01/06/2026
BINTULU MUNCUL HAB INDUSTRI HIJAU DAN TENAGA STRATEGIK SARAWAK
KUCHING, 31 Mei โ Kluster Industri Peralihan Bintulu yang akan dilancarkan 11 Jun depan, mengukuhkan lagi kedudukan Bintulu sebagai hab industri hijau dan tenaga strategik Sarawak.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Bintulu diiktiraf Forum Ekonomi Dunia sebagai antara 36 Transitioning Industrial Clusters di dunia.
Pengiktirafan tersebut membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi Sarawak dalam sektor industri masa depan.
Sarawak kini turut menarik gelombang baharu pelaburan hijau, industri pembuatan maju dan teknologi rendah karbon.
Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak selama 10 tahun bagi memanfaatkan sumber gas asli secara strategik dan mampan.
"Bintulu merupakan satu-satunya wakil Malaysia dalam rangkaian global berprestij ini. Kami sedang menarik gelombang baharu pelaburan hijau, industri pembuatan termaju dan teknologi rendah karbon. Sejak Disember 2024, Sarawak telah mengeksport lebih daripada satu juta tan metrik metanol ke pasaran di seluruh rantau Asia Pasifik," katanya dalam Perutusan Hari Gawai 2026.
Usaha tersebut membolehkan kekayaan gas Sarawak menjana pertumbuhan industri, peluang pekerjaan bernilai tinggi serta pemindahan teknologi kepada rakyat dalam negeri.
ENDSโฆROSE/PR
Foto: Generate A.I.