Rumah Impian Semua

Rumah Impian Semua Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Impian Semua, Real Estate, Tasik Height Apartmen Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

13/07/2018

KELEBIHAN PENJAWAT AWAM & PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA

( Ramai orang kerajaan yang masih tidak tahu )

Memandangkan agak ramai kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan dalam friendlist yang komen 'BELUM' pada posting aku semalam dan menunjukkan masih ramai yang belum membuat pinjaman perumahan LPPSA, aku nak bagi sedikit pencerahan untuk membantu korang memahami kebaikan-kebaikan bila korang teringin nak beli hartanah menggunakan pinjaman LPPSA.

Biasanya kalau 'client' aku yang muda-muda beritahu aku nak beli rumah menggunakan pinjaman LPPSA, aku akan tanya balik,

"Tuan/Puan nak beli untuk duduk ke atau untuk invest sahaja?"

Kalau nak invest aku akan sarankan dia jangan guna loan LPPSA lagi tetapi gunalah pinjaman bank.
Belilah property subsale yang bawah market value supaya korang dapat jana kewangan positif setiap bulan.
Sekiranya bercadang untuk duduk, gunalah pinjaman perumahan kerajaan.

Biasanya kalau kita nak duduk mesti kita ambil kira tentang keselesaan, ruang yang besar, mungkin ada tanah untuk tanam bunga atau apa sahaja.
Yang paling penting rumah yang kita nak duduk tu bayaran bulanannya setiap bulan tidaklah begitu banyak seperti pinjaman bank.

KELEBIHAN 1
=============

Untungnya kakitangan kerajaan ni berbanding kakitangan swasta, dia boleh buat 2 jenis pinjaman.

1) Pinjaman bank
2) Pinjaman Kerajaan

Makanya kakitangan kerajaan berpotensi membeli rumah lebih dari 2 biji ke atas untuk dijadikan aset.
Berbeza dengan kakitangan swasta yang hanya bergantung kepada pinjaman bank.
Bagi kakitangan swasta, untuk rumah pertama dan kedua sahaja boleh dapat pinjaman sebanyak 90%.
Untuk rumah ke 3, pinjaman hanya dapat 70% sahaja daripada harga rumah.
Lebih tu kena topup lah.

Tapi untuk kakitangan kerajaan, anda boleh dapat dua kali pinjaman sebanyak 100% dengan kadar faedah yang lebih murah iaitu 4.0% berbanding pinjaman bank sekitar 4.5%-5.0%.

Walaupun nama di 'blacklist' dalam CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.

KELEBIHAN 2
==========

Korang tahu tak, korang boleh guna pinjaman LPPSA ni sebanyak 2x sahaja.
Tetapi dengan syarat, pinjaman perumahan untuk kali pertama mestilah dilunaskan habis.
Sama ada korang bayar bulanan yang besar setiap bulan untuk cepat habis atau korang jual rumah untuk dapatkan keuntungan hasil pelaburan hartanah.

Kemudian baru korang boleh mohon pinjaman LPPSA buat kali ke 2.

Lagi satu, aku cadangkan kepada yang belum guna pinjaman LPPSA tu, korang gunalah sebelum umur korang lebih 35 tahun ke atas.
Sebab umur 35 tahun kebawah masih boleh meminjam untuk tempoh masa 35 tahun.
Tapi kalau dah lebih 45 tahun baru nak buat pinjaman LPPSA, kemungkinan tempoh masa pinjaman akan jadi singkat sama ada 20 tahun ke 28 tahun sahaja.
Bila pinjaman semakin singkat, makanya bayaran bulanan anda pun akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar faedahnya rendah.

KELEBIHAN 3
==========

Pinjaman LPPSA ni antara yang lain yang korang boleh kecapi nikmat syurga dunia adalah bila korang beli satu-satu property, pastikan bawah market value yaa...Penting ni beb..

Korang boleh memohon pinjaman 100% berdasarkan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan bagi setiap jumlah tingkat gaji pokok + elaun-elaun korang.
Bila boleh mohon 100% loan, andai kata korang beli rumah dengan harga 350k sedangkan harga pasaran 400k, maka korang boleh dapat 'cash back' 50k selepas pinjaman di release kan ke akaun syarikat peguam yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli korang.
Peguam akan keluarkan cek 50k khas atas nama korang.

50k korang dapat tu nanti, korang pandai-pandai lah nak melabur kat mana untuk beranak kan duit tu lagi.
Jangan membazir dan gelap mata pulak bila dapat duit banyak.

KELEBIHAN 4
===========

Kalau korang beli projek perumahan baru, lagi berganda-ganda korang boleh untung.
Kebiasaannya dan kebanyakan projek-projek perumahan baru menawarkan booking yang rendah serendah RM1000 dan menyediakan rebate sebanyak 10%.
Kebiasaanya yang aku banyak buat.

Makanya sekiranya rumah yang anda beli, Harga perjanjian jual belinya adalah berjumlah RM400K, rebate 10% diberikan oleh pemaju = 40K.
Maka rumah yang korang beli akan jadi RM360K.

Mohon pinjaman LPPSA wajib mengikut harga perjanjian jual beli iaitu RM400K.
Jadi 'cash back' yang anda akan peroleh adalah RM80K.

1) 10% rebate akan diberikan kepada pembeli LPPSA selepas pinjaman di 'release' kan = RM40K.
2) 100% loan LPPSA atas harga 400K sedangkan harga rumah RM360k = RM40K lebihan pinjaman.

Total 'cash back' RM80K.

Bayangkan kalau sesetengah pemaju menawarkan rebate lebih 10% sehingga ada yang menawarkan 34% rebate, bayangkan banyak tak 'cash back' yang anda boleh dapat.

Untung tak?

KELEBIHAN 5
==========

Paling penting, sektor kerajaan pinjaman LPPSA telah menyelaraskan bahawa kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan LPPSA bagi projek perumahan baru, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina sepertimana kakitangan swasta yang perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek pembinaan sudah siap dibina dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya sehinggalah 100% siap dibina barulah pembeli mula membayar 'installment' bulanan secara penuh.

Bagi kakitangan kerajaan, projek 100% siap, dapat kunci baru mula bayar bulanan kepada pihak LPPSA.

Amacam menarik tak kerja Gomen ni.
Sayanglah korang kalau tak guna peluang ni.

Aku bukan nak ajar korang gila dunia.
Tapi nak ajar korang urus kewangan dengan baik supaya lebihan kewangan korang, macam-macam korang boleh buat untuk maslahah masyarakat.
Korang pun tak jadi orang yang meminta-minta malah jadi individu yang banyak memberi.

Sebab tu usaha memantapkan ekonomi bukan sahaja sekadar tuntutan malah keutamaan buat umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang yang berbuat kerosakan".

Terima Kasih : inchique aiman

09/04/2018
04/04/2018

Dalam kewangan ada dua cara basic:

1- Gaji umpama paip yang keluarkan air. Ada satu je sumber, sedangkan air yang keluar ni banyak nak guna. Bayar hutang keperluan etc.

Caranya, sekat pengeluaran secara slow slow. Kurangkan komitmen, hidup dibawah kemampuan gaji sebenar.

2- Tambah sumber kepala paip air (income), tambah income adalah lebih baik untuk jangka masa panjang. Cari kerja partime yang fleksibel dan menarik. Contoh bidang jualan. Income bertambah, saving bertambah, dan boleh memberi dengan lebih banyak.

Abam xi

28/03/2018

Tips pelaburan untuk newbie

Newbie = orang yang baru berjinak jinak dan masih bertatih.

Sekarang ni tak susah mana nak dapatkan tips untuk pelaburan/simpanan/MLM dan pelbagai lagi. Hahah

Internet dihujung jari. Nak mula memang agak susah sikit la. Tidak ada benda semudah ABC ais kacang dalam dunia ini. Semua perlukan usaha + komitmen untuk berjaya.

Tips untuk newbie yang baru bekerja atau sudah lama bekerja dan mulakan pelaburan.

1 – Simpan pendapatan anda sekurangnya 10-20% untuk jadikan modal melabur/beli rumah. Jika gaji permulaan Rm2500, simpan 10% @ Rm250 untuk melabur. Simpan 10% lagi untuk dana pencen.

2 – Kerja keras semasa muda dan cari sebanyak mana income untuk anda cepat bertindak membeli rumah. Boleh caro extra income dengan cara buat overtime ( jika ada ), jadi partime agent takaful atau agent unit amanah.
Extra income yang dapat menjadi booster untuk kita simpan duit dengan lebih banyak dan cepat. Bukannya untuk enjoy.

3 – Berkawan dengan orang yang sama minat dengan anda, rapat dan dekati mereka untuk berkongsi ILMU. Ramai je sekarang, kenal dan sharing ilmu, dapat ilmu buat dan praktikkan. Kadang kala ilmu yg dapat tak sama 100% dengan benda yang kita praktikkan. Apapun jalan terus jangan putus asa kalau ada halangan.

4 – Pergi seminar yang anda rasa berbaloi dengan fees dan penceramahnya. Ramai je antaranya abangensem, shafie bustan, Faizul Ridzuan. Dan ramai lagi lah.

5 – Baca buku yang penulisnya anda ketahui sifat pelaburannya. Dengan senang kata, walk the talk.

Pokok pangkal, cari wang, simpan wang, cari ilmu, invest wang. Repeat.

09/03/2018

Assalam semua.. Xi s**a artikel ni.. jom kita hadam.

7 sebab kenapa kena beli rumah

Ramai yang mengeluh kerana harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal. Ramai juga semakin sedar dengan kepentingan rumah untuk pelaburan dan tempat tinggal. Pelbagai sebab kenapa kita kena beli rumah. Di sini saya senaraikan 7 sebab kenapa anda kena beli rumah.



1. Harga rumah semakin meningkat

Kenaikan harga rumah semakin tidak dapat dikawal kerana di kawasan-kawasan yang membangun terlalu banyak permintaan di sesuatu kawasan yang menyebabkan harga rumah meningkat dengan mendadak. Jika anda tidak beli hari ini, tahun depan mungkin harga rumah telah naik 10% dari harga hari ini. Jika anda beli hari ini, anda sebenarnya telah mendapat capital appreciation dari kenaikan itu. Sebagai contoh, harga sebuah kondo di Bangi hari ini sekitar RM500k, tahun depan harga meningkat sekurang kurangnya RM50k. Harga baru akan menjadi RM550k. Inilah yang dinamakan capital appreciation.



2. Rumah sebagai Asset

Ramai orang tersalah sangka mengenai rumah. Mereka beranggapan bahawa rumah hanya perlu dibeli untuk tinggal. Dan ada golongan yang sedar rumah untuk tinggal adalah liabiliti kerana tiap-tiap bulan kita terpaksa membayar kos installment bulanan. Rumah akan menjadi Asset apabila rumah itu menjana lebihan tunai ataupun positive cashflow yang masuk ke dalam poket kita setiap bulan. Sebagai contoh, kita beli rumah lelong bernilai RM60k, bayaran bulanan hanya sekitar RM300. Anda sewakan kepada penyewa atau subletter RM800. Jadi setiap bulan anda telah menjana RM500 lebihan tunai.



3. Long Term investment

Jika anda ada 3 buah rumah pada hari ini, katalah anda ditakdirkan dibuang kerja atau keadaan kewangan tidak stabil, anda boleh menggunakan rumah tadi sebagai modal untuk memulihkan masalah kewangan anda dengan cara refinance atau jualkan sahaja rumah tadi. Sebagai contoh, anda refinance rumah yg mempunyai baki hutang RM200k. Anda refinance rumah dengan bank lain mengikut harga semasa iaitu RM350k. Jadi anda akan mendapat cash RM150k yang boleh digunakan untuk memulihkan kewangan dan memulakan pelaburan.



4. Rumah pertama seharusnya untuk pelaburan

Kenapa saya sarankan begitu? jika anda beli rumah itu untuk tinggal, anda perlu keluarkan wang tiap-tiap bulan untuk membayar installment rumah yang akan menyebabkan gaji bersih anda berkurangan. Jika anda beli rumah pertama untuk pelaburan, anda mungkin boleh menggunakan duit lebihan tunai dari sewaan untuk membayar installment rumah yang anda tinggal.



5. Rumah sebagai tempat berteduh pasangan baru berkahwin

Jika anda pasangan baru berkahwin, pasti anda mahu memiliki sebuah rumah untuk digunakan sebagai tempat berteduh. Jika masih bujang, tiada masalah untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa. Tetapi, jika sudah berkahwin, pastinya anda terpaksa menyewa rumah atau membeli rumah kerana anda tidak lagi boleh menyewa bilik macam orang bujang. Jika keluarga anda atau keluarga mertua ajak duduk bersama anda juga pasti rasa kurang selesa kerana anda mahukan privasi sebagai suami isteri. Sebab itu anda kena beli atau sewa rumah.



6. Harta yang boleh diwarisi

Rumah adalah salah harta yang boleh diwarisi oleh isteri dan keluarga bila anda sudah tiada. Setiap pembeli rumah wajib membayar insurans atau takaful untuk bayaran hutang rumah itu. Bank akan menyuruh kita memilih sama ada MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT untuk cover bayaran hutang rumah jika anda meninggal dunia. Jadi jika anda meninggal dunia, insurans atau takaful tadi akan menyelesaikan semua hutang rumah itu pada bank. Jadi waris anda akan dapat rumah tersebut secara percuma kerana rumah tadi telahpun dibayar penuh menggunakan wang insurans/takaful. Itulah harta yang anda boleh berikan kepada waris anda.



7. Anda akan kelihatan lebih hensem/cantik

Bak kata tuan Azizul Azli Ahmad, jika anda belum berkahwin tetapi anda sudahpun memiliki rumah sendiri, anda akan nampak lebih hensem di mata gadis-gadis atau nampak lebih cantik di mata jejaka-jejaka kerana anda bijak membuat keputusan. Jika anda mahu memikat hati bakal mak mertua anda, belilah rumah sebelum anda berkahwin, pasti lamaran anda terus diterima.



Ini sekadar pandangan saya sebagai seorang pejuang hartanah. Jika anda ada pandangan lain sila komen dibawah. Terima kasih kerana membaca. Kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka cepat-cepat membeli rumah.

Address

Tasik Height Apartmen Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
57000

Telephone

+60172352741

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Impian Semua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category