01/12/2021
Kelemumur merupakan masalah yang sering dihadapi. Kulit kepala yang gatal dan mudah menggelupas sudah semestinya membuatkan anda merasa tidak selesa. Apakah penyebab kepada terjadinya masalah ini dan bagaimana cara mengatasinya?
Simptom dan Punca Kelemumur
Kulit kepala berkuping, gatal dan mudah menggelupas merupakan antara simptom kelemumur yang sering dialami. Kulit kepala yang berkuping akan lebih mudah tertanggal apabila anda menyikat rambut dan ketika cuaca kering & panas.
Ada beberapa faktor penyebab kulit kepala anda menjadi gatal iaitu:
Iritasi pada kulit kepala dan masalah kulit kepala berminyak. Keadaan ini terkait dengan masalah dermatitis seborrheic yang mana ia lebih teruk berbanding kelemumur biasa.
Tidak menggunakan syampo rambut dengan baik yang mengakibatkan sel kulit kepala yang mati terkumpul dan menyebabkan kegatalan.
Terdapat yis yang dikenali sebagai malassezia yang menyebabkan kulit kepala anda keras & berkuping serta menyebabkan kulit kepala anda tumbuh berganda.
Pengambilan produk pembersih yang kurang sesuai dengan kulit kepala anda yang membawa kepada kegatalan dan kemerahan.
Kaum lelaki lebih mudah mengalami masalah kelemumur berbanding dengan kaum wanita. Mereka yang mempunyai rambut yang berminyak atau mempunyai penyakit tertentu seperti Parkinson atau HIV adalah lebih cenderung untuk mendapat masalah kelemumur.
πΈ
πββοΈ