22/10/2026
💙 KAMI DENGAR, KAMI LAKSANAKAN! 🏡✨
Setiap feedback daripada anda amat bermakna buat kami. ❤️
Susulan maklum balas sebelum ini mengenai keperluan tandas di bahagian luar, pihak Avenue’S Homestay mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan tersebut demi keselesaan para tetamu.
Bagi kami, kepuasan dan keselesaan anda sekeluarga sentiasa menjadi keutamaan. 🥰
Terima kasih kerana berkongsi pandangan dan membantu kami menambah baik kemudahan yang disediakan. Kami akan terus berusaha memberikan pengalaman penginapan yang lebih selesa untuk setiap tetamu! 🫶🏻
Avenue’S Homestay — kami bukan sekadar menyediakan penginapan, tetapi juga mendengar keperluan anda. 💖