rumah tu akan jadi liabiliti untuk kita.
Bezanya kalau kita beli untuk invest dulu, kemudian baru beli untuk duduk sendiri, DSR kita lagi cantik.

Kalau kita dapat pendapatan daripada sewaan rumah, bank akan kira DSR ditambah pendapatan sewa yang kita dapat.

Contohnya :

Ali bergaji RM3500.
Ada komitmen bulanan, motor RM100. kereta RM400.
Installment bulanan rumah ialah RM1600.

+ Kalau rumah pertama Ali duduk sendiri,
DSR Ali =
(100+400+1600)/3500
= 50%

+ Kalau rumah pertama Ali disewakan pada harga RM1750, Ali dapat pendapatan RM150.
average bank amik dari sewa ialah 70%

Jadi 70% x 1750 = RM1225

DSR Ali =
(100+400+1600) / (3500 + 1225)
= 44%

Poinnya disini, komitmen Ali dah berkurang, pendapatan pun bertambah.
DSR Ali akan jadi lagi rendah.

Apa pentingnya DSR rendah?

Bila Ali pilih untuk beli rumah disewa dulu kemudian baru pilih untuk beli rumah duduk sendiri, bank akan tengok DSR Ali ni rendah. Dia akan lebih mudah untuk luluskan loan rumah seterusnya.

Bukan senang nak convince bank supaya luluskan loan tau. Kena hadam rukun simple ni.

Boleh faham tuan puan? Kalau nak saya kirakan DSR whatsapp terus ya😊




CaseStudy: How Choosing Wrong Car Can Affect Your DSR?Need a car to go to work?Go ahead. Especially for ladies, it is mu...
24/03/2021

CaseStudy: How Choosing Wrong Car Can Affect Your DSR?

Need a car to go to work?
Go ahead. Especially for ladies, it is much safer to drive cars compared to motorcycles.

But my friends, don't simply buy a car even if the price is below your salary. Here's why.


First thing first, what is DSR?

DSR (Debt Service Ratio) is a method used by banks to calculate whether or not you can afford the loan you’re applying for.

In terms of a home loan, this formula helps bankers estimate how much you can afford to pay for your monthly instalments.


♦️1. How to choose cars based on salary?

You may use this formula from Azizul Azli:
Montly Salary X 12 = Car Price

Example :
Cik Dila's salary is RM2.1k
RM2.1k x 12 = RM25.2k

Cars below RM25k ? Latest Perodua Axia starts with RM24.9k.

RM3k = Bezza
RM3.8k = Myvi
Exora RM61.7k? Salary RM5.2k above.

♦️2. Choose a car with short loan tenure & easier to settle full payment.

Car loan is unlike to home loan. Max for car loan is 9 years only and it's fixed rate.

Meaning, you have to pay exact amount of interest every year.
Example :
4% of 81.4k = RM29.3k(sedekah pd bank)

The longer you drag, the more you pay.

♦️3. Don't Go Beyond 50% DSR

Cik Nadia's salary is RM3.5k

If you read what I wrote above, supposedly Cik Nadia's better option is a Bezza.

Yet, she bought Honda Civic RM109k.

With loan tenure 9 tahun, how much is her car montly commitment?
RM1010

Seems harmless right? But she has other commitments :
+ PTPTN RM200
+ ASBF RM250
+ credit card RM150
+ rent RM900

Total commitment =RM2510

When she came to me before even choosing any property, her DSR is already beyond max.

RM(200+250+150+900+1010)/3.5k
= (RM2510/RM3.5k)x100%
= 71%

♦️4. How to help Cik Nadia buy any property?

SOLUTION : Sell the honda, stop creditcard, buy an axia.

Axia is enough since she's single. Monthly commitment,RM230.

The property she's aiming is RM1.1k per month.

New calculation :
(RM200+250+1100+230)/3500
DSR=50.8%
with CC=55%

If Cik Nadia is clever, she can rent out her other bedroom for RM500 & live in the master bedroom.

She'll save more and in future,her DSR will decrease to 43% by adding rental income.

Can you see the impact of choosing correct car?
Need me to help you calculate your DSR? DM je😊

Berita Baik Untuk Penduduk Atau Pekerja Kawasan Wilayah Kuala Lumpur❗️Rumawip Residensi Merdu @ Setapak (Beside Royal Se...
06/03/2021

Berita Baik Untuk Penduduk Atau Pekerja Kawasan Wilayah Kuala Lumpur❗️

Rumawip Residensi Merdu @ Setapak (Beside Royal Selangor)

•••
🔥ONLY RM300K (Cheapest new apartment available around its area)
🔥 Located in the middle of KL matured area
🔥 Nearby Setapak Central Mall, PV128 Business Park, Columbia Asia Setapak Hospital, Tasik Danau Kota
🔥 Low density (limited unit)!
🔥Can choose favourable unit!
🔥 Include 15 facilities!

•••
✅Special Price
------------------
RM300k
🛏 810sf (3R2B)
🚗1 Parking Lot

RM318k
🛏 810sf (3R2B)
🚗 2 Parking Lot

•••
📍Swimming pool available for this RUMAWIP
📍Surrounded by Public Amenities such as Banks, Restaurants, Education Institute & etc
📍Only 5 mins drive to nearby LRT station (LRT Wangsa Maju)

•••
❗Awesome Package❗
🌟Booking hanya RM500 ✨
🌟FREE SPA Legal Fees✨
🌟100% LOAN disediakan*✨
🌟 Banker & Legal Panel provided by deveoper✨

•••
❗️OPEN FOR BOOKING❗️

•••
For more detailed info & viewing appointment kindy contact me.⬇️

•••
Developer's Panel Agent
Izah Asmadi
https://wasap.my/601116884548/merdu
Great Casa Realty Sdn Bhd

•••

Berbaloi ke rumah 3 bilik area Wangsa Maju harga bawah RM370k ? Ada 6 Sebab Kenapa Projek Ni Laku Keras.Projek M+ Bulana...
15/01/2021

Berbaloi ke rumah 3 bilik area Wangsa Maju harga bawah RM370k ? Ada 6 Sebab Kenapa Projek Ni Laku Keras.

Projek M
+ Bulanan 1500+-
+ 3 bilik 2 bilik air
+ Size 857 sqft
+ 2 Parking
+ 4 FREE aircond

Siap 4 tahun lagi. Agak-agak 4 tahun lagi ada tak rumah spec condo harga macam ni?

Ada 6 sebab kenapa tuan puan patut consider project ni, point yang terakhir tu yang paling penting.

1️⃣ Location

5 minit drive ke LRT Wangsa Maju.

Easy access ke KL. 1 minit drive ke Jalan Genting Klang.

Dari Jalan Genting Klang belok kiri ke KL, kanan ke MRR2. Dari MRR2 belok kiri ke arah utara, naik ke Pantai Timur, kalau belok kanan ke selatan, Sg Besi, Melaka Johor.

2️⃣ Facility

Walaupun tuan puan beli dengan harga bawah 400k tapi tuan puan akan dapat nikmati macam-macam facility.

Total ada 26 facilities dekat tingkat 8 dan 9 tambahan facilities dekat ground floor. Berbaloi tak?

3️⃣ Own Stay factor

Kawasan Setapak ni dah matured. Semua keperluan untuk jalani kehidupan harian dah ada.

Kedai, sekolah, hospital semua lengkap dah. Even bawah rumah ni nanti akan ada 16 shoplot. Ada lebih dari 10 mall dekat 5km radius.

Selain tu, kawasan ni adalah kawasan local favourite, terutamanya bab kejiranan Melayu.

4️⃣ Entry Cost Rendah

Untuk beli project ni korang hanya perlu sediakan RM 2k sahaja :

(1) RM 500 untuk booking,
(2) RM 1500 masa sign agreement.

5️⃣ Harga

Range sewa untuk condo dekat area Setapak sekarang dlm 1300-1500.

Kalau tuan-tuan beli rumah ni bayar RM1500 (installment bank) + 282 (maintenance fees).
Dalam RM1800

Tapi rumah ni rumah tuan puan sendiri bukan bayar sewa kepada tuan rumah. Setiap bulan bayar kurangkan loan.

Bayaran lawyer semua developer akan tanggung. Project ni under HOC jadi akan dapat free stamping dan MOT.

6️⃣ Good time to buy

Point yang terakhir ni basically pasal kadar rate interest bank sekarang.

Buat yang ada kemampuan, sekarang adalah masa terbaik untuk beli hartanah.

Kalau dulu kita kira dengan gaji,kita boleh dapat loan RM 200k sekarang mungkin boleh naik ke RM 300k.
Best kan? Sebab tu projek ni dah sold out lebih 50%. 20minit lambat pun dah boleh terlepas unit.

Siapa yang nak grab peluang beli rumah harga macam ni dekat Setapak, boleh whatsapp saya.

Nak lagi senang, kita schedule sesi zoom saya explain in detail dan kirakan kelayakan terus.

Tekan link 👇
http://wasap.my/601116884548/newprojectsetapak

Yang berkhidmat,
Izah Asmadi
Penulis yang s**a property😁

04/11/2020

Starting is the hardest part of anything in life.

While progressing requires a lot of self belief when your mind keep on doubting and wanting to quit.

Stay strong.
Progress over perfection.

Macam mana gaji 2.8k boleh dapat rumah pertama bayar RM2ribu je?Bukan scam, ni hak korang yang ramai taktahu. Dah lama t...
05/09/2020

Macam mana gaji 2.8k boleh dapat rumah pertama bayar RM2ribu je?

Bukan scam, ni hak korang yang ramai taktahu. Dah lama tak buat sharing pasal property ni.

Apa cara-cara nak dapatkan rumah baru area KL dengan gaji rm2.8k?

Jawapannya, applylah Rumawip.
Saya ambil contoh sebenar latest Rumawip yang kerajaan sediakan ; Vista Danau Kota, KL. Ya, bayar RM2k je.

Mula-mula kena tahu apa syarat untuk Rumawip ni:
1. Gaji bawah RM5k
2. Rumah pertama korang
3. Jawab soalan AKPK

Permohonan Rumawip korang perlu buat sendiri di website:
https://residensiwilayah.kwp.gov.my/

Benda apa yang bayar RM2k tu?
✅1. Booking fees untuk rumawip : RM500

✅2. Sale & Purchase Agreement Fees dengan developer RM1500.

✅3. Lawyer fees = FREE.

✅4. Loan legal fees RM7000.
Yang ni kalau korang takda bugdet, finance je into loan.

So, bila boleh finance into loan, kira korang tak perlu bayar RM7k tu sekarang. Jadilah totalnya RM2000 sahaja.

Untuk projek Vista Danau Kota ada 2 panel bank yang boleh bagi servis finance legal fees into loan :
1. CIMB
2. Hong Leong Bank

Kedua-dua bank ni boleh bagi 100% loan.

Bank lain yang boleh bagi 100% home loan ialah Maybank & RHB, tapi bank ni tak sediakan servis finance loan legal fees into home loan kita.

Ada apa pada rumah Vista Danau Kota? Saya ringkaskan VDK ni Small Family Home. Boleh skip ni kalau tak nak tahu detail.

▶1. Saiz rumah: 810sqft 3 Bedroom 2 Bathroom
▶2. Lokasi : Dekat Taman Setapak
▶3. Tarikh Siap: Jun 2023
▶4. Facilities: 320msq Pool, Surau, Laundary, Kindergarten, Nursery, Shops
▶5. 3 Tier Security : 3 Tier
▶6. Type : Residential Leasehold

Rumah ni sesuai untuk small family sebab dia ada facilities kindergarten dlm kawasan rumah tu. Lebih secure & jimat masa kita nak drop dan pickup anak.

Benda lain yang bagus, dia dekat dengan LRT Taman Melawati (2.9km), Danau Kota Lake (1km) & SK Danau Kota (1km)

🤔 Okay now, berapa yang korang perlu bayar bulan-bulan?

Untuk first home buyer, korang entitled to beberapa Skim Rumah Pertama dari panel bank projek Vista Danau Kota.

Kita ambil contoh 100% loan, 35tahun loan tenure, interest rate 3.9%.

Installment bulan-bulan yang korang perlu bayar ialah RM1310.
Untuk maintenance fee, RM243.

Duduk rumah baru 3 bilik, facilities okay, ada security, dekat LRT di area KL.

Cuba cari rumah BARU 3B2R KL sewa boleh dapat deal macam ni. Ada tak?

Cuma kena tunggu 3 tahun je lagi. Kalau korang yang baru kahwin tu, rumah ni boleh jadi pilihan korang untuk besarkan anak sambil kerja area KL.

Yang single boleh je kalau MAMPU & PERLU, mana tahu jumpa jodoh dalam 3 tahun ni. Tak payah pening pikir dah.

Kalau tak mampu atau tak perlu lagi, sewa je macam saya. Takda paksaan.

Yang pasti sekarang, korang TAHU korang tak perlu simpan duit RM30k ke RM100k, semata-mata nak beli rumah untuk keluarga.

Siapa nak check DSR, nak tahu dia layak, loan lepas ke tak untuk rumawip ni boleh pm.

Okay itu sahaja yang saya boleh share. Ingat pesan saya, Mampu & Perlu tau. Harap bermanfaat😊

Belajar something from this sharing? Tolong saya share supaya ramai dapat manfaat dari ilmu ni.

Address

Kuala Lumpur
53300

Telephone

+601116884548

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Realty Empress posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Realty Empress:

Share

Category