02/01/2023
MAJLIS BACAAN YAASIN
TARIKH : 30/12/2022
Majlis pada hari jumaat terakhir tahun 2022 ini dibahagikan kepada dua sesi, sesi pagi adalah program rewang memasak untuk majlis yaasin pada sebelah petang, sedikit aktiviti gotong-royong juga turut dilakukan sebagai persiapan terakhir untuk majlis yaasin.
Sesi petang yang bermula pada pukul 3.30 petang adalah majlis bacaan yaasin yang dihadiri oleh ahli kkd. Terima kasih diucapkan kepada ahli kkd yang berdedikasi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis bacaan yaasin pada hari ini.
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FGVPM yang menyediakan peruntukan dana bagi meneruskan kelangsungan program kkd.
Semoga majlis bacaan yaasin ini mampu meningkatkan lagi ukhwah yang terbina sesama ahli kkd. Akhir sekali, moga ahli kkd akan terus komited dan bersemangat untuk segala program yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
Jumpa lagi pada tahun 2023 nanti!