Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak

Call Directions Website Contact the business

Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak, Property developer, Kuching.

12/10/2026
DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAKSetinggi-tinggi tahniah dan selamat menyambut Hari Lahir Ke-80...
10/10/2026

DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menyambut Hari Lahir Ke-80 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, pada 10 Oktober 2026 bersamaan 28 Rabiulakhir 1448H.

Semoga TYT sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, keberkatan dan dipanjangkan usia dalam memimpin serta menaungi Sarawak.

Ikhlas daripada:

Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).




KUCHING, 8 Oktober 2026 – Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengadakan sesi perkongsian berkaitan penggunaan ...
09/10/2026

KUCHING, 8 Oktober 2026 – Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengadakan sesi perkongsian berkaitan penggunaan sistem dan aplikasi digital Kerajaan Negeri Sarawak yang melibatkan warga kerja HDC.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini sistem dan aplikasi digital kerajaan negeri, di samping meningkatkan pemahaman warga kerja dalam mengadaptasi teknologi digital bagi mempertingkatkan kecekapan urusan kerja harian.

HDC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan dalam menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan awam.

06/10/2026
2–4 Oktober 2026 | Dataran Pehin Setia Raja, MukahPerbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) turut bersama memeriahk...
04/10/2026

2–4 Oktober 2026 | Dataran Pehin Setia Raja, Mukah

Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) turut bersama memeriahkan Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Mukah selama tiga hari melalui pembukaan booth di Kaunter Khidmat dan Pembayaran.

Penyertaan ini menjadi platform untuk HDC bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan orang ramai, di samping berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, program dan inisiatif perumahan HDC.

Terima kasih kepada semua yang telah singgah ke booth HDC. Kami amat berbesar hati dapat membantu menjawab pertanyaan dan berinteraksi bersama masyarakat Mukah. 🀝

Tidak sempat berkunjung ke booth HDC? Jangan risau.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui:
☎️ 082-444381
🌐 Laman web rasmi HDC di hdc.sarawak.gov.my
πŸ“± Facebook: Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak

Ikuti Facebook HDC untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan, program dan inisiatif perumahan HDC.

04/10/2026

Sekilas Bicara Premier Sarawak

Memiliki rumah sendiri bukan lagi sekadar impian. Dengan deposit RM10,000, pinjaman RM140,000 dan bayaran bulanan serendah RM200 hingga RM300, lebih ramai pemohon berpeluang memiliki kediaman sendiri dengan bayaran yang lebih berpatutan.




3 Oktober 2026, Balingian - Lawatan Tapak dan Penyerahan Kunci Rumah Spektra Permata (RSP) Balingian berlangsung dengan ...
04/10/2026

3 Oktober 2026, Balingian - Lawatan Tapak dan Penyerahan Kunci Rumah Spektra Permata (RSP) Balingian berlangsung dengan jayanya, disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Sebanyak 22 unit RSP siap dibina dengan keluasan 850 kaki persegi, merangkumi 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Premier Sarawak atas keprihatinan serta komitmen berterusan dalam memperkasa agenda perumahan rakyat Sarawak.

Tahniah kepada semua penerima kunci. Semoga rumah baharu ini menjadi kediaman yang selesa serta permulaan kepada kehidupan yang lebih baik bersama keluarga.

04/10/2026

The Sarawak government is studying an affordable housing model for the M40 group, with Bintulu identified as the site for two pilot projects aimed at addressing the housing needs of middle-income earners.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg said the initiative is aimed at developing housing options that are affordable for the M40 group, which often falls between existing lower- and higher-income housing categories.

Read more at: https://www.sarawaktribune.com/m40-housing-model-under-study/

Caption: Abang Johari (centre) reviews the house model of the Spektra Permata (RSP) House.

Address

Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Tuesday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Wednesday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Thursday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30
Friday 08:00 - 11:30
14:30 - 16:30

Telephone

+6082444381

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak:

Shortcuts

Share