01/11/2024
Harga rumah baharu beberapa tahun ini hingga tahun mendatang akan naik dan sentiasa naik. Begitu juga dengan rumah Subsale atau lebih mudah dipanggil rumah secondhand. Kadar kenaikan tidak kurang dari 11 peratus pada tahun ini dan pada tahun hadapan dianggarkan sehingga 16 peratus.
Ini disebabkan oleh kenaikan kadar inflasi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga dialami oleh negara-negara lain kerana ada bahan binaan yang diimport dari luar negara. Bukan itu sahaja, ia juga berkaitan dengan kenaikan kadar gaji minimum di negara ini.
Oleh yang demikian bagi mengelakkan membeli rumah yang bakal naik harganya pada masa mendatang, maka ramai bakal pembeli pada masa sekarang mencari rumah Subsale/Secondhand pada harga di bawah harga semasa atau lebih mudah yang kita selalu dengar iaitu Under Market Value.
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan harga rumah under market value ni. Anda dikira bernasib baik jika berjaya mencari dan membeli rumah seperti itu. Kerana pada masa mendatang jika dijual semula rumah tersebut, anda berpotensi mendapatkan keuntungan yang besar.
Jika anda seorang yang berpandangan jauh dan mampu, ada sebuah rumah untuk dijual under market value dan Freehold p**a hakikatnya. Ianya terletak di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang-Kuantan. Di kelilingi dengan kemudahan seperti 3 buah klinik swasta, pasaraya Speedmart99, restoran dan kedai makan, sebuah Masjid, Stesen Minyak Caltex, Tadika Perpaduan, PASTI, kedai tayar, workshop motorsikal dan kereta, kedai spare part kereta dan motorsikal dan pelbagai lagi. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah juga hanya berjarak lebih kurang 3 kilometer.
Market Value RM250,000.00
HARGA JUALAN RM205,000.00
Baizal Khan
011-60849104
REN 61900
MFI REAL Estate Agency