Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad Six heritage landmarks. One iconic destination. Discover the heartbeat of Kuala Lumpur through history, culture, and community.

Eh, logo baru. Kami perasan soalan anda, jadi jom kami kongsikan cerita di sebaliknya.Ia bukan sekadar rekaan baharu, te...
06/03/2026

Eh, logo baru. Kami perasan soalan anda, jadi jom kami kongsikan cerita di sebaliknya.

Ia bukan sekadar rekaan baharu, tetapi identiti yang sarat dengan makna. Apa lagi yang anda ingin kami kongsikan tentang BSAS? Tinggalkan di ruang komen.


Spot our new logo? We saw your questions, here’s the story behind it.

Our new logo is an identity rooted in the history where every line carries a meaning. What else are you curious about when it comes to BSAS? Let us know in the comments!

28/02/2026

Every corner of the revitalised Bangunan Sultan Abdul Samad holds a story, and these are some of the people that brought them to light.

From the conservators who treated every brick as a relic to the visionaries mapping its future, this journey has been fueled by deep research and even deeper heart. Step inside and feel the soul poured into the very heart of Kuala Lumpur.


Setiap sudut Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah dipulihara ini menyimpan seribu cerita, dan inilah antara insan-insan yang menyinari kembali kisah-kisah tersebut.

Daripada tenaga pakar yang memulihara setiap bata dengan rapi, hingga ke perancang yang merangka visi masa depan bangunan ini, segalanya terhasil daripada kajian gigih dan dedikasi yang tinggi. Jemputlah masuk untuk merasai sendiri jiwa yang telah disemai di nadi bandaraya Kuala Lumpur.

Pernahkah anda benar-benar meneliti seni bina Bangunan Sultan Abdul Samad? Di sebalik bangunan ikonik ini, tersimpan sat...
19/02/2026

Pernahkah anda benar-benar meneliti seni bina Bangunan Sultan Abdul Samad? Di sebalik bangunan ikonik ini, tersimpan satu pembaharuan yang penuh teliti.

Pada tahun 2025, ketiga-tiga kubah tembaga bangunan warisan ini telah dipulihkan sepenuhnya setelah masalah kebocoran dan kerosakan bahan dikesan.

Sistem kubah baharu direka dengan dua lapisan. Bahagian dalam kubah adalah kalis air supaya tahan lama, manakala bahagian luar mempunyai struktur kukuh yang mengekalkan rupa asalnya bagi memelihara keaslian warisan.

Di puncaknya, tunjuk langit (copper finial) turut dipasang semula menggunakan kayu dan disalut tembaga berdasarkan bukti reka bentuk yang asal.

Ini bukan sekadar kerja baik pulih, tetapi usaha memelihara warisan agar keindahannya terus kekal dan dapat diwarisi serta dibanggakan oleh generasi akan datang.


Have you ever taken the time to truly take in the architecture of Bangunan Sultan Abdul Samad? Behind this iconic landmark lies a meticulous restoration.

In 2025, the three copper domes of this heritage building were fully restored after leaks and material decay were discovered.

The new dome system is now designed with two layers. The interior is waterproofed for durability, while the exterior features a reinforced structure that maintains its original appearance to preserve its authenticity.

At the peak, the copper finials were reinstated using timber and clad in copper, based on references to its original design.

This is not just another restoration, it’s an effort to ensure the building’s beauty endures and can be cherished by generations to come.

Tak pergi mana-mana ke hujung weekend ni? Weekend di KL tak semestinya mall atau cafe hopping. Sekali-sekala, tukar angi...
14/02/2026

Tak pergi mana-mana ke hujung weekend ni? Weekend di KL tak semestinya mall atau cafe hopping. Sekali-sekala, tukar angin. Jom lepak di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Apa yang kami senaraikan ni cuma sebahagian kecil je, banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh buat kat sini. Gerenti tak bosan!

Tag member untuk plan weekend ni!

Buka Setiap Hari | 8 AM - 10 PM


Not travelling this weekend? Skip the usual mall or cafe routine! Switch things up and explore the newly restored Bangunan Sultan Abdul Samad.

Beyond these picks, there’s plenty more to keep you busy. One thing’s for sure: you’re in for a great time.

Tag your bestie and plan a heritage hop this weekend!

Open Daily | 8 AM – 10 PM

13/02/2026

Genap dua minggu berlalu sejak satu detik yang amat istimewa bagi bandaraya kita.

Pada 31 Januari lalu, kita telah meraikan kejayaan pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Bagi kami, usaha ini adalah demi memastikan nadi dan jiwa Kuala Lumpur terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Setelah 10.5 bulan melalui proses konservasi, kami amat bangga melihat mercu tanda ikonik ini kembali gah berdiri. Jemput hadir pada hujung minggu ini, bersiar-siar, dan rasai sendiri tenaga baharu di BSAS.

Buka Setiap Hari | 8 AM - 10 PM


It’s been two weeks since a very special moment for our city.

On January 31st, we celebrated the completion of the Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) restoration, an event graced by His Majesty Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. For us, this was about making sure the heart and soul of KL stays preserved for years to come.

After 10.5 months of careful work, we’re proud to see this icon standing tall once again. Come by this weekend, take a walk, and experience the new energy of BSAS for yourself.

Open Daily | 8 AM – 10 PM

Akhirnya! Bangunan Sultan Abdul Samad dah dibuka.Apa lagi? Jomlah ke sana hari ni. Ada macam-macam makanan dan produk lo...
02/02/2026

Akhirnya! Bangunan Sultan Abdul Samad dah dibuka.

Apa lagi? Jomlah ke sana hari ni. Ada macam-macam makanan dan produk lokal yang menanti anda serta pameran yang menarik. Bolehlah layan suasana sambil cuci mata dengan kecantikan bangunan bersejarah ni.

Datang, jangan tak datang. Jumpa anda di sana!

Finally, our doors are officially open!

Step into the Sultan Abdul Samad Building and enjoy an array of fun things to do. Create new memories with us and enjoy our local offerings.

What are you waiting for? See you soon.

Tinggal satu hari je lagi sebelum anda boleh ke Bangunan Sultan Abdul Samad untuk santai-santai sambil menyokong pelbaga...
01/02/2026

Tinggal satu hari je lagi sebelum anda boleh ke Bangunan Sultan Abdul Samad untuk santai-santai sambil menyokong pelbagai jenama tempatan.

Mesti tak sabar kan? Siap-siapkan OOTD, barulah boleh ambil gambar estetik banyak-banyak!

Only one day to go.

Tomorrow, a new chapter begins. Are you ready to discover the spaces within Sultan Abdul Samad Building?

Ready your OOTDs, we shall meet soon!

01/02/2026

1 Februari 1974 ialah detik penting dalam lipatan sejarah apabila Kuala Lumpur diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pertama dan juga ibu negara Malaysia.

Sebagai tanda penghormatan terhadap perjalanan ini, kami menjemput anda untuk menyingkap semula rasa kebersamaan dan jati diri melalui kesetiaan Seri Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad yang merentasi zaman. Di sebalik dinding bangunan-bangunan ini, setiap ruang mengalunkan kisah kedaulatan yang kita junjung bersama.

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan!

February 1, 1974 was a momentous occasion for Malaysia. The date marks when Kuala Lumpur was first declared our nation’s capital and was transferred from Selangor to the federal government.

We invite you to relive this milestone through the stories that live within the walls of Seri Negara and Bangunan Sultan Abdul Samad.

Plan your visit to both historical landmarks this long weekend. Happy Federal Territory Day!

Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah berkenan Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan majlis penyempurnaan pemulihar...
31/01/2026

Merafak sembah menjunjung kasih atas limpah berkenan Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan majlis penyempurnaan pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pada hari ini (31 Januari).

Majlis penuh bersejarah ini turut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dan ahli-ahli Jemaah Menteri.

Setelah 10.5 bulan menjalani kerja konservasi dan pemuliharaan, mercu tanda bersejarah ini akan dibuka kembali untuk orang ramai.

Projek pemuliharaan ini dilaksanakan oleh Khazanah Nasional di bawah inisiatif Warisan KL yang dilancarkan pada April 2025 dengan tujuan menafsir semula dan menghidupkan aset warisan ikonik serta identiti sejarah ibu negara.

31/01/2026

Sejarah diperkasakan, warisan dimartabatkan.

Bangunan Sultan Abdul Samad akan dibuka kepada semua 2 hari sahaja lagi.

——
History honoured, heritage uplifted.

Bangunan Sultan Abdul Samad is ready for everyone in 2 more days.

30/01/2026

Lebih daripada sekadar batu dan binaan, mercu tanda ini menyimpan sejarah kita.

Melalui pandangan Amirah, kita menyaksikan peranan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Seri Negara membentuk perjalanan sejarah negara. Sebuah paparan sinematik tentang usaha pemuliharaan teliti terhadap warisan kebangsaan, yang kini diamanahkan kepada Khazanah Nasional di bawah inisiatif Warisan KL, demi masa depan.

Melakar Semula.
Filem penuh akan ditayangkan tidak lama lagi.

More than stone and mortar, these landmarks hold our stories.

Through the eyes of Amirah, we witness how Bangunan Sultan Abdul Samad and Seri Negara have shaped our history. A cinematic reflection on how our national monuments are carefully rehabilitated, entrusted to Khazanah Nasional through the Warisan KL initiative, for the tomorrows to come.

Melakar Semula.
Full film releasing soon.

Address

Jalan Raja
Kuala Lumpur
50050

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bangunan Sultan Abdul Samad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category