04/09/2024
🌟REFINANCE ATAU JUAL (KEPERLUAN ATAU KEHENDAK)🌟
📌APA ITU REFINANCE?
Secara ringkasnya Refinance itu adalah menukarkan pinjaman rumah sedia ada kepada pinjaman baharu. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pemilik mendapatkan wang tunai, kadar faedah baru dan lain-lain.
📌APA ITU JUAL?
Secara mudah untuk difahami adalah, cara seseorang pemilik rumah atau hartanah mencairkan aset seperti rumah bagi mendapatkan wang tunai dan melepaskan komitmen.
📌SEBAB MEMILIH UNTUK REFINANCE
Antara sebab utama kenapa pemilik rumah refinance rumah adalah kerana mereka memerlukan wang tunai & kadar faedah pinjaman yang lebih menarik.
Contohnya, jadual pembayaran yang berbeza atau pembayaran balik yang lebih fleksibel.
Bank selalunya sudah mempunyai pakej skim refinance yang sesuai untuk keperluan tertentu, seperti menawarkan kadar faedah lebih rendah atau cashback (pulangan tunai).
📌SEBAB MEMILIH UNTUK MENJUAL RUMAH ATAU ASET HARTANAH
Ada pelbagai sebab kenapa seseorang memilih untuk menjual rumah. Ada yang menjual bagi tujuan pelaburan, tak mampu menanggung pembiayaan bulanan, ingin "upgrade/downgrade" rumah, melepaskan kenangan lampau dan berpindah tempat kerja.
Tapi ada juga yang ingin menjual rumah kerana ingin menaik taraf kehidupan kerana pertambahan bilangan ahli keluarga dan tahap kemampuan. Walau apa pun sebab, setiap pemilik mempunyai alasan & keputusan sendiri. Mereka punya hak untuk melepaskan atau mencairkan aset hartanah mereka terutama rumah ataupun tanah.
📌KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
Sepertimana yang telah di nyatakan pada, tiada jawapan tepat kepada keputusan pemilik rumah samada mereka perlu membuat Refinance atau Menjual rumah mereka.
Sekiranya pemilik cuma ingin mendapatkan wang tunai, mereka mungkin cukup sekadar membuat Refinance terhadap rumah mereka. Bergantung kepada jumlah wang tunai yang mereka perlukan. Pemilik harus tahu, mereka tidak akan menerima sepenuhnya wang tunai hasil dari Refinance rumah mereka. Kerana pihak bank tidak akan memberi pinjaman 100% mengikut nilai semasa rumah. Ada bank sekadar memberi pinjaman sebanyak 80% dari nilai semasa. Ada juga bank memberi 90% pinjaman dari nilai semasa. Belum termasuk dengan jumlah pinjaman terdahulu yang perlu diselesaikan. Semuanya akan dikira semula dan selepas penolakan kos² lain sehingga tiada baki tertunggak, barulah pemilik akan menerima duit hasil Refinance.
Pemilik yang sudah merasakan dia harus berubah suasana, melupakan kenangan² lalu atau bertambah bilangan ahli keluarganya, antara cara dan solusi yang boleh digunakan adalah dengan mencairkan atau menjual rumah atau aset meraka. Tapi tidak dapat disangkal ada pemilik yang membeli rumah sebagai pelaburan jangka masa panjang. Sebagai contoh, mereka membeli rumah 'busuk' atau lelong, dan kemudiannya menjual semula setelah dibaik pulih sekiranya perlu dengan harga yang lebih tinggi. Ada juga yang membeli rumah untuk dijadikan Home Stay, Airbnb, Rumah Sewa dan Bilik sewa. Selagi pelaburan jual beli atau sewaan masih mendatangkan Positive Cash Flow, ia tetap relevan & menguntungkan. Tetapi sekiranya pemilik tidak mendapat untung, aset hartanah tersebut masih dikira komitmen yang memungkinkan pemilik terjun kepada kerugian.
Refinance atau Jual, diantara Keperluan dan Kehendak, ia tetap satu topik yang sangat subjektif. Hanya pemilik tahu & faham apa yang diinginkan mereka. Sebagai Perunding Hartanah berpengalaman, kita hanya mampu menasihati pemilik, pembeli aset hartanah berdasarkan pengalaman jual beli atau transaksi sebelumnya.