19/11/2023
Kisah malaikat yang menghitung titisan hujan yang turun dari langit ke bumi
Azad Jasmi l 18 Nov 2023
———————————————-
Saya terpanggil untuk berkongsi garapan input yang saya baca dan merasa takjub dengan kisah ini. Ambillah iktibar dan semoga Allah memberkati kita insyAllah.
Rasulullah SAW bersabda, “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Mikraj, aku telah melihat satu malaikat yang memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari dan aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu.
Lalu aku bertanya kepada Jibril as, “Siapakah malaikat itu, dan apa tugasnya?”Maka Jibril berkata, “Sesungguhnya dia adalah malaikat yang telah diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi. ’Rasulullah SAW lalu bertanya kepada malaikat tadi,
“Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?”
Malaikat itupun berkata, “Wahai Rasulullah SAW, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mula diciptakan Adam as sehinggalah sekarang ini, aku juga mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, dan ke tempat yang tidak diketahui oleh manusia”.
Mendengar huraian malaikat tadi, Rasulullah SAW sangat berasa takjub di atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan.
Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,
“Ya Rasulullah, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan kecerdasan untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan”.
Rasulullah saw pun bertanya, “Apakah kekurangan dan kelemahan kamu wahai malaikat?”
Malaikat itupun menjawab, “Kekurangan dan kelemahanku Ya Rasullullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat ke atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan oleh Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu.
”Allahuakbar..bayangkan sahabat-sahabatku.
Malaikat yang hebat, yang tak pernah salah dalam menghitung titisan hujan sejak dari zaman Adam as sehingga lah sekarang pun kalah dan tak dapat nak hitung pahala yang kita dapat bila berselawat kepada nabi junjungan kita.
Semoga kita berada dikalangan orang yang beriman.
Perbanyakkanlah berselawat, semoga cerita ini dapat mencuit hati yang mendalam kepada sahabat semua kerana sesungguhnya saya juga berasa takjub bila mendengar kisah ini.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya. Mohon maaf.