25/09/2021
AWAS, pelbagai masalah timbul apabila ...
Banyak masalah timbul apabila pemilik rumah cuba menjual rumah sendiri dengan tidak menggunakan Servis Ejen Hartanah.
Selain itu juga, ada masalah yang dihadapi kerana melantik ejen hartanah TIDAK berdaftar atau individu yang berkelayakan seperti termaktub di dalam Akta 242.SERVIS EJEN HARTANAH
Antaranya masalah yang dihadapi ...
1) Rumah yang dijual memakan masa yang lama, tidak mengikut masa atau prosedur jual beli rumah yang sebenar.
2) Rumah dijual pada harga lebih rendah daripada yang sepatutnya. Selain itu ada pihak yang mengambil kesempatan daripada urusan jual beli rumah.
3) Tiada pihak menjaga kepentingan pihak penjual atau berlaku conflict of interest dalam urusan jual beli.
Segala proses dengan bantuan daripada Ejen Hartanah akan jadi lebih mudah ..
kerana Ejen hartanah akan membantu setiap klien dari awal sehingga proses jual beli selesai
1) Tak Pening Kepada
Semua urusankan diserahkan kepada Ejen Hartanah seperti proses mencari pembeli, urusan permohonan loan rumah dan lantik lawyer.
2) Rumah Dijual Cepat
Ejen hartanah akan cadangkan harga jualan terbaik, cari banker yang pantas dan perkenalkan lawyer yang senang berurusan.
3) Loan & Lawyer Diuruskan
Proses apply loan memang agak mencabar. Hal ini akan dibantu ejen hartanah. Begitu juga dengan pemilihan lawyer yang proaktif.