16/10/2024
Minggu ni paling “DOK RILEX” di Terengganu. Ada 17 event yang akan berlansung hampir serentak di seluruh Terengganu. Limpahan ekonomi minggu ni pasti terasa. Hotel, Homestay, gerai dan Kedai makan, kereta sewa, buah tangan,dll.
Buat para pelancong. Sila pilih event mana yg tuan2 berkenang di hati.
Tapi kali ini berpecah ke beberapa daerah. Bukan hanya tertumpu di Kuala Terengganu. Detailnya seperti berikut:
DERAH KUALA TERENGGANU
1. 15-17 Okt. KT Safari Park Yg ni paling pelik dan menarik. Gajah dari Tasik Kenyir dibawakan khas, live di Kuala ibai Terengganu.
2. 17-19 Okt. Festival Riuh Kumpulan PMINT. Yg mana ada anak usia 12 tahun ke bawah boleh masuk pertandingan peraga fesyen. Dan lain2 aktiviti
3. 19 Okt. Terengganu Drawbridge Half Marathon. Yg ni geng Paru2 luas. Jantung pun kuat. Denyut nadi power. Larian 21km. Min 5km pun nak pengsan dah.
4. 19 Okt. Fun Run Setia bersama Palestin. Larian 4km di sekitar Taman Tamadun Islam. Anjuran PASTI Kuala Terengganu.
DAERAH KUALA NERUS
1. 15-19 Okt. Sukan SUK Semalaysia (SUKSEM) di Komplek sukan Gong Badak. Wakil setiap negeri akan berentap di Terengganu.
2. 17-19 Okt. Karnival Pantai Terengganu. Berlansung di Pantai Teluk Ketapang. Banyak aktiviti menarik.
3. EX5 Member 4.0. 18-19 Okt. Di Litar Drag Gong Badak. Yg ni geng motor ex5.
4. 18-22 Okt. Karnival Konvokesyen UMT sempena Konvo UMT tahun ni. Penuh la homestay2 di Kuala Nerus dengan keluarga yg hadir. Macam biasa ada jualan dan juga persembahan artis jemputan. Pastikan penyanyi lelaki sahaja di atas pentas. Patuhi etika hiburan Terengganu.
HULU TERENGGANU
1. 17-19 Okt. Cabaran 4x4 KBS di Taman Pertanian Sekayu. Sambil ikuti event. Boleh mandi2 bersama keluarga.
SETIU
1. 17-19 Okt. Festival Setiu Wetland. Di Taman Negeri Setiu. Yang kira rare jugak. Pusat paya bakau yg berusia ribuan tahun. Aktiviti pelik2 ada di sini
DAERAH MARANG
1. Merchang Fest 2024. 18-19 Okt. Yang best main air. Banyak aktiviti air main kt sini.
DAERAH KEMAMAN
1. 18-19 Okt. Pesta Gagar Udang. Diadakan di kampung Bukit Mentok, Kemaman. Yg pesta paling pelik. Pertandingan gagar udang??? Macam mane tu? Orang kemaman terangkan sikit.
2. 19-20 Okt. MotoX monica Bay, di Pantai Teluk Mak Nik. Ni geng2 motor Cross. Musim hujan mcm ni memang best. Nak tengok motor terbang boleh pergi sini.
Ada lagi tak yg tertinggal jika ada event2 lain update di bawah.
Kredit to : owner