01/09/2026
NASIHAT GURU EMAS SAYA, EN. MOHD ZULKIFLI SHAFIE
Nak menyimpan ni kena PAKSA.
Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan.
Dapat saja gaji, pejam mata dan paksa diri asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk simpanan.
Paksa.
Paksa.
Dan terus paksa diri sendiri…
Sampai akhirnya, menyimpan itu menjadi tabiat.
Bila dah jadi tabiat, sedikit demi sedikit harta kita akan mula bertambah dari semasa ke semasa.
Dulu, kita rasa seronok bila dapat berbelanja.
Tapi lama-lama, kegembiraan itu berubah.
Kita mula rasa lebih puas bila tengok simpanan dan harta semakin bertambah, berbanding membeli benda yang bukan keperluan.
Keinginan untuk berbelanja pun semakin terkawal.
Kuncinya ialah PAKSA.
Apa-apa kebaikan yang kita nak lakukan dalam hidup, selalunya permulaan memang perlu paksa diri.
Paksa sampai terbiasa.
Terbiasa sampai menjadi tabiat.
Dan akhirnya, tabiat itulah yang mengubah kehidupan kita.
Jangan tunggu mampu untuk menyimpan.
Mula menyimpan supaya kita belajar menjadi mampu.