Addin Property

Addin Property Rumah Impian Mampu Milik

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN KENYATAAN INI...Cuba anda baca dan fahamkan... Kenapa artikel ini menyatakan demikian...htt...
03/11/2020

ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN KENYATAAN INI...
Cuba anda baca dan fahamkan... Kenapa artikel ini menyatakan demikian...

https://www.facebook.com/366868063324602/posts/3752190614792313/?d=n

Rumah adalah keperluan hidup. Perkara paling penting untuk golongan muda membeli hartanah adalah pengurusan kewangan. Seeloknya wanita berusaha untuk membeli sebuah kediaman sebelum mendirikan rumah tangga. 10 tip beli rumah pertama yang newbie wajib tahu seperti yang dikongsikan oleh Harith Faisal....

29/10/2020

KUALA LUMPUR (Oct 28): Standard Chartered Bank (StanChart) expects Bank Negara Malaysia (BNM) to cut the overnight policy rate (OPR) by another 25 bas...

ILMU TENTANG TANAHPenjelasan dengan Bahasa Mudah untuk kita faham apadia maksud perkataan "HAKMILIK SEMENTARA" yang ditu...
19/06/2020

ILMU TENTANG TANAH

Penjelasan dengan Bahasa Mudah untuk kita faham apadia maksud perkataan "HAKMILIK SEMENTARA" yang ditulis pada geran tanah.
Saya bawakan contoh dua geran tanah dan pelan tanah kepunyaan saya. Kedua dua dokumen ini merujuk kepada satu tanah yang sama.

Pertama sekali penjelasan tentang istilah "HAKMILIK", untuk makluman tuan puan, perkataan "hakmilik" yang tertulis ini merujuk kepada bahasa pejabat tanah atau bahasa dalam akta tanah iaitu Kanun Tanah Negara 1965. maksud lain HAKMILIK ialah GERAN. Ia merujuk benda yang sama. Sama macam Seller dengan Vendor, sama macam Banker dengan Financier atau di Kelantan makcik makcik panggil kad pengenalan ialah kad gambar. Ia merujuk benda yang sama cuma panggilan berbeza. Jadi perkataan HAKMILIK SEMENTARA (Sila rujuk gambar 1) juga boleh kita baca sebagai GERAN SEMENTARA.

Persoalan, sebab apa geran itu sementara? jawapan dalam buku kata sebab ia belum DIUKUR HALUS. Bila dengar jawapan ini, selalunya kita pun buat buat faham padahal masih kurang faham tetapi nak bertanya segan. hehe..
Ukur Halus itu apa dia?? ukur halus bermaksud ukuran dan tanda sempadan pada pelan tanah belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Ukur. Sila rujuk Pelan Tanah 1.1. Setelah pelan tanah yang disediakan oleh juruukur tanah berlesen mendapat pengesahan Jabatan Ukur maka Pelan Akui (PA) akan dikeluarkan (Sila rujuk gambar 3). Melalui Pelan Akui ini, satu pelan tanah baru juga dikeluarkan. Sila rujuk Pelan Tanah 2.2. Pada pelan ini ada cop Jabatan Ukur dan ada nombor Pelan Akui. M boleh dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah. (Sila rujuk gambar 2). Geran Mukim ini juga nama lain dia Geran Tetap/Kekal. Persoalan kedua sebab apa nama MUKIM macam tak best je bunyi? hehe.. dalam urusan tanah, Mukim ni merujuk kepada alamat untuk pentadbiran tanah itu sendiri .

Di dalam satu satu daerah ada beberapa mukim, di dalam mukim p**a akan ada puluhan atau ratusan kampung. Contoh di Sepang ada tiga Mukim iaitu Mukim Dengkil, Mukim Labu dan Mukim Sepang. Tanah tanah di dalam daerah di panggil Tanah Desa. Sekiranya lokasi tanah di bandar maka pada geran tanah tiada perkataan Mukim sebab di bandar atau pekan sistem pentadbiran mukim tiada. Maka yang ditulis ialah GERAN sahaja atau GERAN NEGERI. Pentadbiran Tanah Bandar dan Pekan di bawah Pejabat Tanah Negeri bukan Daerah.. namun jika satu satu tanah lokasinya di Daerah yang luasnya melebihi 10 ekar ke atas ia juga akan di tadbir oleh Pejabat Tanah Negeri.
Apabila GERAN MUKIM telah diperolehi oleh tuan tanah bermakna HAKMILIK SEMENTARA telah tidak ada di dalam simpanan tuan tanah kerana ia telah diserahkan kepada Pejabat Tanah.
Kesimp**an:

Maksud HAKMILIK SEMENTARA tidak merujuk kepada tanah tersebut dimiliki sementara oleh tuan tanah tetapi ia membawa maksud proses pegesahan tanda sempadan dan ukuran tanah masih belum diperolehi daripada Jabatan Ukur. Setelah diperolehi iaitu dengan PELAN AKUI dikeluarkan barulah HAKMILIK SEMENTARA boleh dan akan diganti dengan GERAN MUKIM (bagi kes ini). HAKMILIK SEMENTARA juga boleh dijual, disewa atau dipajak cuma jika tanah HAKMILIK SEMENTARA ingin dimajukan seperti dipecah sempadan, dipecah bahagian atau dicantum maka kena lah tunggu ia jadi GERAN atau GERAN MUKIM atau PAJAKAN dulu atau sekurang kurangnya PELAN AKUI ke atas tanah itu telah dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.

Kredit : Tuan Muhd Aman

Satu peluang yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang ingin memiliki rumah sendiri...Rebut peluang yang ...
07/06/2020

Satu peluang yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang ingin memiliki rumah sendiri...

Rebut peluang yang ada...

06/04/2020

at home

05/04/2020
11/03/2020

NOTIS MAKLUMAN

Makluman awal kepada para pelanggan LPPSA, penutupan sementara portal bagi tujuan penyelenggaraan perkhidmatan SMS untuk menaik taraf Aplikasi Firewall, penyelenggaraan bangunan (Load Test) dan penyelenggaraan pangkalan data akan dilaksanakan bermula 13 Mac 2020 (Jumaat), jam 11.00 malam hingga 14 Mac 2020 (Sabtu), jam 8.00 malam. Sila rujuk pada Notis Makluman tertera bagi maklumat lanjut.

12/01/2020

Boleh kah anda mencabar Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika TNB berniat menempatkan laluan pencawang elektriknya di atas tanah anda?

Berdasarkan seksyen 11 Akta Bekalan Elektrik 1990, pihak TNB perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri (Kerajaan Negeri) sebelum boleh meneruskan projeknya di atas sesebuah tanah.

Di sini, jika pihak TNB berniat untuk memacakkan pencawangnya di atas tanah milik individu, satu notis hendaklah dikeluarkan kepada Pejabat Tanah dan juga kepada pemilik tanah tersebut.

Sekiranya pemilik tanah mempunyai bantahan terhadap permintaan TNB tersebut, pemilik tanah boleh mengemukakan bantahan kepada Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah di kawasan terbabit dengan mengisi borang yang sesuai.

Pejabat Tanah seterusnya akan mengadakan sesi perbicaraan atau pendengaran di antara pemilik tanah dan pihak TNB. Pemilik tanah boleh mengemukakan alasan mengapa mereka membantah projek tersebut dan jumlah kerugian yang perlu dipampas oleh pihak TNB kepada pemilik tanah.

Bayaran pampasan akan ditentukan selepas sesi pendengaran dijalankan. Di dalam kes Fairise Odyssey Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Berhad (2011), Plaintiff merupakan pemilik tanah baru di Tampin, Negeri Sembilan yang diperolehinya dari pihak berkuasa negeri.

Sebagai pemilik tanah baru, Plaintiff mendapati di tanahnya terdapat laluan kabel elektrik yang disokong oleh menara pencawang TNB.

Tidak puas hati dengan situasi itu, pihak Plaintiff telah menyaman TNB atas asas bahawa TNB gagal memperolehi kebenaran bertulis daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mendirikan projek kabel elektrik di atas tanah tersebut.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak TNB tidak perlu mendapat kebenaran bertulis tetapi hanya memadai sekadar kebenaran secara lisan dan secara perbuatan (conduct).

Memandangkan kerajaan negeri tidak pernah membantah projek TNB tersebut, mahkamah berpendapat kelulusan sudah pun diberikan secara anggapan dan tambahan p**a Akta tidak mewajibkan ‘kebenaran bertulis’ tetapi hanya sekadar ‘kebenaran’ sahaja.

Namun jika anda sebagai pemilik baharu tanah yang terjejas akibat laluan kabel elektrik TNB, ingin mengalihkan laluan tersebut ke tempat lain, adakah anda boleh berbuat demikian?

Ya, sememangnya anda boleh meminta kepada TNB untuk mengalihkan laluan kabel elektrik terbabit di bawah Seksyen 14 Akta Bekalan Elektrik 1990.



***

Join group ‘PEGUAM & PENGGUNA MALAYSIA 🇲🇾’ jika anda mempunyai persoalan berkaitan hak dan undang-undang atau mencari penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. This is No.1 legal support group in Malaysia 🇲🇾! Click to join now!👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/groups/332053270624408/

Subscribe to our Youtube channel 📺
https://www.youtube.com/channel/UCcaRJOZOn47_JQDsfE8pE7A

Follow us on Instagram 📷
instagram.com/jumpakatmahkamah

Follow us on Twitter 🐦
twitter.com/JumpaKatCourt

Visit our website 🌐
jumpakatmahkamah.blogspot.com

16/12/2019
Kiraan bayaran premium leasehold bila anak cucu warisi rumah kita nanti.
23/10/2019

Kiraan bayaran premium leasehold bila anak cucu warisi rumah kita nanti.

Bagaimana Mengira Premium Bagi Melanjutkan Tempoh Pegangan Pajakan (Leasehold) Bagi Kediaman?

Address

Kuala Lumpur
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0124154804

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Addin Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Addin Property:

Share