Rebecca Property Consultant

Rebecca Property Consultant Buying is always better than renting a house. We have NEW and BELOW MARKET VALUE properties.

Not familiar with procedures of financial assists/buy/sell/rent a properties?? ~~Contact us for free consultation~~

Welcome to Message us to know more

Sebagai pembeli rumah pertama, selain dilanda dilema dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, kebiasaannya pe...
19/07/2019

Sebagai pembeli rumah pertama, selain dilanda dilema dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman, kebiasaannya pembeli akan turut dilanda masalah dalam pemilihan jenis pinjaman (loan). Sudah lah pertama kali nak beli rumah, ada banyak p**a tu pakej yang bank tawarkan.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang kami nyatakan ini, jangan risau. Kami kongsikan serba sedikit penerangan ringkas mengenai jenis jenis loan yang ada di pasaran dan yang mana yang paling sesuai untuk anda sebagai peminjam.

1) Term Loan

Secara mudahnya,‘Term Loan’ ini adalah sejenis pinjaman dengan jadual pembayaran yang kekal, dimana bayaran bulanan yang anda perlu bayar adalah sama sepanjang tempoh pinjaman.

Jenis pinjaman ini tidak membenarkan anda untuk melakukan sebarang pembayaran awal (advance payment) kepada jumlah pinjaman anda. Sungguhpun anda berbuat demikian, pembayaran lebihan yang anda lakukan akan dibawa ke bulan hadapan dan tidak akan mengurangkan caj faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda.

2) Semi-Flexi Loan
Pinjaman ‘Semi-Flexi’ adalah sejenis pinjaman yang mana peminjam boleh melakukan advance payment untuk mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda. Dengan pinjaman ini, anda boleh terus melakukan advance payment tanpa perlu lakukan sebarang permohonan rasmi mahupun rundingan dengan pihak bank.

Sebarang advance payment yang anda buat, secara automatik bank akan tolak daripada prinsipal (principal) pinjaman sekaligus menyebabkan faedah pinjaman yang dikenakan akan menjadi lebih rendah. Dan kelebihan semi-flexi ini sendiri, seandainya anda bercadang untuk membawa keluar semula advance payment yang telah anda masukkan, anda boleh buat sedemikian dengan sedikit caj pengeluaran yang dikenakan oleh pihak bank. Bank biasanya mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap pengeluaran. Tapi anda mesti ingat, setiap pengeluaran yang anda buat, anda akan dikenakan faedah ke atas jumlah pengeluaran tersebut.

3) Flexi Loan
Pinjaman Flexi atau Full-Flexi Loan dari segi fasiliti tidak ubah seperti Semi-Flexi Loan, cuma hanya satu perbezaan. Tiada caj pengeluaran dikenakan. Dalam erti kata lain, peminjam bebas mengeluarkan wang advance payment yang dibayar tanpa melalui prosedur yang leceh dan dikenakan sebarang caj oleh pihak bank. Tapi faedah ke atas pengeluaran masih juga dikenakan ke atas pengeluaran sepertimana pinjaman Semi-Flexi.

Kebiasaannya, bank akan membuka akaun pinjaman yang dihubungkan terus dengan akaun semasa anda. Oleh kerana akaun semasa terssebut dibuka untuk tujuan pinjaman ini, anda akan dibekalkan dengan buku cek bagi tujuan pengeluaran. Dan disini lah bank mengenakan caj bulanan untuk fasiliti ini. Berbanding Semi-Flexi yang mengenakan caj bagi setiap pengeluaran, Flexi loan mengenakan caj bulanan yang lebih rendah dan memberikan kebebasan kepada anda untuk mengeluarkan wang seberapa banyak kali yang anda mahukan. Kebiasaannya, bank akan mengenakan caj RM10/bulan untuk fasiliti ini.

Jadi nak mohon Term, Semi-Flexi atau Flexi Loan?
Nasihat saya, ambil lah sama ada Semi-Flexi atau Flexi Loan. Kelebihan pinjaman jenis ini yang mampu mengurangkan jumlah faedah pihak bank kepada anda akan sedikit sebanyak membantu kewangan anda. Setiap kali ada lebihan wang, bayar lebih agar anda mampu jimat lebih. Tapi jika ditanya antara dua jenis pinjaman ini, soalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri sebagai peminjam. Ia bergantung kepada kekerapan anda mengeluarkan semula wang yang anda telah masukkan pada asalnya. Apa yang lebih penting adalah kadar faedah yang ditawarkan kepada anda.

19/07/2019
SUBLET adalah sewa atas sewaan. Faham tak ?Okay mcm ni. Ali sewa rumah dengan owner rumah kemudian sewakan balik rumah i...
19/07/2019

SUBLET adalah sewa atas sewaan.
Faham tak ?

Okay mcm ni. Ali sewa rumah dengan owner rumah kemudian sewakan balik rumah itu kepada orang lain. (Mesti bagitahu owner yang kita Nak sublet /handle unit itu Utk disewakan )

Bagaimana Nak dapatkan PASSIVE INCOME atau POSITIVE CASH FLOW setiap bulan ?

1. Sewa rumah partial furnished dengan owner RM900 sebulan

2. Kemudian masuk kan Katil, tilam Dan lain2 barang lagi untuk jadi kan rumah itu fully furnished. (Cari barang baru + 2nd hand)

3. 1rumah ada 3bilik, sewakan setiap bilik mengikut Harga bilik.

masterbedroom RM 500
medium room RM 500 (2org)
small room RM 300

Total rental = RM1,300

Profit = RM 1,300 - RM900
= RM 400

Itu Baru satu rumah. Kalau Ada 10 rumah sublet? Ce kira.

RM 400 x 10rumah = RM 4,000

If korang masih single lagi, lagi best boleh buat duit.

1. Sewa satu Rumah (Ada 3bilik)

2. Korg ambil bilik yang paling Kecik, lagi 2bilik tu sewakan Kat org lain / kawan2

3. Lebih bagus Kalau Bagi fully furnished + termasuk Bil semua.

(Sekali korang boleh duduk Rumah tu for FREE je sebab dorg semua yang bayarkan Utk rental Dan bil)

Okay faham Tak?
Kalau pasal FREE semua orang s**a. So, lepas ni Dah boleh buat okay ?

Address

32, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru
Kuala Lumpur
56100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rebecca Property Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share