Pro Pusaka

Pro Pusaka Pro Pusaka adalah Konsultan Pengurusan Hartanah Islam yang berpengalaman dalam Perancangan Harta dan Pengurusan Harta Pusaka.

Selamat Hari Pekerja.
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja.

Hibah sering disalah faham sebagai cara untuk “lari” daripada faraid. Hakikatnya, hibah bukanlah helah selagi ia dibuat ...
22/04/2026

Hibah sering disalah faham sebagai cara untuk “lari” daripada faraid. Hakikatnya, hibah bukanlah helah selagi ia dibuat dengan niat yang betul dan mengikut syarat sah yang ditetapkan oleh syarak.

Faraid hanya berkuat kuasa selepas kematian, manakala hibah adalah pemberian harta semasa hidup secara sukarela tanpa balasan. Dalam Islam, kedua-duanya wujud dan saling melengkapi sebagai instrumen pengurusan harta.

Melalui hibah, seseorang boleh merancang agihan harta lebih awal, contohnya untuk membantu waris yang memerlukan, menjaga kebajikan waris yang kurang berkemampuan, atau mengelakkan kesulitan selepas kematian. Ia juga membantu mengurangkan risiko harta beku dan pertikaian dalam kalangan waris-waris setelah kematian.

Namun begitu, hibah boleh menjadi satu bentuk helah jika digunakan dengan niat untuk menafikan hak waris secara tidak adil.

Kesimpulan:
Hibah bukanlah helah untuk lari daripada faraid, sebaliknya ia adalah alat perancangan harta yang sah dan bijak, selagi digunakan dengan niat yang baik dan adil.

BADAL HAJI BAGI ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA: WAJIB ATAU TIDAK?Badal haji tidak sentiasa wajib. Ia bergantung kepada...
02/04/2026

BADAL HAJI BAGI ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA: WAJIB ATAU TIDAK?

Badal haji tidak sentiasa wajib. Ia bergantung kepada keadaan si mati.

Jika si mati telah cukup syarat wajib haji semasa hidup tetapi meninggal dunia sebelum sempat menunaikannya, dan meninggalkan harta pusaka, maka badal haji adalah wajib dilaksanakan oleh waris menggunakan harta pusaka tersebut. Ini kerana ia dianggap sebagai hutang si mati yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, jika si mati tidak meninggalkan harta atau harta tidak mencukupi, maka tidak wajib untuk melaksanakan badal haji. Dalam keadaan ini, ia hanya menjadi amalan sunat sekiranya waris atau pihak lain ingin melaksanakannya secara sukarela.

Dalam pengurusan harta pusaka, perkara seperti hutang si mati termasuk badal haji hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid dibuat.

Jika anda memerlukan nasihat berkaitan pusaka atau faraid, boleh hubungi kami untuk konsultasi.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
20/03/2026

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 🌙17 Ramadan 1447H“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaa...
06/03/2026

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 🌙
17 Ramadan 1447H
“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 804)

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini mengingatkan kita untuk terus mendekatkan diri kepada Al-Quran, menghayati maknanya serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨
31/12/2025

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨

Selamat Menyambut Deepavali.
19/10/2025

Selamat Menyambut Deepavali.

PRO PUSAKA: JALAN PENYELESAIAN WARISAN ANDA! 🏠✨💡 Adakah anda menghadapi masalah dengan harta pusaka?Ramai di antara kita...
04/10/2025

PRO PUSAKA: JALAN PENYELESAIAN WARISAN ANDA! 🏠✨

💡 Adakah anda menghadapi masalah dengan harta pusaka?
Ramai di antara kita terperangkap dengan isu pembahagian pusaka yang tidak selesai, dokumen yang rumit, atau pertikaian keluarga yang tidak berkesudahan. Jangan biarkan harta yang berharga ini terbengkalai tanpa penyelesaian!

Kami di PRO PUSAKA sedia membantu anda dengan:

✅ Khidmat Nasihat Profesional
• Pemahaman mudah mengenai proses pembahagian pusaka.
✅ Urusan Dokumen Pusaka
• Penyediaan dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Geran Pusaka Kecil, dan pengesahan wasiat.
✅ Penyelesaian Pertikaian Warisan
• Rundingan yang adil dan harmoni dalam kalangan ahli keluarga.
✅ Pemindahan Hak Milik
• Pengurusan tanah, rumah, dan aset lain agar dipindahkan kepada waris dengan cepat dan lancar.

Selamat Hari Malaysia.
15/09/2025

Selamat Hari Malaysia.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bermesyuarat pada 2018 dan 2019 telah memutuskan antaranya : HIBAH HARTA DALAM G...
12/09/2025

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bermesyuarat pada 2018 dan 2019 telah memutuskan antaranya :

HIBAH HARTA DALAM GADAIAN ADALAH SAH SEKIRANYA HARTA YANG DIHIBAHKAN DILINDUNGI OLEH TAKAFUL MRTT/MLTT ATAU MENDAPAT KEIZINAN DARI PEMBIAYA.

Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel.P.U.8 pada 8hb April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13hb Mei 2021. Fatwa ini selari dengan pendirian Pro Pusaka berkenaan hibah harta bercagar dan kedua-dua elemen ini sudah dimasukkan ke dalam hibah yang kami laksanakan semenjak tahun 2020 lagi.

Salam Maulidur Rasul.
04/09/2025

Salam Maulidur Rasul.

Address

A9, 1st Floor, Jalan Tanjung Lumpur 7, Tanjung Lumpur
Kuantan
26060

Telephone

+60105419492

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pro Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pro Pusaka:

Share