Darul Makmur Properties

Darul Makmur Properties Info hartanah dan tips yang santai bagi hartanah khusus untuk warga Kuantan

04/04/2017

PROGRAM BANTUAN RUMAH

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Kumpulan Sasar

• Kumpulan sasar PBR adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Pendapatan(PGK). Keutamaan akan diberikan kepada:

• Warga emas (lebih 65 tahun), uzur dan orang kurang upaya;
• Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;dan
• Mangsa bencana alam seperti ribut, taufan, banjir dan kebakaran.
• Penerima bantuan perlu memiliki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/ menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

Skop Bantuan

Kawasan liputan PBR adalah di kawasan luar Bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

Skop PBR terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

• Bina Baru

Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

• Baik Pulih

Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

Kaedah Pelaksanaan

Permohonan yang lengkap dikemukaakn kepada Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah(LKW) untuk pertimbangan dan pengesahan. Pelaksanaan projek boleh dibuat secara;
• Pelantikan kontraktor Kelas F/ G1 oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa.
• Gotong-royong
Peraturan kewangan semasa

31/03/2017

"Rent-to-Own" (RTO) adalah program Sewa Milik kediaman selama 10 tahun bagi pemohon yang berjaya dalam pengundian untuk Kediaman PR1MA tetapi gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank panel PR1MA.

Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.

Pemohon boleh memilih antara skim PR1MA Basic RTO atau PR1MA Zero RTO.

Bayaran bulanan: Sewa + Akaun Simpanan Pembeli (ASP)

Kadar sewa bulanan termasuk caruman simpanan yang dikumpul di dalam Akaun Simpanan Pembeli sebagai dana untuk penyewa membeli kediaman PR1MA tersebut kelak.

Jika penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, jumlah simpanan penyewa akan dipulangkan semula selepas bayaran yang dikenakan oleh PR1MA ditolak.

Bayaran bulanan: Sewa

Bayaran bulanan hanyalah untuk sewa kediaman PR1MA sahaja tanpa sebarang caruman simpanan. Sekiranya penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, tiada bayaran balik akan diberi. Jika penyewa memilih untuk membeli kediaman PR1MA tersebut, penyewa perlu mendapatkan pembiayaan penuh daripada bank panel PR1MA atau mana-mana institusi kewangan yang lain.

Kadar Sewa RTO

• Kadar sewa untuk kedua-dua skim dikira berdasarkan bayaran ansuran pinjaman perumahan. Sewa bagi skim Zero RTO adalah kurang berbanding dengan Basic RTO.
• Kenaikan kadar sewa akan dilakukan setiap 3 tahun.
• Kadar sewa dan jadual pembayaran hanya akan ditentukan sebelum menandatangani Perjanjian Sewa antara penyewa dengan PR1MA.

Deposit RTO

Penyewa perlu membayar tiga bulan deposit sebagaimana prosedur lazim sewaan sebelum penerimaan kunci kediaman.

Address

Kempadang
Kuantan
25150

Telephone

+60129818983

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Makmur Properties posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category