10/11/2019
Ambil MLTT atau MRTT?
Saya nak kongsi sikit perbezaan antara MLTT dan MRTT.
MLTT adalah singkatan untuk Mortgage Level Term Takaful dan MRTT p**a ialah Mortgage Reducing Term Takaful.
Apakah beza antara MLTT dan MRTT?
Perbezaannya adalah perlindungan untuk MLTT adalah level atau tetap. Manakala perlindungan untuk MRTT akan menyusut setiap tahun.
Tiada masalah sekiranya perlindungan MRTT diambil selari dengan tempoh pembiayaan. Sebagai contoh pembiayaan rumah selama 30 tahun dan tempoh perlindungan MRTT juga untuk tempoh 30 tahun.
Bagaimana p**a jika pembiayaan rumah untuk tempoh 30 tahun, manakala MRTT p**a hanya untuk perlindungan 10 tahun?
Perlindungan takaful akan mengikut perkiraan tempoh pembiayaan 10 tahun. Sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal pada tahun ke-5 untuk pembiayaan RM500,000, takaful hanya membayar RM339,324. Baki pinjaman p**a ialah RM463,738. Baki RM124,414 perlu ditanggung oleh waris.
Pada tahun ke-10 perlindungan hanya tinggal RM66,532, manakala baki pembiayaan ialah RM408,964. Waris perlu menanggung baki sebanyak RM342,432 lagi.
MLTT p**a menanggung perlindungan RM500,000 untuk tempoh 10 tahun. Pada tahun ke-5, baki pembiayaan ialah RM463,738. Terdapat lebihan RM36,262 akan dibayar kepada waris.
Pada tahun ke-10, jumlah lebihan untuk perlindungan melalui MLTT ialah RM91,036.
Contoh pembiayaan MLTT dan MRTT untuk seorang lelaki berumur 30 tahun untuk pembiayaan RM500,000:
MRTT 30 tahun RM19,655, jumlah pembiayaan RM519,655 - bayaran bulanan RM2,541.20
MLTT 30 tahun RM27,480, jumlah pembiayaan RM527,480 - bayaran bulanan RM2,579.47 (Beza RM38.27 dengan MRTT)
MRTT 10 tahun RM3,900, jumlah pembiayaan RM503,900 - bayaran bulanan RM2,464.16
MLTT 10 tahun RM5,575, jumlah pembiayaan RM505,575 - bayaran bulanan RM2,472.35 (Beza RM8.19 dengan MRTT)
Azhamzahri Alias
Mortgage Specialist