10/06/2026
SELAMAT ULANG TAHUN PENUBUHAN KOPERAT KE-30
Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja KOPERAT merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Penubuhan KOPERAT Ke-30 yang disambut pada 10 Jun 2026.
Sejak penubuhannya pada tahun 1996, KOPERAT telah memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembangunan perumahan rakyat di Negeri Terengganu. Sepanjang tiga dekad ini, pelbagai projek perumahan telah berjaya dibangunkan dan sedang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat serta menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam menyediakan kediaman yang berkualiti, selesa dan mampu dimiliki.
Selain memberi tumpuan kepada pembangunan perumahan, KOPERAT turut komited melaksanakan pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan (ESG) yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Negeri Terengganu.
Sempena ulang tahun yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghargai segala pencapaian yang telah diraih serta memperkukuhkan iltizam untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Dengan semangat kerja berpasukan, komitmen dan kerjasama erat seluruh warga KOPERAT, semoga syarikat terus maju, berdaya saing dan kekal menjadi antara pemaju perumahan yang disegani di Negeri Terengganu.
“30 Tahun Membina Kediaman Selesa, Komuniti Bahagia"