10/07/2024
Pemohon yang berminat dan bersetuju untuk membina rumah RMR2.0 di Terengganu semakin ramai daripada hari ke sehari.
๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ต ๐ฅ๐ ๐ฅ๐ฎ.๐ฌ?
Apabila ditanya, reputasi SPNB dalam menyiapkan pembinaan RMR1.0 menjadi sandaran mereka. Sebagai rekod, pada tahun 2023, 1,420 unit RMR1.0 di Terengganu telah siap dan diserah kunci kepada pemohon. Manakala, jumlah serahan rumah RMR1.0 daripada 1 Januari 2024 sehingga 10 Julai 2024 adalah 376 unit dan dijangkakan, unit yang diserah kunci akan bertambah kerana masih ada lagi unit rumah sedang dalam pembinaan.
Walaupun RMR2.0 memerlukan pemohon membuat pembayaran RM55,000, tetapi fleksibiliti RMR2.0 yang membolehkan pelaksanaan tanpa perlu gadaian & simpanan geran oleh SPNB (RMR1.0 perlu gadaian dan geran disimpan oleh SPNB sepanjang tempoh pembiayaan), dapat memudahkan pemohon yang mungkin mempunyai perancangan lain terhadap geran tanah tersebut.
Aspek lain yang menarik pemohon RMR2.0 adalah โFast Lane Conceptโ. Apabila pemohon berminat untuk memohon RMR2.0, khidmat nasihat percuma terhadap proses permohonan online & serahan dokumen sokongan akan dilaksanakan. Selepas dinilai layak untuk kelulusan menerima subsidi RMR sebanyak RM20,000, pemohon akan dihubungi kontraktor cadangan SPNB untuk proses lawatan tapak. Jika semuanya sempurna, proses selanjutnya adalah panggilan untuk proses tandatangan perjanjian serta pembayaran RM55,000. Selepas itu, surat arahan kepada kontraktor untuk memulakan pembinaan akan dikeluarkan dengan segera oleh SPNB Terengganu dan pembinaan akan berlangsung sehingga siap sepenuhnya.
*Ikuti (Follow) page ini untuk lebih info terkini, tips dan panduan agar proses permohonan RMR2.0 Tuan-tuan & Puan-puan lebih mudah. Insya Allah.
*******************************************
Terima kasih buat Pn. Nur Aisyah daripada Kuala Nerus, En. Muhamad Redhuan daripada Hulu Terengganu serta Pn. Normuniatirah daripada Marang kerana memilih RMR2.0. Semoga dipermudahkan urusan kita semua sepanjang proses pembinaan RMR2.0 ini kelak.