29/08/2024
Saya copy
Kenapa REN ramai?
1. Sebab proses registration mudah. Semua orang boleh register. Modal minima ada yang RM 88, RM 50, RM 0 pun ada 🤩.
2. Mudah gelar diri masing-masing expert, manager, consultant, senior dan mak nenek lain.
3. Anggapan kerja mudah, flexibel dan pendapatan lumayan.
Hakikat sebenarnya.
Ramai yang register tapi tak bergerak. Register terus lupa.
Success rate dalam 5% sahaja. Masuk 100 yang jadi 5, yang konsisten 2.
Ramai yang tak sanggup buat iklan walaupun guna phone sambil duduk di rumah.
Dalam registration ada 80K lebih ren berdaftar rasanya. Agak-agak berapa % yang aktif, dan berapa yang konsisten?
Sesetengah broker haram lagi aktif dari REN 😂.
Abg min buat REN secara full time. Stress level lebih besar dari kerja dulu. Kerja dulu boleh manage sebab within scope. Habis-habis bgtau bos nego due date atau task. Hujung bulan gaji masuk.
Dulu dapat peluang travel separuh dunia pun mudah lagi. Seronok kerja.
Bila dah kerja sendiri, kena bergantung kepada diri sendiri. Demam 40 degree dapat MC 2 hari rasa tak berguna pun 😄.
Buat part time lebih ideal sebenarnya. Tapi kalau nak pergi jauh, kena full time.
Kita berangan nak jadi business man berjaya nak ada bisnes besar, bisness fizikal nak jadi boss, bersara muda.
Tapi proses tak sanggup tempuh.
Modal tak sanggup keluar, RM 50 keluar utk marketing pun dah menggelupur. Masa tak sanggup korban, nak belajar tambah ilmu pun tak sanggup. Semua akses ada depan mata saja kalau cari.
Setelah beberapa ketila dalam bidang ni abg min sedar, bidang REN ni memang tak sesuai untuk semua orang.
Jadi sapa yang kata mudah tu roger abg min lekaih, jemput register. Kami ada promo MERDEKA sekarang ni 😃