31/07/2021
6 Cara Nak Kurangkan Bayar Pinjaman Perumahan Dengan Cepat
Kita semua bermimpi nak ada rumah sendiri, kan? Tapi, tanggungjawab beli rumah
ni nampak besar dan scary, terutama untuk yang first-time beli rumah. Lagi-lagi
dengan musim COVID-19 yang tengah membebankan ekonomi kita sekarang ni,
mesti ramai (admin pun) yang tengah cari cara nak jimat duit sebanyak mana yang
boleh.
So, kalau korang ada pinjaman perumahan (mortgage) dengan keadaan sekarang ni,
korang mungkin boleh buat untuk kurangkan bayaran gadai janji korang setiap bulan.
mesti korang tengah cari cara nak setelkan secepat yang boleh. Bila dah jumpa cara
yang sesuai, korang dah boleh fokus kat bahagian kewangan yang lain macam guna
duit simpanan untuk melabur kat pasaran saham/simpanan tetap.
Jangan risau, walaupun keadaan tengah susah sekarang ni, ada je cara yang
Hah ni admin ada nak bagi tips yang boleh ringankan beban korang!
1. Bayar wang pendahuluan dalam amaun yang besar.
Tak kisah lah korang beli rumah landed atau rumah bertingkat, admin konfem
majoriti akan pilih untuk bayar kadar deposit yang minimum sebanyak 10%. Apa
kata, kalau ada duit lebih, korang bayar deposit lebih sikit cam antara 20% ke 30%
daripada harga rumah? Kiranya nanti, korang akan bayar pinjaman dan faedah
bunga yang lebih rendah.
Contohnya, korang beli harga rumah dalam RM300k. Tengok ni, admin nak buat
perbezaan kalau korang bayar wang pendahuluan sebanyak 20% atau 10% guna
Loanstreet punya Kalkulator Pinjaman Perumahan & Duti Setem.
Ikutkan gambar kat atas ni, korang akan nampak ada perbezaan yang besar kalau
korang bayar wang pendahuluan sebanyak 20%. Kiranya, jumlah bayaran pinjaman
yang korang buat akan dikurangkan sebab kadar bunga dia rendah.
2. Pilih pinjaman hartanah fleksi.
Pilihan 1 tuh bagus, tapi kalau korang takde lebihan duit dalam keadaan ekonomi tak
stabil ni, macam mana? Jangan risau k, mesti ada jalan yang sesuai untuk korang
ambik.
Admin cadangkan korang untuk pilih pinjaman hartanah fleksi sebab korang siap
boleh ambil margin pinjaman kewangan sebanyak 90% lagi. Ini kerana untuk jenis
pinjaman ni, dia ada bagi korang kebebasan sebab korang boleh bayar lebih kalau
ada duit DAN boleh keluarkan duit jugak kalau korang ada emergency.
Korang pun dapat kurangkan kadar bunga dan tempoh pinjaman dengan senang. Ini
sebab korang basically tukar prinsipal pinjaman hartanah korang. Kiranya lepas ni,
dah takde proses yang rumit atau bayaran tambahan.
Satu benda korang kena take note pasal pinjaman hartanah jenis fleksi ni adalah
yuran bulanan tetap dia ada sebanyak RM5 hingga RM10. Tujuan bayaran yuran ni
adalah untuk maintain akaun semasa. Admin rasa cam murah je yuran bulanan
pinjaman hartanah fleksi ni. Siap boleh simpan duit lagi! Korang rasa macam mana?
3. Bayar guna duit EPF korang.
Kalau korang still nak bayar lebih walaupun ada kekangan duit, mungkin korang
boleh consider guna duit dari akaun 2 EPF? Admin jujur cakap, ni mungkin idea
yang baik kalau korang tak kisah mana guna dana persaraan EPF ni untuk
kurangkan duit pinjaman. Kalau korang dah ada pinjaman bank, korang boleh pilih
guna duit EPF untuk bayar secara lump-sum atau secara ansuran setiap bulan.
Kalau korang nak tahu, untuk bayaran secara lump-sum, korang boleh keluarkan
duit sama ada ikut baki akaun 2 atau jumlah baki pinjaman perumahan. EPF akan
pilih amaun mana yang paling rendah untuk dijadikan sebagai bayaran
pendahuluan.
Manakala, untuk bayar ansuran secara bulanan, korang kena kira dulu berapa kali
bayaran yang korang kena buat based on baki yang ada dan isi borang yang dah
disediakan. Nanti, EPF akan automatik buat pembayaran ikut amaun yang korang isi
tuh setiap bulan.
Admin nak ingatkan jugak, walaupun admin cadangkan korang boleh guna duit EPF,
ia mungkin bukan keputusan yang bagus. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang
yang tengah ada pandemik dan ekonomi yang semakin tak menentu ni.
Lagipun, ada beberapa financial gurus yang bagitau, kalau kadar faedah gadai janji
lagi tinggi dari pulangan dividen EPF, kiranya bagus gak lah keluarkan duit EPF
sebab kadar faedah untuk baki simpanan tuh akan jadi lebih banyak.
TAPI, kalau ikutkan data dalam beberapa tahun ni, kita boleh nampak yang kadar
dividen EPF lebih tinggi dari kadar pinjaman gadai janji sekurang-kurangnya bawah
5%. Kalau tengok sekarang ni pulak, kadar pinjaman gadai janji adalah 3.40%, yang
mana lagi rendah dari pulangan kadar dividen EPF sebanyak 5.45%. Kiranya, better
korang pikir dulu apa pulangan yang korang akan dapat sebelum buat apa-apa
keputusan.
K, ni admin kasi breakdown. Katakan, korang ada RM50,000 dalam akaun EPF dan
kadar dividen adalah 5.45%. Kiranya, jumlah EPF korang selepas dividen adalah
RM52,725. Pinjaman perumahan tertunggak korang pulak ada sebanyak RM50,000
dengan kadar bunga 3.40%, korang akan save RM1,700. Persoalannya sekarang,
antara keuntungan dividen sebanyak RM2,725 dan jimat RM1,700 untuk kadar
bunga, mana yang lebih untung? Nampaknya, lebih baik kalau kita simpan duit EPF kita tuh.
BACA JUGA: Bolehkah wang KWSP anda digunakan untuk pinjaman perumahan?
4. Refinance semula pinjaman perumahan
korang.
Kalau korang ada decide nak membiayai semula (refinance) pinjaman perumahan,
korang kena sentiasa perhati jugak kadar pinjaman berkesan (effective lending rate)
bank. Kadar pinjaman berkesan ni boleh kasi korang kadar yang lebih baik kalau
korang nak kurangkan bayar kadar bunga. Ia juga bermaksud pengurangan bayaran
ansuran secara bulanan.
Contohlah kan, kadar faedah tetap pinjaman perumahan korang adalah 5% p.a. dan
kadar bunga terkini untuk pembiayaan semula adalah 3.4% p.a.. Kiranya, kalau
korang pilih nak biayai semula, korang akan dapat kurangkan faedah 1.6% setiap
tahun untuk sampai habis tempoh pinjaman.
WALAU BAGAIMANPUN, admin tak sarankan korang pilih pembiayaan semula
kalau baki tempoh pinjaman korang tuh dalam 10 tahun atau kurang atau perbezaan
antara kadar faedah adalah sikit. Lagi satu, kena tengok jugak kos pembiayaan
semula macam yuran pemprosesan bank, duti setem, yuran penilaian dan guaman.
5. Pilih pakej pinjaman perumahan yang offer kadar bunga yang berbaloi.
Keputusan nak pilih pinjaman perumahan amat penting, tak kira lah ni kali pertama
korang nak apply pinjaman rumah ke atau korang nak refinance. Tak kisah mana-
mana pun, admin cadangkan pilih pakej pinjaman perumahan yang akan tolong
korang jumat duit dari bayar faedah.
Sebagai contoh, Bank of China Malaysia (BOCM) ada produk bernama Flexi
Housing Loan yang akan tolong korang jimat bayar faedah dengan gabungkan
akaun semasa dengan pinjaman perumahan. Korang boleh terus depositkan duit
dekat akaun semasa bebila sahaja dan ia akan terus kurangkan baki pinjaman dan
faedah pinjaman.
Mekanisme ni dicapai dengan menghubungkan akaun semasa dengan pinjaman.
Setiap bulan, bayaran ansuran akan ditolak dari akaun semasa seperti dijadualkan.
Duit-duit yang lebih dalam akaun semasa juga akan digunakan untuk bayar prinsipal
amaun pinjaman.
So, contohnya, kalau klien dah ambil penuh pinjaman perumahan fleksi sebanyak
RM500k dan dia dah ada RM400k dalam akaun semasa yang dah dihubungkan
bersama, pengiraan faedah hanya akan kira baki pinjaman bersih sahaja iaitu
RM100k. Kiranya, klien akan jimat RM400k dalam faedah.
Yang bestnya, tak ada had untuk korang keluarkan duit dari akaun semasa tuh. Tak
kisah lah korang nak keluarkan berapa kali atau bila. BCOM siap tengah ada ada
kadar promotioni yang baik iaitu 3.10% p.a. untuk 2 tahun pertama dan 3.25% p.a.
untuk tahun-tahun seterusnya.
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan BOCM Flexi Housing Loan, boleh cpntact
diorang punya team sales kat 03-23878232/03-23878815 atau pergi ke mana-mana
cawangan di sekitar negara!
6. Guna korang punya dana simpanan tetap (FD).
Kalau korang ada banyak duit lebihan, ini adalah pilihan yang bagus. Kiranya,
daripada melabur semula duit FD, korang boleh guna dana tuh ke dalam akaun
pinjaman perumahan korang. Duit FD ni bukan saja boleh kurangkan kadar faedah
pinjaman perumahan korang, tapi boleh rendahkan jumlah hutang dan faedah yang
dikenakan dari pihak bank.
Nak jadikan contoh, Ali tiba-tiba je dapat RM100k. So, dia nak tahu yang mana lagi
bagus:
1. masukkanduitdalamFDyangada2.15%p.a.
2. gunaduituntukbayarpinjamanperumahanyangada3.4%p.a.
Jadi, kalau Ali letak RM100k dalam FD dia dengan 2.15% p.a., dia akan dapat
RM2,150 setahun dalam faedah. Sebaliknya, kalau dia guna RM100k untuk
pinjaman perumahan dia yang caj 3.4%, Ali akan dapat kurangkan bayar sebanyak
RM3,4000 setahun untuk faedah yang perlu dibayar. Nak dibandingkan kalau Ali
masukkan duit untuk FD, kita semua dapat simpulkan sekarang yang Ali dapat
simpan lebih dari RM1,000.
Korang mesti pikir, kalau nak bezakan dengan FD, korang akan susah nak keluarkan lebihan duit untuk pinjaman perumahan. Kalau nak tahu, ni adalah prinsip
liquidity, iaitu senang ke nak keluarkan duit korang bila diperlukan?
Jangan risau, banyak produk mortgage sekarang macam Flexi Housing Loan dari
BOCM ni akan lebih mudahkan korang keluarkan dan gunakan lebihan duit untuk
bayar pinjaman perumahan. Ada produk yang lebih senang nak keluarkan duit dari
FD.
Senang citer, lebih senang nak guna lebihan wang tunai untuk mengimbangi
pinjaman jika kadar faedah pinjaman lebih tinggi daripada hasil FD.