26/11/2023
NAK BELI RUMAH "UNDERCON"? BACA POSTING NI DULU!
Rumah under construction (rumah undercon), merujuk kepada hartanah yang masih belum siap sepenuhnya lagi.
Sebelum anda membeli rumah yang masih dalam pembinaan ini, disyorkan untuk melihat contoh unit rumah tersebut di showroom projek itu sendiri. Anda mungkin akan diberikan anggaran berapa lama tempoh yang diperlukan untuk hartanah tersebut siap dibina.
Kalau beli rumah undercon ni, anda sebagai pembeli akan berurusan secara langsung dengan pemaju. Ini bermakna anda boleh pilih jenis rumah yang sesuai dengan keperluan anda.
Sebagai contoh, satu projek ada 3 jenis unit yang berbeza dari segi saiz, kapasiti, jumlah bilik dan lain-lain. Jadi, pembeli pembeli berpeluang untuk memilih jenis yang sesuai dengan keperluan mereka. Bagi mereka yang berkeluarga, mungkin lebih baik mencari yang lebih luas dan mempunyai lebih banyak bilik untuk keselesaan. Bagi mereka yang bujang, tidak menjadi masalah jika rumah yang dipilih mempunyai satu atau dua bilik sahaja.
Saya cuma nak nasihatkan anda semua untuk buat pilihan yang bijak sebelum membeli. Kena pastikan anda MAMPU untuk memiliki rumah yang diidamkan. Kalau tak, takut dikemudian hari pilihan kita akan memakan diri sendiri.
Keliru untuk buat pilihan? Nak tahu lebih lanjut tentang hartanah? KLIK je link di bawah sekarang!
www.wasap.my/60192221044/
RumahBaru