Surau Tunku Muhriz Kg Jawa Kuala Pilah n9

Surau Tunku Muhriz Kg Jawa Kuala Pilah n9 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Tunku Muhriz Kg Jawa Kuala Pilah n9, Real Estate, SURAU TUNKU MUHRIZ, Kuala Pilah.

Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang hadir Kelas Tahsin Al-Quran bersama Ustaz Faiz . 🤲Terima kasih juga kepa...
15/08/2026

Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang hadir Kelas Tahsin Al-Quran bersama Ustaz Faiz . 🤲
Terima kasih juga kepada semua penginfak makanan sumbangan melalui tabung surau dan sumbangan online untuk pembangunan surau kita.
Semoga setiap infak menjadi amal jariah dan Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. 🤲❤️
Jazakumullahu khairan khatira.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir ke Kelas Tahsin bersama Ustaz Faiz semalam. 😊Banyak ilmu dan manfaat...
07/08/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir ke Kelas Tahsin bersama Ustaz Faiz semalam. 😊

Banyak ilmu dan manfaat yang kita dapat. Semoga kita terus istiqamah belajar dan sama-sama perbaiki bacaan Al-Quran. 📖❤️

Terima kasih juga kepada para penginfak yang sudi menyediakan makanan untuk jemaah. Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan gandakan pahala atas setiap sumbangan. 🤲

Insya-Allah kita jumpa lagi di kelas yang akan datang. Terima kasih semua! 🌹

Assalamualaikum semua. 😊Alhamdulillah, semalam selesai sudah Bacaan Surah Al-Kahfi Bulanan di Surau Tunku Muhriz Kampung...
07/08/2026

Assalamualaikum semua. 😊
Alhamdulillah, semalam selesai sudah Bacaan Surah Al-Kahfi Bulanan di Surau Tunku Muhriz Kampung Jawa.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, daripada orang dewasa hinggalah anak-anak kariah yang sama-sama memeriahkan majlis. Seronok tengok anak-anak pun datang dan mula membiasakan diri dengan suasana surau. Semoga mereka menjadi generasi yang mencintai al-Quran dan sentiasa dekat dengan rumah Allah.
Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT dan dipermudahkan untuk kita berkumpul lagi dalam majlis-majlis ilmu dan ibadah yang akan datang.
Jumpa lagi pada program surau yang seterusnya, insya-Allah. 🤲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Jutaan terima kasih diucapkan kepada jemaah yang hadir dan juga penginfak yan...
31/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada jemaah yang hadir dan juga penginfak yang telah bermurah hati menyumbangkan rezeki bagi jamuan makan malam sempena Majlis Bacaan Yasin pada malam ini di Surau Tunku Muhriz Kg. Jawa.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal soleh, dilipatgandakan pahala, dikurniakan keberkatan rezeki, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para penginfak dengan sebaik-baik balasan.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Alhamdulillah.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Noorzunita Begum serta seluruh ahli...
03/07/2026

Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Noorzunita Begum serta seluruh ahli kariah yang sudi hadir bersama-sama mengimarahkan Surau Tunku Muhriz dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan doa.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki yang diberkati serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Mudah-mudahan Surau Tunku Muhriz terus hidup dengan majlis ilmu, ibadah dan kasih sayang sesama umat.
Jazakumullahu khairan kathira. 🤲🏻🌹

16/06/2026
🕌 UCAPAN TERIMA KASIHAlhamdulillah 🤲Pihak Surau Tunku Muhriz Kampong Jawa, Kuala Pilah merakamkan setinggi-tinggi pengha...
09/03/2026

🕌 UCAPAN TERIMA KASIH
Alhamdulillah 🤲
Pihak Surau Tunku Muhriz Kampong Jawa, Kuala Pilah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
YB Dato' Noorzunita Begum Binti Mohd Ibrahim
ADUN Pilah
atas kesudian hadir menyantuni dan membuat sumbangan kepada Surau Tunku Muhriz Kg Jawa dalam Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk serta Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan.
Kehadiran YB amat bermakna dan menjadi tanda sokongan kepada usaha memakmurkan surau serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.
Semoga segala jasa dan sokongan ini diberkati Allah SWT serta dibalas dengan ganjaran kebaikan yang berlipat kali ganda.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
🕌 Surau Tunku Muhriz Kampong Jawa
Dengan Kerjasama JPKK & KRT Kg Jawa

Bagi yang berhajat berinfak, sumbangan boleh dimasukkan ke Tabung Surau Tunku Muhriz @ Akaun Bank Islam: TETUAN SURAU TUNKU MUHRIZ KAMPONG JAWA (05030010174080) Semoga Allah memberkati dan membalas dengan ganjaran terbaik. Terima kasih

TARAWIH RAMADAN – MALAM KE-19Surau Tunku Muhriz Kg JawaAlhamdulillah 🤲Solat Sunat Tarawih malam ke-19 berlangsung dengan...
09/03/2026

TARAWIH RAMADAN – MALAM KE-19
Surau Tunku Muhriz Kg Jawa
Alhamdulillah 🤲
Solat Sunat Tarawih malam ke-19 berlangsung dengan penuh keberkatan dan saf jemaah yang meriah.
Kini kita menuju ke 10 malam terakhir, malam yang penuh rahmat dan keampunan serta terdapatnya Lailatul Qadar – malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
✨ Marilah kita semua ahli khariah bersama-sama hadir memakmurkan surau dengan solat berjemaah, qiamullail, zikir dan membaca Al-Quran bagi merebut peluang ganjaran besar di 10 malam terakhir Ramadan.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan mempertemukan kita dengan malam Lailatul Qadar.
🤲 “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.”
Surau Tunku Muhriz Kg Jawa

06/03/2026
Assalamualaikum yang berkesempatan jemput hadir berbuka puasa bersama
06/03/2026

Assalamualaikum yang berkesempatan jemput hadir berbuka puasa bersama

Address

SURAU TUNKU MUHRIZ
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Tunku Muhriz Kg Jawa Kuala Pilah n9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category