08/07/2025
KENA GAME DENGAN LAWYER - Cerita 1
As salam dan Salam Sejahtera.. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah pemilik-pemilik tanah yang berurusan dengan Peguam.
Seorang pemilik tanah ini datang mendapatkan nasihat untuk buat urusan pecah geran antara dia dan kakak dia. Sebelum ini dia berurusan dengan 1 pihak peguam wanita. Beliau berkenalan dengan peguam tersebut melalui urusan pinjaman pertanian tanah bapanya. Pihak peguam telah meminta bayaran sebanyak lebih kurang RM 3000 dan telah mengambil hakmilik asal. Setelah setahun, hanyalah satu pihak Jurukur yang datang mengukur dan menyediakan pelan pra-hitungan dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM 3000. Kira pemilik ni telah mengeluarkan sebanyak RM 6000. Selepas itu tiada apa-apa progress. Dan setelah hampir setahun setengah, pemilik berulang alik ke pejabat peguam untuk mendapatkan progress dan akhirnya pemilik berjaya mendapatkan semula hakmilik asal setelah mengamuk. Yang sedihnya, tiada apa-apa tindakan pun dari pejabat peguam tersebut selain menyuruh Jurukur mengukur dan menyediakan pelan. Pelan p**a diminta pemilik berurusan dengan pihak Jurukur. Tiada hardcopy diterima. Setelah pemilik berbincang dengan Jurukur, maka diposkan lah salinan2 pelan pra-hitungan. Kesian kepada pemilik. Pemilik dan tanah di Kuala Selangor, berurusan peguam di Klang, Jurukur p**a dh berpindah ke Terengganu. Nasib baik pihak Jurukur tolong membantu memberi softcopy apabila saya memintanya. Setelah dokumen2 semua lengkap untuk submittion ke PTD, pemilik kedua bertanya betul tak kedudukan pecahan. Saya tanya kembali, eh bukan kedua2 pemilik dah bersetuju dengan pecahan didalam pelan ke? Dia tanya kembali, betulkan saya kanan, adik saya kiri. Saya terkejut, sebab seingat saya pecahan adalah depan belakang. Terus saya cari pelan pra-hitungan kembali dan lihat kedudukan tanah melalui apps Mylot. Terus tepuk dahi saya. Beza sangat ni (lihat gambar). Macamana pecahan yang sepatutnya sebelah menyebelah kiri kanan, boleh jadi depan belakang? Yang pasti, pemilik tanah perlu mengeluarkan modal lebih kurang RM 3000 lagi bagi mengukur dan menyediakan pelan pra-hitungan sepatutnya. Kasihan kepada pemilik, sudah jatuh ditimpa tangga. Urusan yang sepatutnya sudah selesai selama 2 tahun, kini terpaksa bermula kembali. Pemilik bukanlah orang berduit, cuma rakyat marhain sahaja.