29/07/2026
KOPI MUNGKIN BAIK UNTUK JANTUNG — TAPI BUKAN KOPI MANIS
Pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan jantung yang lebih rendah bagi sesetengah individu.
Tetapi kopi yang dimaksudkan dalam kajian ialah terutamanya:
✅ Kopi hitam tanpa gula
✅ Kopi bancuhan biasa atau filtered coffee
✅ Americano tanpa sirap
✅ Espresso tanpa gula
✅ Kopi dengan sedikit susu tanpa gula tambahan
✅ Kopi tanpa krimer manis atau susu pekat
Bukan ini:
❌ Kopi ais susu pekat
❌ Kopi 3-dalam-1
❌ Kopi kaw penuh gula
❌ Caramel latte, frappe atau kopi bersirap
❌ Kopi dengan whipped cream dan krimer berlebihan
Kopi mengandungi polifenol serta sebatian bioaktif yang mungkin membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menyokong fungsi salur darah dan memperbaiki kesihatan metabolik.
Namun, apabila kopi dicampur dengan banyak gula, susu pekat, krimer dan sirap, jumlah kalori serta gula turut meningkat.
Akhirnya, perkara yang sepatutnya berpotensi memberi manfaat boleh bertukar menjadi minuman yang menyumbang kepada kenaikan berat badan, diabetes dan penyakit jantung.
Bagi kebanyakan orang dewasa, sehingga 400 mg kafein sehari secara umum dianggap selamat. Tetapi jumlah kafein setiap cawan sangat berbeza mengikut saiz, jenis biji dan cara penyediaan. Jadi, “lima cawan” bukan lesen untuk minum lima gelas kopi kaw bersaiz besar.
Kurangkan atau elakkan kopi jika ia menyebabkan:
— Jantung berdebar
— Gelisah atau anxiety bertambah
— Tangan menggigil
— Pedih ulu hati
— Sukar tidur
— Tekanan darah meningkat
Kesimp**annya:
Manfaat itu dikaitkan dengan kopi, bukannya gula, susu pekat atau krimer di dalamnya.
Kalau mahu minum kopi setiap hari, pilihlah:
KOPI KURANG MANIS. LEBIH BAIK, TANPA GULA.
Kopi bukan ubat untuk mencegah penyakit jantung. Ia hanya boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat bersama pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur mencukupi dan tidak merokok.
Public Health Malaysia