23/09/2020
ADUSS INGATKAN BENDA NE GURAUAN, TAPI BETUL2 LAH!! MEH SAPA2 NAK BELI TANAH DI BULAN, BULEH BACA SINI..
PAKISTAN: Seorang lelaki dari Rawalpindi, Pakistan bernama Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun telah membuat keputusan untuk membeli sebidang tanah di bulan sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri tercintanya. Beliau dilaporkan membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI).
Menurut Dialogue lagi, banyak pihak berfikir bahawa tidak mungkin untuk membeli tanah di bulan, namun pembelian ini benar-benar terjadi dalam kalangan penduduk sedunia sekarang.
Seseorang itu boleh membeli tanah di bulan melalui LSI. Setiap pembelian tersebut akan mendapat dokumen yang dikeluarkan oleh ‘Sea of Vapours’, sebagai perjanjian agar tanah yang dibeli itu akan kekal dan dapat didiami.
Menerusi laman web rasmi Lunar Settlement Initiative, tanah di bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai eksplorasi di sana. Selain itu, pemilik juga berhak untuk tinggal di sana setelah berjaya memiliki tanah tersebut.
Dalam pada itu, Sohaib dan Madiha dilaporkan telah berjaya mendapatkan semua dokumen yang dikeluarkan Sea of V***r Society termasuk Tuntutan dan Akta Berdaftar untuk Harta Lunar. Selain daripada Sohaib Ahmed, terdapat individu lain yang sudah membeli tanah di bulan iaitu seorang pelakon Bollywood yang dikenali sebagai Sushant Singh.
Sumber: Dialogue