25/05/2022
Hai Assalamualaikum. Selamat tengahari. Sedikit perkongsian tentang jenis2 tanah yg boleh dibahagi. Mungkin ramai jgk yg belum tahu tentang hal ini. Untuk harini sy nk share 5 jenis tanah yg boleh dibahagikan.
1) Tanah Pusaka
Salah satu daripada harta pusaka iaitu sesuatu yg ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak yang akan diwarisi oleh ahli waris disebabkan kematian pewaris.
2) Pecah Bahagian
Memecah satu lot tanah kepada lot-lot yg lebih kecil mengikut bahagian seperti yg didaftarkan di dalam geran untuk mendapat hakmilik geran berasingan atas setiap individu.
3) Pecah Sempadan
Memecah satu lot tanah kepada lot-lot yang lebih kecil. Geran boleh dimiliki oleh seorang penama atau lebih.
4) Tukar Syarat
Penukaran kategori kegunaan tanah atau pengenaan kategori kegunaan tanah yang baru atau pembatalan atau pindaan syarat nyata atau pengenaan syarat nyata yang baru untuk membolehkannya menggunakan atau memajukan tanah bagi maksud yang lain daripada yg dibenarkan pada masa ini.
5) Serahbalik dan Berimilik Semula
Serahbalik tanah kepada kerajaan dan berimilik semula kepada umpukan-umpukan pecah sempadan bagi tujuan pelbagai pembangunan tanah.
Itu sahaja perkongsian tengahari ni. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan ukur tanah dan sempadan boleh hubungi kami segera☺️☺️