04/08/2021
Beza Beli Rumah Undercon, Rumah Subsale Dengan Rumah Lelong
Pening, x tau nak beli rumah ?
Part 1
Kita boleh jer nak beli rumah yang mana-mana kita nak mengikut target dan tujuan kita, tapi ingat, beli rumah jangan ikut kehendak yaa, beli ikut kemampuan.
Saya terangkan ape beza beli rumah undercon dulu.
Rumah undercon ialah rumah yang masih belum siap dan masih dalam pembinaan. menariknya rumah undercon nie selalunya pemaju akan bagi pakej-pakej yang memukau, sebagai contoh, free MOT , free SNP fee, free stamp duty, rebate 10%, diskaun dll. Ada juga beli rumah undecon x perlu bayar booking, semua bergantung kepada pemaju. Ada juga pemaju yang bagi sekali peralatan dan kelengkapan, contohnya perabot, kabinet, aircond dll.
Tapi kelemahan dia pulak, kita akan dapat rumah tu lambat sedikit dan dalam masa menunggu tu, kita kena bayar bulanan ke bank mengikut proses pembinaan, kena rujuk jadual dalam perjanjian. Lepas tu bila kita dah dapat kunci kita kena sediakan duit untuk beli barang-barang seperti lampu, kipas, grill dll mengikut keperluan asas. tapi jangan risau, sekiranya anda ada EPF, boleh keluar EPF akaun 2 sebagai modal anda untuk beli barang tersebut.
Ok, esok saya cerita rumah subsale pulak nyer.