Masjid An-Nur

Masjid An-Nur Masjid An-nur Taman Dato' Abdul Rashid terletak di daerah Kuantan Pahang.

Masjid An-Nur Taman Dato' Rashid Lancar Tabung Pengurusan Am Sempena Ramadan 2025Masjid An-Nur, Taman Dato' Rashid denga...
15/02/2025

Masjid An-Nur Taman Dato' Rashid Lancar Tabung Pengurusan Am Sempena Ramadan 2025

Masjid An-Nur, Taman Dato' Rashid dengan penuh kesyukuran mengumumkan pembukaan Tabung Pengurusan Am bagi Ramadan 2025.

Tabung ini diwujudkan untuk menyokong pelbagai aktiviti pengimarahan masjid sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.Antara aktiviti yang akan dilaksanakan termasuk:

✔️ Majlis berbuka puasa – Penyediaan juadah berbuka untuk jemaah.
✔️ Imam jemputan – Menjemput imam khas bagi solat Tarawih.
✔️ Tadarus Al-Quran – Sesi bacaan Al-Quran secara berkumpulan.
✔️ Moreh – Hidangan selepas solat Tarawih.
✔️ Pelbagai aktiviti keagamaan – Program ceramah, kuliah subuh, qiamullail dan lain-lain.

Jawatankuasa masjid amat mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memastikan kelancaran program-program ini. Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank rasmi masjid atau imbasan QR yang disediakan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bendahari atau Setiausaha Masjid An-Nur.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi bekalan pahala berterusan. Bersama kita menghidupkan Ramadan dengan amal jariah dan ibadah yang diberkati.

Alhamdulillah. Program hari ini berjalan lancar.
01/02/2025

Alhamdulillah. Program hari ini berjalan lancar.

Program Kem Anak Soleh (KASEH) Berjaya Dilaksanakan di Masjid An Nur, Taman Dato' Rashid Kuantan

🌙 Jemput Hadir ke Program Malam Israk Mikraj di Masjid An Nur Taman TDR! 🌙Ayuh, mari kita sama-sama meriahkan Program Ma...
26/01/2025

🌙 Jemput Hadir ke Program Malam Israk Mikraj di Masjid An Nur Taman TDR! 🌙

Ayuh, mari kita sama-sama meriahkan Program Malam Israk Mikraj dengan Forum Perdana bertajuk "Timeline Akhir Zaman" yang pasti memberi banyak manfaat dan pengajaran kepada kita semua. 📖✨

🗓 Tarikh: 30 Januari 2025
🕖 Masa: Bermula selepas Maghrib
📍 Tempat: Masjid An Nur Taman TDR
🍽 Jamuan disediakan untuk semua yang hadir

Semua dijemput hadir untuk mengikuti forum yang penuh ilmu, berkesan, dan penuh keberkatan. Jangan lepaskan peluang untuk memperkukuh pengetahuan kita tentang akhir zaman dalam program yang bermakna ini! 🙏🌙

*Mak ayah cari program yang menyeronokkan tapi berfaedah untuk anak-anak?* 🤩Hantarkan mereka ke KASEH: Kem Anak Soleh di...
23/01/2025

*Mak ayah cari program yang menyeronokkan tapi berfaedah untuk anak-anak?* 🤩

Hantarkan mereka ke KASEH: Kem Anak Soleh di Masjid An-Nur, Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan! 🕌✨

📅 Tarikh: 1 - 2 Februari 2025
⏰ Bermalam di Masjid: Pengalaman yang mendekatkan anak-anak dengan masjid dan nilai agama!
📍 Terbuka: Untuk umur 7 - 17 tahun

🔥 Aktiviti Menarik:
✔️ Modul asas wudu' & solat bestari
✔️ Explorace minda yang mencabar
✔️ Qiamullail untuk rohani yang mantap
✔️ Motivasi jati diri oleh pakar
✔️ Persembahan daie cilik
✔️ Banyak lagi aktiviti menyeronokkan & mendidik!

🎒 Pakej Termasuk:
✅ Makan & minum
✅ Kit peserta
✅ Sijil penyertaan
✅ Barang aktiviti
✅ Penceramah & fasilitator terbaik

✨ Yuran Khas: *RM65 sahaja* untuk 60 pendaftaran pertama!

Cuti sekolah ini pastikan anak-anak anda:
✅ Lebih dekat dengan Islam
✅ Belajar nilai murni
✅ Membina keyakinan diri

📲 Daftar Sekarang: Hubungi En. Faizal (019-614 1393)

Tempat TERHAD, jangan lepaskan peluang ini! 💖

Assalamualaikum W.B.TMasjid An-nur Taman Dato' Rashid membuka tabung infaq bagi membeli 1 unit JAM SOLAT SMART TV. Dana ...
26/11/2024

Assalamualaikum W.B.T

Masjid An-nur Taman Dato' Rashid membuka tabung infaq bagi membeli 1 unit JAM SOLAT SMART TV. Dana yang diperlukan bagi pembelian TV, sistem Smart Solat dan juga pemasangan ialah RM5000.00

Muslimin dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq boleh menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda melalui nombor akaun tertera.

Untuk maklumat lanjut, sila klik link dibawah. Terima kasih.

http://www.wasap.my/60196141393/Infaq_SmartTV

Pemadam api adalah alat penting dalam melindungi harta benda, keselamatan, dan nyawa dari bahaya kebakaran. Dengan menge...
28/10/2024

Pemadam api adalah alat penting dalam melindungi harta benda, keselamatan, dan nyawa dari bahaya kebakaran. Dengan mengenali kelebihan dan faedahnya, serta memastikan pemadam api tersedia dan berfungsi dengan baik di persekitaran anda, anda boleh meningkatkan keselamatan dan kesiapan untuk menghadapi kebakaran.

Tidak terkecuali di Masjid An Nur, keberadaan alat pemadam api adalah elemen utama dalam memastikan keselamatan jamaah terjamin sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak. Terbaru, pihak masjid telah bersetuju untuk menaiktaraf alat pemadam api yang lama yang sudah mencapai tarikh luput dan sudah lama tidak diselenggara.

Alhamdulillah, alat pemadam api yang batu telah dipasang. Terima kasih semua.

Address

Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Jalan Kuantan Bypass
Kuantan
26100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category