Rumah Pahang

Rumah Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Pahang, Real Estate, Kuantan.

Membantu anda mendapatkan rumah idaman| Membantu menjual hartanah anda hassle free| Home Refinancing | Check Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda PERCUMA| Maxxan Realty

24/10/2025

Memang ada benarnya memilih kediaman yang terbaik untuk keluarga merupakan satu keputusan besar. Pemilihan pelan lantai kediaman juga memainkan peranan penting.Pastikan ia benar-benar memenuhi keperluan dan sesuai dengan keluarga kita.

24/10/2025

Pembinaan jalan dan jambatan baharu ini dapat menghubungkan empat kampung iaitu Kampung Labu melalui Kampung Batu Balak, Jerantut ke Kampung Gemunchur dan Kampung Mela, Kuala Lipis.

Pembinaan projek ini berjaya memendekkan jarak perjalanan daripada 60 kilometer (km) yang memakan masa satu jam perjalanan kepada hanya 17km dan masa perjalanan selama 15 minit, selain turut mempertingkatkan aspek keselamatan penduduk yang menggunakan laluan itu.

Projek jalan dan jambatan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

📸✍🏼 BERNAMA, Utusan Online & Berita Harian

23/10/2025

Perkara yang paling 'melegakan' dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.



16/10/2025

Lembaga Penyedut Duit Rumah Puaka

Mungkin benda ni berlaku pada korang 👇

Bayangkan hari-hari kau tengok kawan kau termenung makan maggi, hujung minggu duduk dalam bilik je. Kejap okay, kejap murung. Sentiasa kerja overtime macam takde hari esok. Itulah cerita Fikri, kawan aku yang pernah tersalah langkah besar.

(Dia minta aku sebar cerita ni untuk jadinpengajaran semua)

1. Cerita dia berlaku tahun 2010. Dia ni jenis semangat tinggi nak beli rumah, umur baru 28 dah sibuk cari property. “Kau tengok, kalau aku tak mula sekarang, bila lagi nak ada aset?” Aku pun angguklah, kagum dengan cita-cita dia.

2. Dia jumpa satu rumah, harga hampir RM400K. Sales agen promote habis-habisan. Katanya, “Dekat dengan MRT, kawasan tengah naik, boleh buat sewa lagi!”

3. Lepas tu diumpan p**a dengan lefall fee Dan spa fee free dan rebate Cashback 25k bagai. Fikri pun rasa macam jackpot. Tanpa fikir panjang, dia terus angkat.

4. Mula-mula nampak macam okey je. Tapi bila dah sign S&P, baru dia sedar. “Weh, aku punya loan RM2K sebulan, tapi bila tengok kadar sewa area ni, maksimum pun RM1K je orang sanggup bayar!”

5. Dia cuba naikkan sewa. Tapi siapa nak sewa mahal kalau rumah lain lagi murah? Penyewa pun bijak sekarang. Akhirnya, dia kena turunkan sewa ke RM1K, tak ada pilihan.

6 Setiap bulan, Fikri kena top up RM1K dari gaji untuk bayar baki loan. “Weh, duit gaji aku habis macam tu je, ghaib tiap bulan kat rumah puaka”

7. Dia mula rasa stress. Bila duit gaji separuh kena bayar rumah, dia struggle nak cukupkan perbelanjaan lain. Belanja makan pun dah kena potong.

8. Satu hari dia luah: “Weh, aku rasa kena tipu dengan agen tu. Dia kata investment, tapi aku rasa macam sponsor tenant aku je sekarang.” Aku tak tahu nak jawab apa. Betul juga dia cakap.

9. Dia cuba cari penyelesaian. Tapi nak jual rumah bukan senang. Harga pasaran tak naik pun, malah ada risiko jatuh lagi sebab kawasan tu tak cukup demand.

10. Aku tanya dia: “Weh, kenapa kau beli terus dulu? Tak fikir panjang ke?” Dia balas, “Aku fikir ni pelaburan, aku ingat untung. Tapi aku lupa nak kaji dulu kadar sewa, kos tambahan, semua tu.”

11. Masa tu baru aku sedar, ramai kawan-kawan muda macam Fikri tersilap langkah. Sebab apa? Sebab ikut hype. Sebab ikut kawan-kawan. Beli rumah sebab orang lain beli, tak buat kira-kira betul.

12. Fikri cakap agen banyak janji manis. Siap tunjuk graf naik harga kawasan tu. Tapi graf tak bayar loan, bro! Duit gaji kau yang kena cover.

13. Dia tak semak lokasi betul-betul. Walaupun ada MRT, kawasan tu belum matang lagi. Tak ramai orang nak tinggal situ. Hasilnya, kadar sewa rendah.

14. Aku pun cakap dengan dia: “Kalau kau buat research lebih sikit, mesti kau nampak benda ni awal-awal.” Dia angguk, menyesal.

15. Aku cerita balik pengalaman senior aku aka mentor aku. Dia cakap, “Pelaburan rumah kena ada ROI yang jelas. Kalau loan tinggi, sewa rendah, jangan sentuh.”

16. Aku bagi nasihat untuk elakkan benda ni. Sebelum beli, kaji dulu kadar sewa kawasan. Tengok rumah lain sekitar. Jangan percaya agen bulat-bulat.

17. Fikri tanya aku, “Kalau aku tak beli rumah ni, aku nak buat apa dengan duit tu?” Aku jawab, “Simpan. Kalau cukup simpanan, kau boleh cari rumah yang betul-betul berbaloi.”

18. Jangan beli rumah sebab nak berlumba dengan orang. Rumah ni tanggungjawab jangka panjang, bukan aset untuk suka-suka.

19. “Kenapa kau tak pernah beli rumah?” Fikri tanya. Aku balas, “Aku beli rumah yang below market je. Aku pastikan simpanan cukup, ada emergency fund, lokasi betul, dan aku tak nak bayar lebih dari apa aku mampu.”

20. Terus dia terdiam. “Weh, aku rasa ni pelajaran paling mahal dalam hidup aku,” dia kata.

21. “Kau kena jadikan pengalaman ni panduan. Jangan ulang kesilapan ni lagi. Kau pun boleh ajar orang lain lepas ni.”

22. Sebelum balik, aku sempat pesan “Bukan semua rumah tu pelaburan. Ada rumah yang jadi beban kalau tak pandai pilih.” Ibarat lembaga penyedut duit.

23. Dia mula nampak hikmah. “Lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Buat research lebih sebelum buat keputusan besar.”

24. Aku cakap dengan dia “Kita semua belajar dari kesilapan. Tapi jangan biarkan kesilapan ni hancurkan kewangan kau.”

25. Dia mula rancang semula kewangan. Buat bajet, cari cara nak kurangkan beban loan, dan mula bina simpanan baru.

26. Aku harap kita semua belajar dari sini. Beli rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak, duit gaji kau yang jadi mangsa.

27. Aku kongsi cerita dia kat kawan-kawan lain. Aku nak semua orang tahu, jangan buat keputusan besar tanpa kajian mendalam.

28. Mesej aku jelas. Rumah bukan perlumbaan. Jangan terburu-buru ikut orang lain.

29. Aku tambah lagi, “Kalau kau tak pasti, tanya pakar. Dapatkan nasihat sebelum sign apa-apa.”

30. Moral cerita Fikri ni, jangan biar agen atau hype media sosial, ikutan kawan-kawan kawal keputusan kewangan kau.

31. Aku tutup cerita dengan nasihat terakhir

32. Pelaburan yang sebenar ialah pelaburan dalam ilmu. Fahamkan betul-betul sebelum kau serahkan gaji kau kepada ‘lembaga penyedut duit’ macam ni.

33. Ada ke yang pernah tersilap percaturan?

Sewa atau beli? No right no wrong; ia bergantung pada diri anda😊✌️
16/10/2025

Sewa atau beli? No right no wrong; ia bergantung pada diri anda😊✌️

16/10/2025

Idea Untuk Pejuang Hartanah
"House Flipping"

Address

Kuantan
25050

Telephone

+60183700772

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category