15/05/2026
SISI GELAP BELI RUMAH
———————————————
Orang selalu nampak beli rumah sebagai simbol “dah berjaya dalam hidup”
Dapat kunci rumah, ambil gambar depan pintu, upload dekat media sosial, semua orang ucap tahniah🥰
Tapi hakikatnya, apa yang sebenarnya berlaku?
➡️saving untuk keperluan emergency, terus kosong untuk bayar kos guaman dan kos penilaian
➡️ Suami terpaksa kena pergi jauh meninggalkan keluarga tercinta, semata-mata nak pastikan bulanan rumah tak sangkut, bulanan kereta, tak sangkut, anak2 dapat pergi tution
➡️Hidup penuh was-was, stress di tempat kerja, stress fikir bulanan komitment membebankan, Sebabtu penting kena cari rumah harga rendah
➡️ hari-hari paksa diri bangun jam 4:30 subuh, balik rumah jam 6 petang, semata-mata nak pastikan bulanan rumah tak sangkut
➡️ ada harinya, mulut teringin nak makan ayam goreng, teringin nak makan kek, teringin nak makan buah-buahan segar, tapi Apabila log in online banking, duit sisak bepuluh ringgit tinggal
➡️Anak nangis teringin nak makan ice cream, minum milk tea, makan kek terpaksa dimarah, sebab semata-mata nak berjimat
➡️ Rumah besar dibeli secara FULL LOAN, extra loan, atau down payment 10%, belum dapat di kategorikan sebagai hak milik kita, sebab masih di c***r oleh bank, kalau sangkut 6 bulan, bank akan tarik balik
➡️ Rumah yang masih under loan, tak sesuai di renovation, kalau nak jugak renovation, bagus tahan dulu tangan. budget renovation, bayar dulu ke pihak bank untk discharge loan, kalau dah abis bayar, geran dah di tangan, barulah buat renovation, sebab dah hak milik sendiri.
——————————————————
1) Harga rumah selepas COVID-19 especially di area Kuching, memang naik
rumah baru, single storey intermediate Rm380k ke atas, corner Rm420-500k
2) FULL LOAN, kos guaman, insurance dan penilaian, add on dalam loan sekali, ansuran bulanan cecah Rm1,800 - 2,500
3) kalau Gaji suami Isteri lepas gabung Rm5,500 -8,000
4) Bulanan rumah tersebut telah memakan gaji sekitar 34%
5) Belum lagi bayar bulanan kereta, personal loan, kos anak tuition, bill talifon, beli belanja dapur
6) kalau seorang shaja yang berkerja, bergaji Rm3,300,
Bayar ansuran bulana Rm1,800,
Baki gaji tinggal Rm1,500😞
7) Bulanan rumah yang ideal, untuk gaji Rm3,300, around Rm1,100, atau dibawah
8)pilihan terbaik, kalau nak jimat, boleh beli rumah second, atau rumah flat, janji ada rumah untuk berteduh, tak perlu menyewa, sebab rumah subsale ni murah walaupun lokasi di sebelah rumah baru
Atau kalau nak lagi jimat, boleh sewa rumah flat, cari bulanan Rm500-650
9) Contoh
Gaji Rm3,300
-sewa flat Rm650
-baki gaji masih ada Rm2,650
-Rm1,000 simpan
-sisa Rm1,600 untuk kos belanja hidup
10) simpanan Rm1,000 x 12 bulan Rm12,000 setahun
lepas 2 tahun, adalah simpanan Rm24,000 barulah beli rumah
Kalau dapat simpan lagi banyak, lagi bagus kan?
Atau kawan2 ada pengalaman dan pandangan lain nak di kongsikan?
Nak carik rumah subsale atau rumah second murah, boleh WhatsApp saya
016-826-1295
Jom Kita sama2 planning the better future, supaya tak salah langkah!