13/08/2021
Kesan penurunan OPR pada komitmen bayaran bulanan rumah.
Sejak penghujung 2019 sehingga pertengahan tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan kaedah faedah semalaman (OPR - overnight policy rate) dari 3.00% ke 1.75%. Ia terendah dalam sejarah negara kita. Penurunan sebanyak 1.25% ini adalah memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi. Kadar ini masih kekal ketika status ini ditulis.
Sekarang kita tengok kesan penurunan OPR ini pada pinjaman pembelian hartanah dalam negara. Kita pakai kira-kira untuk memudahkan pemahaman kita. Tulis panjang-panjang nanti minta lukis p**ak.
Mari kita bedah untuk pembelian hartanah berharga RM 500,000 pada kadar bunga 4% dan 3%. Berapa banyak penjimatan kita mampu dapat dari pengurangan kadar bunga 1% sahaja. Aku letakkan kadar bayaran balik pada tempoh 35 tahun untuk kedua-dua kiraan.
Untuk pembelian dengan kadar bunga 4%, kita wajib membayar bulanan sebanyak RM 1992.49 dan peratusan bunga sebanyak 46% dari nilai bayaran keseluruhan.
Bagi pembelian dengan kadar bunga 3% p**a, kita wajib membayar bulanan hanya RM 1731.83 dan peratusan bunga turun ke 38% dari nilai bayaran keseluruhan.
Ini bermakna dengan penurunan kadar bunga hanya 1%, kita dapat lebihan tunai sebanyak RM 260.66 dan jimat bayaran bunga sebanyak 8%. Rahmat itu dapat berjimat jika buat pembelian hartanah waktu OPR tengah rendah ini.
Jika korang ada perancangan untuk tambah aset yang memerlukan pinjaman dan ada kewangan yang teguh, ini adalah masa terbaik untuk melakukannya. Kita pon tak tahu sampai bila BNM akan mengekalkan kadar OPR terendah seperti ini. Boleh ambil kesempatan dalam kesempitan.
Semoga bermanfaat.