Hal-Cube

Hal-Cube Hal-Cube: Initiative to Enable Halal Certification for Cottage Industry

Produk Anda Hebat, Tapi Masih Sukar Tembusi Pasaran Besar?Ramai usahawan makanan, kosmetik & perubatan tradisional tempa...
18/07/2025

Produk Anda Hebat, Tapi Masih Sukar Tembusi Pasaran Besar?

Ramai usahawan makanan, kosmetik & perubatan tradisional tempatan menghasilkan produk yang berkualiti — tetapi sayangnya gagal berkembang kerana tiada pengiktirafan Sijil HALAL JAKIM.

HAL-CUBE Adalah Solusinya!

HAL-CUBE merupakan inisiatif oleh Perfect Triangle Sdn. Bhd. bersama Bank Islam Malaysia Berhad, bagi membantu usahawan mikro dan kotej mendapatkan pensijilan halal JAKIM dengan lebih mudah, menyeluruh dan kos rendah.

Kami menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan peratusan pemilikan sijil halal dalam kalangan usahawan Bumiputera!

Apa Yang Ditawarkan oleh HAL-CUBE?

✅ Premis Produksi Lengkap & Mampu Milik
Disediakan mengikut spesifikasi kelulusan Halal JAKIM.

✅ Bimbingan Pensijilan Halal
Kami pandu anda sepanjang proses permohonan dan kelulusan sijil halal.

✅ Latihan Pengurusan Perniagaan & Keusahawanan (4–5 tahun)
Merangkumi:
• Asas Pengurusan Perniagaan
• Strategi Pemasaran
• Pengurusan Kewangan
• Perakaunan Usahawan Mikro

✅ Bantuan Pemasaran & Pengembangan Perniagaan
Kami bantu anda bersedia untuk tembusi pasaran lebih besar dan berdaya saing.

Berita Baik!

Bank Islam Malaysia Berhad melalui program iTEKAD menawarkan pembiayaan & geran khas untuk membantu perjalanan perniagaan anda bersama HAL-CUBE.

HAL-CUBE membuka ruang penyertaan Bumiputera dalam rantaian bekalan halal, memacu pertumbuhan yang mampan, inklusif dan kompetitif.

Pendaftaran Kini Dibuka!

Sertai program HAL-CUBE hari ini;

🔗 https://halcube.myhope.com.my

Tawaran sebagai vendor juga dibuka.

📞 Hubungi Kami Sekarang:
019-8637962
019-2773776
013-3307630

Halcube: Penyelesaian Untuk Usahawan mendapat pensijilan Halal.

29/06/2025

Banyak produk makanan tempatan yang bagus dan berkualiti, tetapi sayangnya tidak mampu pergi jauh kerana tiada pengiktirafan Sijil Halal JAKIM.

HAL-CUBE adalah solusinya.

HAL-CUBE merupakan inisiatif untuk membantu usahawan kotej dan mikro mendapatkan Sijil Halal JAKIM dengan lebih mudah, kos rendah, dan menyeluruh.

Kami menyokong aspirasi kerajaan meningkatkan peratusan pemilikan sijil halal dalam kalangan usahawan Bumiputera.

HAL-CUBE menawarkan:
✔ Premis produksi mampu milik dan lengkap mengikut spesifikasi kelulusan Halal JAKIM.
✔ Bimbingan proses permohonan dan kelulusan pensijilan halal.
✔ Latihan pengurusan perniagaan & keusahawanan selama 4-5 tahun meliputi:
• Asas pengurusan perniagaan
• Strategi pemasaran
• Pengurusan kewangan
• Perakaunan

✔️Membantu pemasaran & pengembangan perniagaan usahawan untuk meningkatkan daya saing di pasaran.

Berita baik! Bank Islam melalui program iTEKAD tampil menawarkan pembiayaan dan geran untuk membantu perjalanan perniagaan anda.

HAL-CUBE menyediakan platform penglibatan Bumiputera dalam rantaian bekalan, memacu pertumbuhan mampan dan inklusif.

Tawaran sertai Program Hal-Cube dan pendaftaran vendor kini dibuka!

Daftar sekarang dan bawa perniagaan anda ke pasaran global!

23.6.2025HAl-CUBE BUKA PELUANG NIAGA & KERJASAMAHAL-CUBE adalah progaram khas untuk Usahawan Mikro Menuju Pensijilan HAL...
23/06/2025

23.6.2025

HAl-CUBE BUKA PELUANG NIAGA & KERJASAMA

HAL-CUBE adalah progaram khas untuk Usahawan Mikro Menuju Pensijilan HALAL

HAL-CUBE ialah inisiatif oleh Perfect Triangle Sdn. Bhd. yang direka khusus untuk membantu usahawan mikro memperoleh pensijilan HALAL melalui kaedah yang lebih mudah, pantas dan kos efektif.

Dibangunkan dengan kerjasama pihak berkepentingan utama dalam industri, HAL-CUBE menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kadar pemilikan sijil HALAL, khususnya dalam kalangan usahawan Bumiputera.

Manfaat Utama HAL-CUBE:
• Premis pengeluaran mampu milik yang direka mengikut piawaian pensijilan
HALAL JAKIM.
• Bimbingan dan khidmat nasihat menyeluruh sepanjang proses mendapatkan pensijilan HALAL.
Sokongan pembangunan perniagaan melalui pematuhan HALAL bagi meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing usahawan.

📌PELUANG PERNIAGAAN & KERJASAMA STRATEGIK
HAL-CUBE menawarkan peluang eksklusif kepada pelabur dan rakan strategik untuk menyertai pertumbuhan pesat ekonomi HALAL sambil memberi impak sosial yang mampan.
Kami membuka penyertaan kepada individu atau entiti yang berminat dan layak untuk menyertai kami sebagai:

• Peserta Usahawan HALAL
• Vendor Pembangunan Projek
• Vendor Pembekalan
• Vendor Rangkaian Pemasaran
• Rakan Kolaborasi

Dengan menyertai projek ini, anda bukan sahaja berpeluang menikmati pulangan daripada potensi sektor HALAL yang berkembang, malah turut berperanan dalam memperkasa lebih banyak perniagaan patuh HALAL serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Sertai Kami Memperkasa Industri HALAL
Bersama-sama, kita perluaskan ekosistem HALAL Malaysia dan cipta impak jangka panjang yang bermakna.

Sebarang pertanyaan dan kolaborasi strategik, sila hubungi;

En. Azman Bidin C.A (M): 013-3307630
Pn. Najdiah Abu Bakar: 019-2773776

✳️ Adakah anda usahawan yang masih beroperasi di dapur dan gagal dapat sijil halal?Jangan risau! HAL-CUBE boleh jadi sol...
19/06/2025

✳️ Adakah anda usahawan yang masih beroperasi di dapur dan gagal dapat sijil halal?

Jangan risau!

HAL-CUBE boleh jadi solusi untuk anda!

🔹 Apa itu HAL-CUBE?

HAL-CUBE ialah inisiatif pemudah cara pensijilan halal khusus untuk usahawan mikro dan homebased, yang menghadapi kekangan seperti premis tidak menepati syarat, kekurangan dokumentasi, atau tiada pegawai halal.

✅ Apa yang HAL-CUBE boleh bantu?

1. Premis Pemprosesan Patuh Halal
Anda boleh menggunakan fasiliti HAL-CUBE yang lengkap, bersih dan memenuhi piawaian halal sesuai untuk pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan produk anda.

2. Bimbingan Langkah demi Langkah Sijil Halal
Kami bantu anda dari A sampai Z, termasuk penyediaan dokumen, SOP, semakan bahan mentah, dan latihan asas halal.

3. Perkongsian Pegawai Hal Ehwal Halal (PPH)
Tak perlu gaji staf tetap, anda boleh berkongsi khidmat PPH yang berdaftar untuk melayakkan permohonan sijil halal anda.

4. Penjenamaan dan Pematuhan Label
Kami bantu semak label produk agar menepati keperluan JAKIM, termasuk reka bentuk, bahasa, dan kod pengesanan.

5. Kos Rendah, Impak Tinggi
Dibina khas untuk usahawan mikro ,anda tak perlu keluar belanja besar, tapi tetap boleh bawa produk anda ke tahap seterusnya.

🔖 BONUS:

Sesuai untuk usahawan yang mahu masuk pasaran pasar raya, agensi kerajaan, atau eksport tetapi masih terikat dengan halangan sijil halal!

Tekan link ini untuk info lanjut ;

Https://halcube.myhope.com.my

Halcube: Penyelesaian Untuk Usahawan mendapat pensijilan Halal.

KESUKARAN MEDAPATKAN PENSIJILAN HALALMasalah-masalah biasa yang sering dihadapi oleh usahawan, terutamanya usahawan mikr...
19/06/2025

KESUKARAN MEDAPATKAN PENSIJILAN HALAL

Masalah-masalah biasa yang sering dihadapi oleh usahawan, terutamanya usahawan mikro dalam industri makanan & minuman, ketika cuba mendapatkan sijil halal:

1. Kurang Pengetahuan tentang Prosedur dan Keperluan
• Ramai usahawan tidak faham proses permohonan, dokumen yang diperlukan, dan garis panduan halal yang ditetapkan oleh JAKIM.
• Terdapat juga kekeliruan antara keperluan halal dan keperluan lesen/permit lain seperti lesen premis, lesen perniagaan, dan sijil MESTI.

2. Dokumentasi Tidak Lengkap atau Tidak Sistematik
• Usahawan tidak menyimpan rekod bahan mentah, pembekal, resit, SOP pengendalian makanan dan resit pembelian dengan baik.
• Sukar untuk mengemukakan bukti rantaian halal (halal traceability) dari pembekal hingga ke produk akhir.

3. Ruang Premis yang Tidak Memenuhi Piawaian Halal
• Premis dikongsi dengan pengusaha bukan halal atau tidak mempunyai kawasan penyediaan makanan yang bersih dan teratur.
• Ada juga usahawan yang berniaga dari rumah (homebased) dan tidak tahu sama ada mereka layak memohon sijil halal.

4. Isu Bahan Mentah yang Tidak Disahkan Halal
• Penggunaan bahan mentah seperti perisa, pewarna, gelatin, atau sos yang tiada sijil halal yang sah dari JAKIM atau badan halal luar negara yang diiktiraf.
• Sukar mengesahkan status halal bahan-bahan yang dibeli dalam kuantiti kecil dari pembekal runcit.

5. Kekangan Kewangan dan Kos Permohonan
• Walaupun permohonan sijil halal tidak dikenakan bayaran bagi usahawan mikro, terdapat kos tidak langsung seperti ubah suai premis, cetakan label, latihan, dan pengurusan dokumen yang perlu ditanggung.

6. Kurang Sumber Manusia atau Pegawai Hal Ehwal Halal (PPH)
• Permohonan memerlukan seorang Pegawai Hal Ehwal Halal (yang dilatih dan diiktiraf) untuk menyelia aspek halal — sukar bagi syarikat mikro yang hanya ada 1-2 staf.
• Ada juga kekangan masa untuk mengikuti latihan atau kursus berkaitan halal.

7. Proses yang Dianggap Rumit dan Lambat
• Ada usahawan yang kecewa kerana proses mengambil masa yang lama — daripada permohonan hingga kelulusan boleh mencecah 3-6 bulan atau lebih jika dokumen tidak lengkap.
• Mereka hilang motivasi kerana tidak ada bimbingan langkah demi langkah.

Tekan link di bawah untuk info lanjut solusi kepada pensijilan halal

Https://halcube.myhope.com.my

Halcube: Penyelesaian Untuk Usahawan mendapat pensijilan Halal.

19/06/2025

19.6.25, KHAMIS

LIMA SEBAB UTAMA KENAPA USAHAWAN MIKRO PERLUKAN SIJIL HALAL

1. Menambah Kepercayaan dan Keyakinan Pelanggan
• Pelanggan Muslim secara khusus akan lebih yakin untuk membeli produk yang mempunyai pensijilan halal.
• Bagi pelanggan bukan Muslim, pensijilan halal juga dikaitkan dengan aspek kebersihan, kualiti dan keselamatan makanan yang tinggi.

2. Akses Lebih Luas ke Pasaran Tempatan dan Global
• Banyak pasar raya besar, kedai rangkaian, dan platform e-dagang meletakkan syarat pensijilan halal untuk membolehkan produk dijual.
• Produk yang mempunyai pensijilan halal lebih mudah menembusi pasaran eksport terutamanya ke negara-negara Islam seperti Indonesia, Timur Tengah dan negara OIC lain.

3. Pematuhan kepada Peraturan dan Undang-undang Tempatan
• Di Malaysia, pensijilan halal dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diperlukan bagi operasi premis makanan yang mahu bekerjasama dengan agensi kerajaan atau menerima kontrak berkaitan.
• Usahawan yang beroperasi di sektor makanan tanpa mengambil kira keperluan ini mungkin berdepan sekatan peluang kerjasama atau sokongan dana kerajaan.

4. Meningkatkan Nilai dan Profesionalisme Perniagaan
• Pensijilan halal memberi gambaran bahawa perniagaan diurus secara sistematik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
• Ini mencerminkan kredibiliti dan keseriusan usahawan dalam memastikan produk mereka selamat, bersih, dan diyakini.

5. Membuka Peluang Pembiayaan dan Kerjasama Strategik
• Banyak institusi kewangan Islam dan agensi kerajaan menjadikan pensijilan halal sebagai salah satu kriteria utama untuk kelulusan pembiayaan, geran atau program pembangunan usahawan.
• Pensijilan halal juga meningkatkan potensi untuk kerjasama dengan pengedar, pasar raya dan katerer berskala besar.

Address

No 19-1, WismanKoperasi Mercu Warisan, Bandar Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hal-Cube posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category