01/08/2020
有谁习惯驾车口罩放在...🖐
8月1日强罩令,大家出门尤其人多的地方,记得记得戴口罩~~😷
警方也提醒你 违令罚款 RM1000 ! 👨🏻✈️
有谁习惯驾车口罩放在...🖐
COVID-19
PEMAKAIAN PELITUP MUKA WAJIB MULAI 1 OGOS 2020
8月1日强罩令,大家出门尤其人多的地方,记得记得戴口罩~~😷
警方也提醒你 违令罚款 RM1000.00 👨🏻✈️
Mulai esok, 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum seperti pasar tani, pasar raya, taman rekreasi serta tempat pelancongan.
Sesiapa yang dikesan gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Arahan ini juga terpakai di semua stesen pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT), perkhidmatan e-hailing dan bas.
Orang ramai juga boleh memakai pelitup muka yang dijahit sendiri, tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu jenis tiga lapisan fabrik bersifat menyerap air di bahagian dalam, bahan yang mampu menghindar penyerapan air di lapisan luar dan kain yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair di tengah.
Bagi kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun, pemakaian pelitup muka adalah tidak wajib memandangkan kesukaran bernafas. Ia juga termasuk individu yang kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.
Usah kongsi pelitup dengan orang lain dan sila lupuskan atau buang pelitup muka yang telah digunakan dengan cara yang betul.
Oleh itu, jalankan tanggungjawab anda bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya. Kejayaan tak mampu dicapai jika kita tidak bersatu hati.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia