14/07/2026
πππππππ ππππππ πππππππ ππ ππππ ππππππ ππππππππππ
KOPERAT telah mengadakan kunjung hormat ke SPNB Negeri Terengganu sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta mengeratkan kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam sektor perumahan. Rombongan KOPERAT telah diketuai oleh Tuan Sayed Abdul Rahman bin Engku Sulong, Pengurus Besar KOPERAT.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan perumahan dan kesejahteraan masyarakat di Negeri Terengganu.
Sebagai dua organisasi yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pembangunan perumahan, KOPERAT yang telah berpengalaman selama 30 tahun serta SPNB diyakini mampu mewujudkan sinergi strategik yang memberi nilai tambah kepada pembangunan sektor perumahan di negeri ini. Gabungan kepakaran, pengalaman dan komitmen kedua-dua pihak berpotensi memperkasa pembangunan perumahan yang lebih mampan, berkualiti dan memenuhi keperluan masyarakat Terengganu.
KOPERAT percaya bahawa hubungan yang terjalin ini menjadi langkah awal ke arah kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Melalui perkongsian kepakaran dan penyelarasan strategi antara kedua-dua organisasi, lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong agenda pembangunan perumahan Negeri Terengganu dapat direalisasikan.
KOPERAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SPNB Negeri Terengganu, khususnya Tuan Abdullah Johari bin Mokhtar, Pengarah Negeri SPNB Negeri Terengganu, atas kesudian menerima KOPERAT sebagai tetamu pada hari ni. Semoga hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kemajuan sektor pembangunan perumahan di Negeri Terengganu.