Belijualtanahsabahsarawak

Belijualtanahsabahsarawak Komuniti ini hanya untuk belijualtanah sahaja utk berkongsi ilmu dan rezeki jika d izinkanNya

02/02/2017

WTB.......syaratnya👇👇👇

1 . Luas 500 - 800 acre

2 . Radius 10 km dari

2.1 . Negeri Sembilan
2.1.1 . Tol Nilai
2.1.2 . Tol Seremban

2.2 . Melaka
2.2.1 . Tol Ayer Keroh

2.3 . Pulau Pinang

3 . Sila catatkan harga

4 . Sila cerahkan samada boleh markup

5 . Sila dedahkan jumlah group third party / agent terlibat

6 . Sila hadirkan nama penerima LOI atau Deposit

7 . Sila jelaskan kedudukan dan lokasi sebenar tanah yang dianjurkan / dicadangkan .

8 . Commission harus dan mesti adhere dan comply dengan arahan saya / business contact berkenaan .

Terima Kasih
Sabri ismail
+601132364858
[email protected]

والله أعلمُ
جميع تنتمي إليه
والله أعلمُ

11/03/2016

Assalam tuan isa.....kalau ladang ni k x?👇

💯 LADANG SAWIT HAK MILIK INDIVIDU UNTUK DI JUAL

✍LOKASI : MUKIM HULU CHEKA JERANTUT PAHANG
✍KELUASAN : 1136 EKAR
✍�KELUASAN DI JUAL : 1136 EKAR
✍GERAN : PRIVATE
✍�PEMILIK : INDIVIDU
✍�PEMAJAK : TIADA
✍KATEGORI TANAH : PERTANIAN
✍�KEGUNAAN TANAH : TANAMAN POKOK KELAPA SAWIT
✍� UMUR POKOK : 7 TAHUN
✍STATUS : LEASEHOLD / NOV 2085
✍HARGA TAWARAN : RM 45K PER EKAR
✍�MARKUP : ❌❌
✍CATATAN : HARGA BOLEH DI BINCANG DGN TUAN TANAH
✍�URUSAN JUALBELI : TUKAR HAK MILIK / BORANG 14A DI PEJABAT TANAH
✍�JARAK DGN TN TANAH : DIRECT OPTION HOLDER
✍�TAHAP KETEMBUSAN : 💯
✍� TARGET : PENGUSAHA TANAMAN KELAPA SAWIT SAHAJA

☎ 01132364858 sabri

02/02/2016

JENIS-JENIS GERAN HARTANAH YANG PERLU ANDA KETAHUI.

1. Selalu saya dengar dialog berikut “Ehh.. kenapa saya punya geran tulis Hakmilik Sementara, awak punya Geran Negeri? Saya punya ni bukan geran ker? Kenapa sementara p**ak? Macam mana cara saya boleh dapat “geran” macam awak dapat?”

2. Memang ada pelbagai jenis geran dan ramai pun yang tak tau jenis-jenis geran ni. Sebab geran-geran ni ada kaitan dengan hakmilik, pegangan dan pengukuran halus ke atas hartanah.

3. Secara asasnya, bila pemberimilikan hartanah diluluskan, ia akan diberikan samada kepada Hakmilik Pentadbir Tanah atau Hakmilik Pendaftar Negeri.

4. Hakmilik Pentadbir Tanah diberikan kerana hartanah berkenaan bertaraf Tanah Desa bawah 10 ekar. Rekod geran ini disimpan di Pejabat Tanah & Daerah (PTD).

5. Hakmilik Pendaftar Negeri diberikan kerana hartanah berkenaan bertaraf Tanah Bandar atau Tanah Pekan atau Tanah Desa berkeluasan lebih 10 ekar. Rekod geran ini disimpan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

6. Semua geran awal yang diberi kepada pemilik ini belum diukur halus. Sebab itu dinamakan Hakmilik Sementara. Jika Hakmilik Sementara ini di bawah hakmilik Pentadbir Tanah, ia disebut HSM. Jika Hakmilik Sementara ini di bawah hakmilik Pendaftar Negeri ia disebut HSD.

7. Jika diikutkan, geran-geran ini perlu diberikan hakmilik muktamad (final title) iaitu hakmilik yang telah diukur halus. Tetapi memandangkan proses untuk mengeluarkan geran yang telah diukur halus mengambil masa yang lama, maka sebab itulah dikeluarkan dahulu geran Hakmilik Sementara.

8. Dengan geran Hakmilik Sementara ini, pemilik hartanah boleh segera berurusniaga seperti menjual, memajak, menggadai dan sebagainya.

9. Tujuan ukur halus adalah untuk mendapatkan ukuran muktamad keluasan satu-satu hartanah berkenaan. Kebiasaannya, akan berlaku perubahan luas kepada hakmilik sementara apabila diukur halus untuk mendapatkan hakmilik muktamad (final title). Perbezaan ukuran ini akan menyebabkan pengurangan atau penambahan kepada cukai tanah pemilik tersebut.

10. Hakmilik muktamad (final title) ini p**a diperlukan jika satu-satu pembangunan hendak dilaksanakan di atas tanah berkenaan. Ia bagi memastikan binaan bangunan yang didirikan berada betul-betul di dalam sempadan lot tersebut dan tidak memasuki lot bersebelahan.

11. Hakmilik-hakmilik yang telah diukur halus dan diberikan hakmilik muktamad (final title) akan diberikan nama geran yang berbeza seperti dalam rajah ditunjukkan.

12. Jika hakmilik Pentadbir Tanah pegangan freehold, ia dinamakan Geran Mukim. Sebaliknya, jika pegangan leasehold, ia dinamakan Pajakan Mukim).

13. Jika hakmilik Pendaftar Negeri pegangan freehold, ia dinamakan Geran Negeri. Sebaliknya, jika pegangan leasehold, ia dinamakan Pajakan Negeri.

14. Jadi, lepas ni jangan keliru jika “geran” awal yang diberikan kepada anda adalah Hakmilik Sementara. Ia tetap geran. Hanya tunggu masa sahaja ia ditukarkan kepada hakmilik muktamad.

*Info ini bermanfaat untuk anda? SILA SHARE.

28/01/2016

🎓📝Info Hartanah📝🎓

📐 UKURAN LUAS TANAH

1 Ekar = 43,560 Kaki persegi

1 Ekar = 0.4046 Hektar

1 Ekar = 4 Rood

1 Ekar = 160 pole

1 Ekar = 10 rantai persegi

1 rood = 40 pole

📏 UKURAN PANJANG:

1 Rantai = 66 Kaki
1 Rantai = 100 Link

Contoh ukuran untuk luas tanah berbentuk segiempat,

👉1 Ekar
👉2 rantai x 5 rantai
👉10 Rantai Persegi

💡Contoh #1:
keluasan tanah yg dinyatakan dalam geran,
Keluasan : 1ac 3r 10p

= 1 ekar + 3 rood + 10 pole
👉 samakan unit semua kepada ekar,
= 1 ekar + 3/4 ekar + 10/160 ekar
= 1 ekar + ( 0.75 ekar + 0.0625 ekar )
= 1 ekar + 0.8125 ekar
= 1.8125 ekar

💡Contoh #2:
keluasan tanah yg dinyatakan dalam geran,
Keluasan : 1ac 0r 35p

= 1 ekar + 0 rood + 35 pole
👉 samakan unit semua kepada ekar,
= 1 ekar + 0/4 ekar + 35/160 ekar
= 1 ekar + ( 0 ekar + 0.21875 ekar )
= 1 ekar + 0.21875 ekar
= 1.21875 ekar
@ 1.22 ekar

Semoga bermanfaat kepada semua..

Assalam...tanah janda baik. Pahang  hampir 3 ekar. Ada aliran sungai, sebelah pusat training umno, tanah landai n berbuk...
12/11/2015

Assalam...tanah janda baik. Pahang hampir 3 ekar. Ada aliran sungai, sebelah pusat training umno, tanah landai n berbukit sedikit.... Untuk chalet atau training centre sesuai, harga lumpsum rm1.5 juta.
Call/pm 01132364858 sabri

09/11/2015

Want to sell:

5433 ekar sawit
kratong pahang
rm45k perekar

☎ 01132364858 sabri

Di johor ada tp 1526ek.
Di Lenga, Muar.
Tepi main road. Hkmilik selamanya. Bkn pjkn.
Geran cmplete.
Tnh under syarikat Sdn Bhd.
Atas tnh ada klpa sawit plbgai prigkt umo.
Hrga 3.70 pr square feet. Minat pm tepi.

25/08/2015

Assalamualaikum n salam sejahtera. Info terkini dalam urusan beli jual tanah. Page untuk berkongsi segala peluang dan ilmu dalam urusan belijualtanah.Minta like fanpage kami yang khusus dalam urusan belijualtanah. Harap sahabat semua like page kami d www.facebook.com/belijualtanah. Terima kasih

Beli dan Jual Tanah di seluruh Malaysia

20/08/2015

Terimakasih pada puan Azimah Utara atas info 👇

Bismillah

Co agency broke
********************
Msian Estate Agency Standard (buku purple) adalah buku rujukan kepada semua Perunding Hartanah di Malaysia dan WAJIB ada bagi setiap REN @ Real Estate Negotiator sebagai rujukan dalam menjalankan aktiviti atau tugasan sebagai REN. MEAS boleh diperolehi di Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia di tingkat 27 menara UOA Bangsar dengan harga RM20 tunai sahaja...krik2....

Pada hari ini, saya hanya ingin berkongsi tentang Co Agency kerana banyak pm serta di dalam Negotiator Course ramai yg bertanya mengenai co agency.

Di dalam standard 7 MEAS menyebut Co A adalah kerjasama di antara 2 syarikat yg mana ejen penjual mempunyai harta yg nak dijual dan ejen pembeli ada pihak yg ingin membeli...

Di dalam coa ini terma dan syarat perlu dinyatakan dgn jelas ttg tugas dan peranan setiap ejen..

Beberapa perkara yg perlu diambil kira adalah :-
1. Tempoh kerjasama
2. Earnest money(wang pendahuluan -sebahagian drp deposit) perlu diletakkan kepada akaun client EJEN PENJUAL ATAU EJEN PEMBELI...

ALASAN:-

EJEN PENJUAL
***************
Bagi pihak ejen penjual, mereka bertegas perlu letakkan earnest money dlm akaun client mereka kerana MEREKA YG MENDAPAT PERLANTIKAN DRP OWNER/ PENJUAL.dan pihak penjual juga bersetuju untuk membayar profesional fee kepada ejensi.

EJEN PEMBELI
***************
Mereka menyatakan perlu meletakkan earnest money dlm akaun mereka kerana pembeli hanya percaya kepada mereka sahaja dan kenal mereka sebagai ejen...tidak mengenali dan tidak percaya kepada ejen penjual...

SOLUSI
*******
Di dalam MEAS standard 7 menyatakan bahawa EJEN PENJUAL atau EJEN PEMBELI boleh memegang Wang pendahuluan Money di dalam akaun client salah satu di antara mereka...

JIKA KEDUA2 EJENSI BERKERAS UNTUK MEMEGANG WANG PENDAHULUAN????
*****************************************
Jika masing2 berkeras dan tidak ada jalan penyelesaian, ada dua pilihan:-

1.hubungan kerjasama tidak menjadi
2.pihak LPPEH sedang dalam proses pindaan untk memasukkn clause seandainya tidak ada persefahaman di antara 2 ejensi, maka wang pendahuluan tadi perlu dimasukkan ke akaun pihak LPPEH sebagai stakeholder.

Happy co agency

02/06/2015

Siapa ada tanah tepi pantai dari Miri ke Bintulu untk buat pelabuhan oil&gas...max 15k ekar

Address

Jalan Petra
Kuching
80000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belijualtanahsabahsarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category