17/09/2026
π‘π PEMILIK RUMAH BAHARU β PANDUAN SELEPAS MENERIMA KUNCI.
Beriku adalan panduan ringkas untuk pemilik rumah baharu di Taman Zoriah.
Selepas semua bekalan utiliti seperti elektrik dan air telah disambungkan, pastinya anda sudah tidak sabar untuk berpindah masuk ke rumah baharu. π
Berpindah ke rumah sendiri merupakan satu detik yang menggembirakan dan satu pencapaian besar dalam kehidupan. Tentunya kita semua ingin mula menghias, memasang perabot, membuat jeriji (grill) keselamatan dan mencipta pelbagai kenangan manis bersama keluarga di rumah baharu. π‘β€οΈ
Namun, jangan terlalu tergesa-gesa.
Sebelum mula membawa masuk barang-barang dan membuat pemasangan atau pengubahsuaian, ada beberapa perkara penting yang wajar diberi perhatian.
β
PERKARA YANG PATUT DIBUAT!
1οΈβ£ PERIKSA RUMAH TERLEBIH DAHULU
Ini adalah perkara paling penting.
Sebelum rumah mula dipenuhi dengan perabot dan barang-barang peribadi, luangkan masa untuk memeriksa keseluruhan rumah.
Periksa setiap ruang, bahagian dalaman dan kawasan luar rumah untuk sebarang kecacatan atau masalah. Tidak kira besar atau kecil.
π Contohnya:
β’ Kebocoran atau kesan air
β’ Pintu dan tingkap
β’ Jubin dan lantai
β’ Dinding dan siling
β’ Kemasan cat
β’ Kelengkapan sanitari
β’ Saliran dan floor trap
β’ Soket dan suis
β’ Peralatan atau kemasan yang disediakan oleh Pemaju
Jika terdapat kecacatan, laporkan kepada Pemaju dengan segera supaya tindakan pembaikan boleh diambil seawal mungkin.
Ini juga dapat mengelakkan kerja-kerja pembaikan daripada mengganggu proses anda berpindah masuk.
Kerja pembaikan boleh menghasilkan habuk, kotoran atau memerlukan ruang kerja tertentu. Kita tentunya tidak mahu barang-barang peribadi yang baru dibawa masuk terdedah kepada risiko kerosakan.
π Periksa dahulu. Lapor dahulu. Kemudian barulah mula memenuhi rumah.
2οΈβ£ BUAT LAPORAN KECACATAN MENGIKUT PROSEDUR SPA
Setiap laporan kecacatan hendaklah dibuat mengikut proses yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) yang telah ditandatangani.
Kebiasaannya, laporan berpatutan perlu dibuat secara bertulis untuk menjadi rekod rasmi. Sesetengah Pemaju mungkin menyediakan kaedah tambahan seperti e-mel atau portal aduan khusus di atas talian.
Bagi Nursinar Development, laporan kecacatan hendaklah dibuat:
π§ Secara bertulis; atau
π§ Melalui e-mel ke alamat e-mel rasmi syarikat.
Ramai pemilik rumah pada hari ini lebih selesa menghantar aduan melalui WhatsApp. Walaupun WhatsApp mudah dan cepat, ia tidak semestinya merupakan saluran rasmi untuk laporan kecacatan dan boleh menyukarkan pengesanan atau rekod aduan pada kemudian hari.
Sebaliknya, e-mel rasmi boleh direkodkan dan diakses oleh pihak yang berkaitan dalam syarikat.
π‘ Tip ketika membuat laporan:
Pastikan anda nyatakan dengan jelas:
π Lokasi kecacatan;
π Jenis atau masalah yang berlaku;
πΈ Gambar/video jika perlu;
π Penerangan ringkas tentang kecacatan.
Bagi Nursinar, selepas sesuatu kecacatan dibaiki, ia lazimnya dipantau untuk memastikan pembaikan tersebut berkesan.
Sebagai amalan dalaman, tempoh pemantauan 14 hari biasanya digunakan. Jika masalah yang sama berulang dalam tempoh tersebut, pemilik boleh melaporkannya semula untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya masalah yang sama hanya dilaporkan selepas tempoh pemantauan, ia akan dinilai berdasarkan keadaan semasa dan boleh dianggap sebagai laporan baharu.
β οΈ Nota: Tempoh pemantauan ini merupakan amalan pengurusan kecacatan dan bukan tempoh yang dinyatakan sebagai suatu hak khusus dalam SPA.
Selain itu, laporan kecacatan hendaklah berkaitan dengan hartanah dan kawasan dalam sempadan lot/kompaun rumah berkenaan, tertakluk kepada terma SPA.
3οΈβ£ BERSIHKAN RUMAH ANDA SENDIRI
Pemaju biasanya akan menjalankan pembersihan umum sebelum penyerahan kunci.
Namun, maksud βbersihβ mungkin berbeza mengikut pandangan setiap individu. π
Secara amnya, rumah diserahkan dalam keadaan bebas daripada sisa binaan dan sampah pembinaan, manakala kawasan luar p**a berada dalam keadaan yang munasabah untuk penyerahan.
Tetapi jangan terkejut jika masih terdapat:
π§Ή Habuk dan berpasir (grit),
πͺ Kesan debu pada tingkap,
πͺ Habuk pada pintu dan bingkai,
β¨ Kesan ringan daripada kerja pembinaan,
Jadi, selepas menerima kunci, pemilik disarankan untuk membuat pembersihan dalaman dan luaran secara sendiri mengikut tahap kebersihan yang diinginkan.
Anggaplah ini sebagai langkah pertama untuk menjadikan rumah baharu benar-benar terasa seperti rumah anda sendiri. π‘β€οΈ
4οΈβ£ JIKA BELUM BERPINDAH, LAWAT RUMAH SECARA BERKALA
Tidak semua pemilik akan terus berpindah masuk sebaik sahaja menerima kunci.
Ada yang perlu menunggu perabot, peralatan dapur, jeriji kerelamatan atau kerja-kerja lain sebelum mula menduduki rumah.
Jika rumah masih kosong, jangan biarkan terlalu lama tanpa pemeriksaan.
Luangkan masa untuk datang dan periksa keadaan rumah secara berkala.
Ini membantu mengesan masalah yang mungkin tidak kelihatan semasa pemeriksaan awal, contohnya:
π§ Kebocoran,
π Serangan serangga/perosak,
πΏ Masalah kalis air,
β‘ Masalah komponen elektrik,
π§οΈ Kesan air selepas hujan,
π§ Masalah pada kelengkapan yang hanya muncul selepas digunakan.
Lebih awal sesuatu masalah dikesan, lebih mudah untuk tindakan susulan dibuat.
β PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN!
1οΈβ£ JANGAN TERUS PASANG GRILL KESELAMATAN
Bagi kebanyakan pemilik rumah baharu, pemasangan jeriji (grill) keselamatan biasanya antara perkara pertama yang ingin dilakukan.
Tetapi, jika terdapat kecacatan yang masih belum diperiksa atau dibaiki, sebaiknya tunggu dahulu.
π Pasang grill selepas kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan kecacatan selesai.
Ini dapat mengelakkan:
β’ Kerja pembaikan daripada terganggu,
β’ Akses kepada pintu atau tingkap daripada terhalang, dan
β’ Kekeliruan mengenai punca kerosakan baharu yang mungkin berlaku selepas pemasangan.
Lebih mudah untuk Pemaju menjalankan kerja pembaikan apabila kawasan tersebut masih dalam keadaan asal.
Periksa β Lapor β Baiki β Kemudian pasang grill. π
2οΈβ£ JANGAN BUAT PENAMBAHBAIKAN ATAU PENGUBAHSUAIAN TANPA KEBENARAN
Semasa rumah masih dalam Defect Liability Period (DLP), elakkan daripada membuat sebarang pembaikan, penggantian, penambahan atau pengubahsuaian terhadap ciri atau kemasan asal rumah tanpa memaklumkan dan persetujuan Pemaju terlebih dahulu.
Walaupun anda menganggap sesuatu kerja itu sebagai βmembaiki kecacatanβ, sebaiknya maklumkan kepada Pemaju dan beri peluang kepada Pemaju untuk memeriksa serta mengambil tindakan terlebih dahulu.
β οΈ Sebarang penambahbaikan atau pengubahsuaian yang dibuat sendiri tanpa persetujuan Pemaju boleh menjejaskan tuntutan kecacatan bagi bahagian yang terlibat.
Begitu juga, kos kerja yang dibuat sendiri tanpa persetujuan terlebih dahulu tidak semestinya boleh dituntut daripada Pemaju.
π Maklumkan kepada Pemaju dahulu. Dapatkan kebenaran dahulu. Barulah buat.
Sentiasa rujuk kepada SPA yang telah ditandatangani untuk terma dan syarat yang terpakai.
3οΈβ£ JANGAN SENGAJA MELENGAHKAN PENGAMBILAN VACANT POSSESSION (VP)
Apabila Notis Vacant Possession (VP) telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik, pemilik hendaklah mengambil perhatian terhadap tempoh dan syarat yang dinyatakan dalam notis serta SPA.
Jangan sengaja melengahkan pengambilan kunci tanpa alasan yang munasabah.
Bagi SPA yang tertakluk kepada peruntukan berkaitan, kelewatan pemilik mengambil VP tidak semestinya menyebabkan tarikh permulaan DLP turut ditangguhkan.
Oleh itu, jangan anggap:
βSaya belum ambil kunci, jadi DLP belum bermula.β
Tarikh VP, tempoh pengambilan kunci dan permulaan DLP hendaklah dirujuk kepada SPA yang ditandatangani serta peruntukan undang-undang yang terpakai bagi projek berkenaan.
π Ringkasnya:
VP dikeluarkan β Semak notis & SPA β Ambil tindakan dalam tempoh ditetapkan β Periksa rumah β Laporkan kecacatan.
π‘ RUMAH BAHARU, JANGAN TERLALU TERGESA-GESA
Menerima kunci rumah baharu memang satu perkara yang menggembirakan. ππ
Tetapi sebelum terus pasang grill, buat kabinet, tebuk dinding, ubah suai atau membawa masuk semua perabotβ¦
Berhenti sekejap. Periksa rumah dahulu.
Pastikan semua kecacatan dilaporkan melalui saluran yang betul dan beri ruang kepada Pemaju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan.
Selepas semuanya selesai, barulah anda boleh mula menjadikan rumah tersebut benar-benar milik anda. β€οΈ
Ingat 7 perkara mudah ini:
β
Periksa rumah,
β
Lapor kecacatan,
β
Ikut prosedur SPA,
β
Bersihkan rumah,
β
Lawat secara berkala jika belum berpindah,
β Jangan pasang grill terlalu awal,
β Jangan ubah suai atau baiki sendiri tanpa memaklumkan Pemaju.
π‘β¨Rumah baharu, kenangan baharu. π‘β¨
Jaga rumah anda dengan baik dan nikmati kehidupan baharu di Taman Zoriah! Jika tidak pasti, silalah bertanya dengan wakil Nursinar Development Sdn. Bhd. Perkara yang baik, kami sedia untuk berbincang.
β οΈ PENAFIAN
Perkongsian ini disediakan sebagai panduan umum dan rujukan asas sahaja, berdasarkan pengalaman serta amalan pengurusan Pemaju. Ia bukan merupakan nasihat undang-undang atau panduan rasmi daripada DBKU atau mana-mana pihak berkuasa.
Terma, syarat, prosedur, tempoh, tanggungjawab Pemaju dan hak pemilik rumah adalah tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani, lokasi/projek berkenaan serta undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Pemilik rumah dinasihatkan untuk merujuk SPA masing-masing dan mendapatkan pengesahan daripada Pemaju atau pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang keraguan.