Hafiy Hizazi

Hafiy Hizazi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hafiy Hizazi, Real Estate, Kuching.

🔥𝗛𝗼𝘂𝘀𝗲 𝗙𝗼𝗿 𝗦𝗮𝗹𝗲🔥Double Storey Terrace House📍 Taman Janting, Jalan Batu Kawa, 93250, Kuching✅ 4 Bedrooms + 2 Store room ✅...
02/09/2024

🔥𝗛𝗼𝘂𝘀𝗲 𝗙𝗼𝗿 𝗦𝗮𝗹𝗲🔥

Double Storey Terrace House
📍 Taman Janting, Jalan Batu Kawa, 93250, Kuching

✅ 4 Bedrooms + 2 Store room
✅ 3 Bathrooms
✅ Dry Kitchen + Wet Kitchen
✅ Carpark : 2
✅ Land Size : 168.9 Sq.Metres approx
✅ Land Category : Town Land
❇️ Land Classification : Mixed Zone
❇️ Leasehold : 2059
❇️ 6 units of Air Conditioner
❇️ Build in Cabinet Included

Amenities/Facilities:
🔸 5 minutes to Emart Batu Kawa
🔸 5 minutes to SK Batu Kawa
🔸 10 minutes to MJC
🔸 10 minutes to McDonalds MJC
🔸 25 minutes to Kuching International Airport
🔸 30 minutes to Kuching Town

💰Asking Price: RM 580,000



For Sale🔥🏠 Double Storey Intermediate Terrace📍 Location : Taman Berlian, Kota Samarahan▪️Size: 4.72 Points / 190.9 squar...
30/11/2022

For Sale🔥

🏠 Double Storey Intermediate Terrace
📍 Location : Taman Berlian, Kota Samarahan

▪️Size: 4.72 Points / 190.9 square metres more or less
▪️Bedrooms : 4
▪️Bathrooms : 3
▪️ Mixed Zone Land
▪️Well maintained

✅ 3 minutes to Unisquare
✅ 5 minutes to Farley Samarahan
✅ 5 minutes to UNIMAS/UITM
✅ 10 minutes to IJN Samarahan
✅ 5 minutes walk to Arena Samarahan
✅ Many restaurants all around

Asking For RM500K
Accept - Bank Loan & LPPSA (Prefer Bank Loan)
Viewing available on weekends

For inquiries 0168597477 Hafiy Hizazi

SEMPADAN TANAHAtas sebab-sebab tertentu, kadang-kadang dua pemilik tanah berjiran datang dengan pertikaian sempadan hart...
05/07/2021

SEMPADAN TANAH

Atas sebab-sebab tertentu, kadang-kadang dua pemilik tanah berjiran datang dengan pertikaian sempadan hartanah yang berdampingan...

Mengapa sempadan tanah kadang-kadang berbeza? Selalunya, pertikaian sempadan timbul apabila kefahaman dan penafsiran dokumen hakmilik tanah yang berbeza atau dua pemilik tanah akan membuat tuntutan atas tanah yang sama.

Banyak kes sedemikian timbul pada hari ini, terutamanya apabila tanah baru diperolehi atau dibeli. Kedudukan tanah p**a bergantung pada pelan yang tidak tepat. Di samping itu, kaedah pengukuran lama, unit pelan bukan dalam metric, bergantung kepada penanda yang mungkin berubah dari semasa ke semasa, seperti pokok. Deskripsi tanah itu boleh menjadi s**ar atau mustahil untuk diuraikan berdasarkan realiti geografi hari ini...

Dalam beberapa kes, pertikaian sempadan timbul hanya kerana sempadan sebenar tidak diperiksa sebelum pembinaan. Inilah sebabnya mengapa pengukuran tanah sangat penting sebelum pembinaan pada mana-mana struktur bermula, terutamanya jika lokasinya dipercayai hampir dengan sempadan sebelah. Mengetahui di mana sempadan hartanah anda akan mengurangkan konflik di masa depan.

Jiran yang mementingkan diri sendiri akan mengabaikan pengukuran agar tujuan mereka tercapai. tentu saja, tetapi pengukuran tanah yang dilakukan oleh Jurukur Tanah Berlesen adalah bukti yang sah. Sekiranya sempadan dipersoalkan untuk apa-apa sebab, pengukuran boleh menjadi perunding atau alat pengantaraan untuk menetapkan sempadan yang dipersetujui antara dua bidang tanah dan menyelesaikan konflik.

Apabila pengukuran sempadan dijalankan, seorang juruukur akan mengesan dan menanda sempadan di atas tanah, seperti yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik anda. Langkah ini perlu dan selalu diambil sebelum membina apa-apa seperti pagar yang mungkin mendekati garisan sempadan hartanah. Sekiranya konflik tentang sempadan berlaku kerana perbezaan tafsiran juruukur anda dengan tetangga anda, juruukur harus cuba menentukan fakta untuk percanggahan itu dan menasihati anda jalan penyelesaian.

Walaupun pengukuran adalah penting sebagai alat tawar-menawar atau pengantaraan, penentuan akhir sempadan hakmilik dalam hal pertikaian hanya dapat diselesaikan oleh pengadilan di mahkamah. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atau Jurukur Tanah Berlesen (JTB) boleh bertindak sebagai saksi pakar semasa kes di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Jika anda berfikir bahawa ada kemungkinan penyelesaian sehingga tahap ini, pastikan anda menanyakan JTB anda sama ada dia sanggup dan boleh memberi keterangan sebagai saksi pakar sebelum anda mengupahnya untuk pengukuran sempadan anda...

Lets share the knowledge...😉

 PANDUAN UNTUK PEMBELI RUMAH PERTAMA1. PR1MA Permohon usia 21 tahun ke atas, belum ada rumah, pendapatan antara RM2500-R...
23/06/2021



PANDUAN UNTUK PEMBELI RUMAH PERTAMA

1. PR1MA

Permohon usia 21 tahun ke atas, belum ada rumah, pendapatan antara RM2500-RM15,000. Harga rumah ditawarkan antara RM100,000-RM400,000.

2. SKIM RUMAH PERTAMAKU

40 tahun kebawah, belian rumah pertama. Gaji tidak lebih RM10,000 bagi suami isteri atau RM5,000 bagi individu. Harga rumah antara RM100,000-RM500,000.

Skim ini khusus untuk pekerja swasta atau badan berkanun yang s**ar dapat pembiayaan rumah

3. RUMAWIP

Usia 18 tahun keatas, rumah pertama bagi menetap di KL. Pendapatan isi rumah tak lebih RM15,000 dan individu tak lebih RM10,000. Harga rumah antara RM52,000-RM300,000.

4. PPAM

usia 18-60 tahun, khusus buat penjawat awam dan badan berkanun. Rumah pertama sahaja. Pendapatan isi rumah tak lebih RM10,000. Harga rumah ditawarkan RM90,000-RM300,000.

5. MyHome

Usia memohon 18 tahun keatas. Rumah pertama. Gaji antara RM3,000-RM6,000. Harga kediaman RM80,000-RM250,000 ditawarkan. Setiap negeri ada skim ditawarkan.

6. RUMAH SELANGORKU

Usia 18 tahun keatas. Belum ada rumah di Selangor. Pendapatan isi rumah tak lebih RM10,000. Harga ditawarkan RM42,000-RM250,000.

7. RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

Memiliki tanah tapi tiada rumah atau rumah usang. Membantu nelayan, petani dan keluarga miskin buat rumah selesa.

Semua skim ini masih berjalan dan ada kekosongan. Mohonlah untuk dengan penuh kasih sayang.

Kongsikan jika bermanfaat.

Kredit Azizul Azli Ahmad

 PANDUAN BELI RUMAH TERES1. Lihat orentasi matahari,  jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita...
22/06/2021



PANDUAN BELI RUMAH TERES

1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita. Panasnya luar biasa.

2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika s**ar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.

3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah. Cucur atap pendek, kurang baik.

4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.

5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling lebih 10' kaki. Bila pasang kipas tidaklah terputus jari.

6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik

7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.

8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi. Kurang manis jadinya.

9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama)

10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.

11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.

12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.

13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.

14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras.

15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.

16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.

17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.

18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti.

Sebab itu gegadis s**a lelaki matang dan berpengalaman rupannya

Kita tak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.

Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.

Kredit
Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecil Hartanah

TIPS LULUS PEMBIAYAAN PERUMAHANAda yang cakap sekarang ni bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan..Ada yang cakap, ...
15/06/2021

TIPS LULUS PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Ada yang cakap sekarang ni bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan..

Ada yang cakap, bank "pilih bulu" sebelum meluluskan housing loan..

Ada p**a yang cakap interest rate bank sekarang cekik darah dan lebih Yahudi daripada pinjaman Ahlong!

Tapi benarkah semua tohmahan ini?

Jangan cepat membuat tohmahan ya.

Semak dulu kelayakan anda, baru anda tahu rumah mana yang sesuai mengikut gaji anda.
In shaa Allah baru mudah untuk bank bagi kelulusan.

Nak semak kelayakan?
Sebarang pertanyaan boleh terus klik link
www.wasap.my/60125937864/SemakKelayakan

HAFIY HIZAZI
Azmi&co (EA) Sdn Bhd

BELI TANAH ATAU RUMAH DULU? Soalan ini sering ditanya kepada saya sebenarnya. 1. Jika mula kerja, tahan impian beli tana...
14/06/2021

BELI TANAH ATAU RUMAH DULU?

Soalan ini sering ditanya kepada saya sebenarnya.

1. Jika mula kerja, tahan impian beli tanah dulu. Walaupun yang cadang itu ibubapa tercinta.

2. Dengan membeli tanah untuk buat rumah waktu mula kerja. Kita pastinya akan buat pembiayaan peribadi.

3. Bila ada pembiayaan peribadi, nak beli sebuah rumah akan jadi s**ar nanti.

4. Jangan ada impian beli tanah nak buat rumah bila bersara nanti. Wawasan itu terlalu jauh menanti.

5. Jika lagi 30 tahun akan bersara, apakah kita akan kekal hidup menyewa?. Maklumlah nak buat bunglow nantinya.

6. Selama tempoh itu juga, duit kita akan tertanam dalam tanah. Tiada hasilnya kecuali kita nak tanam buah strawberry.

7. Kita bayar faedah bank dan kayakan bank sahaja nantinya.

8. Beli tanah jika kita benar kaya raya dan duit tak tahu nak letak mana. Tanah adalah penyimpan nilai sebagaimana emas.

9. Belajar beli rumah dulu, baru beli tanah untuk bina rumah.

10. Jika ada impian beli banyak rumah, sabar dulu untuk membeli tanah.

Kredit kepada:
Dr Azizul Azli Ahmad




Address

Kuching
93350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafiy Hizazi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category