14/01/2026
PENYEWA DARI NERAKA
Rumah disewakan kepada NURFARAH AKILA BINTI ZAHARUDIN (980727-14-###x) di Taman Melati Setapak sejak 13/3/2023.
Awalnya pembayaran sewa dibuat tiada penangguhan. Bayaran sewa mula tertunggak Januari 2024 sehingga kini dengan terkumpul sebanyak beberapa ribu, bil air dan elektrik juga ada tunggakan.
Saya dan suami telah mengarahkan untuk keluar dari rumah secara baik. Call dan message tidak berbalas.
Saya dan emak sempat ke rumah pada 1/12/2025, dengan banyak kali ketukan, tiada yang buka, kami buka pintu menggunakan kunci yang kami ada, rupanya suami si Farah ada di dalam.
Bercakap secara baik, dan minta keluar sekiranya tidak dapat lagi membuat bayaran sewa. 7/12/2025 terima bayaran sewa tetapi tidak semua dan Farah berjanji untuk bayar selebihnya pada 24/12/2025.
Saya tak ada lagi terima apaยฒ berita, bayaran yang dijanjikan juga tak ditunaikan. Sama seperti sebelumnya, call dan message x berbalas.
Last message saya kepada Farah (12/1/2026)
datang ke rumah untuk last check dan berharap dia dah keluar dari rumah tu.
Saya dan suami ke rumah (13/1/2026) untuk cek keadaan rumah, Farah memang dah keluar dari rumah tu tapi dia tinggalkan rumah dalam keadaan seperti dalam gambar, seperti rumah sampah, pampers anak bertimbun, putung rokok bersepah, air bungkus lebihan tidak dibuang.
Tujuan post ini dibuat, sekiranya pasangan ini mencari rumah sewa area Taman Melati Setapak.
Kredit: asruljamat (threads)