๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ.๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก - ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐

  • Home
  • Malaysia
  • Kuching
  • ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ.๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก - ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐

๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ.๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก -   ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐ Your dream to own a House is my priority! Buy, Sell or Invest your property with me now!
(2)

Sepanjang dua tahun bersama Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, perjalanan ini adalah sebuah kisah tentang kepercayaan, pen...
13/01/2026

Sepanjang dua tahun bersama Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, perjalanan ini adalah sebuah kisah tentang kepercayaan, pengorbanan, dan pertumbuhan diri yang tidak dapat dinilai dengan angka atau pencapaian semata-mata.

Agak berat untuk meninggalkan tapi saya mencari langkah baru dan ingin mengundur dari dari sebuah legasi besar serta cemerlang ini.

Ia bermula dengan langkah kecil penuh harapan, belajar memahami dunia hartanah yang menuntut kesabaran tinggi, disiplin yang kuat dan keikhlasan dalam setiap urusan.

Setiap hari adalah proses pembelajaran dalam memahami kehendak pembeli, mengurus emosi sendiri, dan kekal profesional walaupun diuji dengan penolakan, kelewatan dan cabaran yang tidak disangka.

Di sepanjang perjalanan ini, penghormatan yang setinggi-tingginya ditujukan kepada barisan pengurusan dan rakan seperjuangan di Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan sokongan.

Teguran, nasihat dan bimbingan yang diberi bukan sekadar membentuk seorang ejen hartanah, tetapi membentuk cara berfikir, cara berkomunikasi dan cara membawa diri dalam dunia sebenar.

Setiap kejayaan yang dikecapi tidak pernah berdiri sendiri, sebaliknya hasil usaha berpas**an dan kepercayaan yang dibina bersama.

Ucapan terima kasih yang tulus juga ditujukan kepada para pembeli rumah yang telah meletakkan kepercayaan dalam setiap proses dari perbincangan awal, lawatan tapak, sehinggalah kepada tandatangan yang mengubah sebuah rumah menjadi sebuah โ€œrumah impianโ€.

Kepercayaan anda adalah amanah besar yang sentiasa saya pegang dengan penuh tanggungjawab. Setiap senyuman, setiap ucapan syukur dan setiap kejayaan memiliki kediaman sendiri menjadi sumber semangat untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik.

Tidak dilupakan juga para pemilik rumah yang telah memberi kepercayaan untuk menguruskan aset berharga milik anda. Setiap rumah mempunyai cerita, nilai dan harapan tersendiri, dan menjadi satu penghormatan apabila diberi peluang untuk menjadi penghubung antara pemilik dan pembeli.

Kepercayaan yang diberikan bukan sesuatu yang ringan, dan ia sentiasa diurus dengan penuh integriti, kejujuran dan rasa tanggungjawab.

Dua tahun ini mengajar bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar tentang jualan, tetapi tentang hubungan yang terjalin, reputasi yang dibina, dan nilai diri yang diperkukuhkan. Setiap cabaran telah mematangkan, setiap kegagalan mendidik, dan setiap kejayaan kecil diraikan dengan rasa syukur.

Melangkah ke fasa seterusnya bukan bermakna melupakan perjalanan ini, tetapi membawa bersama segala kenangan, pengajaran dan rasa hormat kepada semua pihak yang telah menjadi sebahagian daripada kisah ini.

Terima kasih Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, terima kasih kepada semua rakan seperjuangan, para pembeli dan pemilik rumah.

Semoga setiap langkah selepas ini terus dipermudahkan, dan semoga kita semua terus berjaya dalam perjalanan masing-masing.

Ini bukan pengakhiran, tetapi satu titik koma dalam perjalanan yang lebih panjang.

Kenapa Ada Sesetengah Menyesal Beli Landed? Jawapannya Buat Anda Terfikir Dua KaliDalam dunia hartanah hari ini, ramai m...
08/12/2025

Kenapa Ada Sesetengah Menyesal Beli Landed? Jawapannya Buat Anda Terfikir Dua Kali

Dalam dunia hartanah hari ini, ramai membeli rumah landed kerana โ€œitu tradisiโ€, tetapi semakin ramai p**a mula sedar betapa banyaknya beban yang datang bersama sebuah rumah atas tanah.

Rumput yang perlu dipotong setiap minggu, longkang tersumbat, pagar yang perlu dibaiki, serangan anai-anai, kos renovasi yang tak pernah habis sebab semuanya perlahan-lahan mencuri masa dan duit yang sepatutnya digunakan untuk hidup, bukan untuk menyelenggara.

Ramai yang pada awalnya teruja, namun akhirnya terperangkap dalam rutin penjagaan rumah yang tidak berkesudahan.

Di sinilah apartment muncul sebagai penyelamat. Dengan ruang yang teratur, penyelenggaraan yang lebih terkawal, dan keselamatan yang sentiasa dipantau, apartment memberi kebebasan kepada pemilik untuk hidup, bukan sekadar menjaga aset.

Bayangkan p**ang dari kerja tanpa perlu fikir rumput panjang, tanpa risau pagar rosak, tanpa pening kepala tentang kawasan gelap di luar rumah. Segala keperluan asas dijaga, semuanya demi memastikan penghuni rasa selesa, selamat dan bebas daripada kerja-kerja remeh yang memenatkan.

Apartment memberikan solusi moden kepada masalah-masalah klas*k yang sering membebankan pembeli landed.

Lebih menarik, kos penyelenggaraan yang dikongsi menjadikan hidup lebih ringan. Anda tidak perlu keluarkan ribuan ringgit secara tiba-tiba apabila atap bocor atau longkang perlu digali semula. Segala urusan ini diurus secara kolektif sebab lebih sistematik, lebih stabil, lebih tenang.

Di samping itu, gaya hidup apartment menawarkan kemudahan yang landed jarang dapat tandingi seperti gym, kolam renang, ruang rekreasi, tempat letak kereta yang tersusun kerana semua ini meningkatkan nilai hidup harian tanpa perlu keluar kos tambahan.

Akhirnya, membeli apartment bukan sekadar membeli rumah. Ia membeli ketenangan, membeli masa, dan membeli cara hidup yang lebih teratur dan selamat.

Jika anda mahukan rumah yang tidak memakan tenaga anda, yang tidak menjerat dompet anda, dan yang memberikan keselesaan sebenar tanpa drama penyelenggaraan, apartment adalah pilihan yang lebih pintar dan lebih praktikal dalam era moden hari ini.

03/12/2025

2 bulan sah Bantuan Khas Kerajaan untuk Penjawat Awam Sarawak!

Tahniah dan terima kasih kepada YAB Premierโœจ

Bila nanga penguguman macam tok apa ktkorang polah?1. Mengeluh, menyalahkan kerajaan s*k membantu ktkorang nait gaji, s*...
03/12/2025

Bila nanga penguguman macam tok apa ktkorang polah?

1. Mengeluh, menyalahkan kerajaan s*k membantu ktkorang nait gaji, s*k nurun rega rumah

2. Start nyaga kewangan ktkorang, kurangkan berbelanja simpan duit untuk bayar booking fee/lawyer fee/deposit rumah. S*k ngeloan kereta atau aset yang tak berkepentingan jangka masa pendek.

Dari di sia kita nnga Kerajaan pimpinan Premier kita sangat menitikberat dalam nulong kita tok berumah kedirik.

Bila dh di lulus kedaktok mksudnya 90% benda tok akan dipolah tunggu proses menjayakan pembinaan ya agik untuk tahun depan. Konteks ya ktkorg kena faham. Duit dah ada tinggal nak molah jak gik.

Tanyak drik empun, ktkorang berada di golongan sigek ni. What you do now is what you get tomorrow!

Apa-apapun semak jak dolok kelayakan kinektok untuk ktkorg mendapat ticket advance membeli rumah taun depan.

Klik link di bio untuk semak maximum loan ktkorg dapat!

Sumber: TVS

Soalan yang bagus untuk saya kongsi follower-follower di Facebook.Berapa lamakah anda perlu kumpul duit deposit?Soalan a...
02/12/2025

Soalan yang bagus untuk saya kongsi follower-follower di Facebook.

Berapa lamakah anda perlu kumpul duit deposit?

Soalan agak subjektif dan bergantung dengan kemampuan masing-masing. Sesetengah bekas-bekas buyer saya diaorg gunakan KWSP Akaun 2 dan ditambah sedikit dari simpananan.

Ada yang kumpul hanya untuk bayar booking fee sekaligus untuk bayar lawyer fee. Terp**ang dengan kebijaksanaan anda mengurus kewangan.

Tapi serba sedikit saya kongs*kan pendapat serta tips yang berguna bagi yang berminat nak membeli rumah.

Benda yang anda boleh lari adalah deposit rumah sebab boleh apply untuk SJKP atau pakej Full Loan Pembiayaan Rumah terutama rumah pertama anda.

Namun, kalau cerita hal booking fee, anda tak boleh buat ansuran kepada developer atau mana-mana agensi. Sebab ini adalah personal iaitu untuk diri anda sahaja. Booking Fee selalunya dalam sekitar RM1,000-RM3,000 untuk mana2 unit rumah.

Saya cerita satu kisah sebagai contoh. Anda pembeli rumah pertama dan anda layak untuk SJKP dalam kata lain boleh full loan jadi tak perlu keluar modal. Checklist 1 settle. Then kita move to bayaran booking dimana anda kena letak duit pada unit yang anda nak beli. Tak boleh booking black and white begitu sahaja apatah lagi guna air liur.

The point kat sini is anda kena keluarkan duit berdasarkan amount yang diperlukan seperti dalam T&C pembelian rumah tersebut. Ambik contoh, RM1,000 bayaran untuk booking fee. Jadi dimanakah sumber anda untuk Booking Fee?

1. Akaun ke-3 KWSP (Akaun Flexibel)
2. Simpanan

Topik untuk Booking Fee Setel.

Sekarang kita bergerak kepada pembeli yang nak guna deposit 10%(minimum deposit 10%)

Dalam konteks membeli rumah, anda kena berfikir secara luas dan besar. Jangan lihat pada bulan tapi lihat pada tahun. Maksudnya, dalam menyimpan duit untuk booking fee, janji pada diri sendiri bahawa anda akan kumpul dalam 10% daripada kelayakan anda. Sebagai contoh kelayakan anda RM350K maka anda harus ada simpanan dalam sekitar RM35K.

Jadi tanya pada diri sendiri dalam berapa tahun anda boleh buat simpanan dalam angka tersebut.

Dalam sebulan berapa anda dapat simpan untuk berapa tahun capaian anda.

Ini untuk solo, kalau combine lagilah ringan.

The point is, kalau nak cepat, keluarkan akaun 2 + dengan simpanan. Tamat dan noktah.

Bagi yang betul-betul "nazak" itu diluar bidang saya sebab itu adalah diri anda sendiri. Penjagaan kewangan sangat penting dari usia muda.

Untuk yang nak membeli rumah, step pertama anda adalah semak kelayakan dahulu untuk kenalpasti berapa maxium loan yang anda boleh dapat. Free sahaja tiada perlu sebarang pembayaran.

Dm saya untuk semak kelayakan anda. Tak rugi pun semak kelayakan.

Klik link di bawah untuk dm saya!

"Generasi sebelum kita banyak menyesal sebab mula lambat. Generasi kita jangan ulang silap yang sama"Dalam hidup ini, ad...
29/11/2025

"Generasi sebelum kita banyak menyesal sebab mula lambat. Generasi kita jangan ulang silap yang sama"

Dalam hidup ini, ada dua golongan anak muda:
1. Golongan pertama yang kejar masa depanโ€ฆ
2. Golongan kedua yang tunggu masa depan datang cari mereka.

Yang mana satu kau?

Ramai anak muda hari ini berlari kejar impian, tapi peliknya sebab ramai takut nak mula beli rumah. Bukan sebab tak mampu tapi sebab terlalu banyak โ€œnantiโ€. โ€œNanti bila gaji besar.โ€ โ€œNanti bila kerja confirm.โ€ โ€œNanti bila dah stabil.โ€

Padahal stabil itu bukan tunggu datang tapi stabil itu kita bina.

Dan di sinilah ramai mula menyesal.

Ramai yang pernah gagal membeli rumah cerita pengalaman pahit yang sama seperti:
Mereka fikir peluang sentiasa ada.
Mereka fikir harga rumah takkan lari.
Mereka fikir bank sentiasa sedia.
Mereka fikir rekod kewangan tak penting.

Hingga satu hari, bila mereka benar-benar mahu beli
Bank cakap โ€œminta maaf, tak lepas.โ€
Harga rumah dah naik RM50k, RM80k, RM100k.
Gaji naik, tapi komitmen naik lebih laju.
Dan masa depan yang dulu cerahโ€ฆ tiba-tiba jadi kabur.

Inilah realiti yang orang tak cerita tapi kali ini saya kongsi.

Tapi sebab itu juga saya mahu kau mula lebih awal daripada mereka.
Belajar daripada kegagalan mereka,bukan ulanginya.

Mulakan dengan semak kelayakan, walaupun kau belum ada rumah idaman.
Ini bukan untuk beli sekarang, tapi untuk tahu apa yang perlu kau betulkan.

Jaga rekod hutang seperti CCRIS bersih itu masa depan makin bersih. Simpan sedikit tetapi konsisten dimana disiplin itu lebih penting daripada jumlah.

Dan paling penting, jangan tunggu rumah perfect. Mula dengan rumah pertama. Rumah pertama itu stepping stone kepada kebebasan kewangan.

Untuk mahasiswa dan mahasiswi yang baru mahu masuk dunia kerja percayalah, kaulah golongan paling bertuah.
Kenapa?
Sebab kau ada masa untuk belajar sebelum buat silap.
Kau boleh rancang sebelum terhimpit.
Kau boleh mula jaga kewangan sebelum gaji pertama pun masuk.

Bila orang lain baru nak faham apa itu DSR, M*F, legal fees
Kau sudah pun selangkah di depan.
Bila orang lain pening kepala sebab rekod kewangan rosakโ€ฆ
Kau masih kosong, bersih, dan sedia bina masa depan.

Inilah kelebihan anak muda, keberanian mula dari awal.

Jadi kalau kau tanya, โ€œPatutkah aku beli rumah waktu muda?โ€
Jawapannya:
Kalau kau tak mula sekarang, bila lagi?
Kalau kau tak fikir masa depan sendiri, siapa lagi?
Kalau kau tak ambil langkah pertama, macam mana nak sampai langkah keseratus?

Kau tak perlu jadi kaya untuk beli rumah.
Tapi beli rumah boleh bantu kau jadi kaya.

Hidup ini bukan tentang siapa paling banyak duit
Tetapi siapa paling berani mula dulu.

Anak muda, dengar ini baik-baik:
10 tahun dari sekarang, kau akan berterima kasih pada diri kau hari iniโ€ฆ atau menyesal sebab tidak mula lebih awal.
Pilihlah satu dan mula melangkah.

Kerana masa depan bukan tungguโ€ฆ masa depan ditangkap.

"Kalau anda masih tunggu landedโ€ฆ ada orang lain yang diam-diam dah beli apartment dan dah jauh ke depan.โ€ Hakikatnya, pa...
27/11/2025

"Kalau anda masih tunggu landedโ€ฆ ada orang lain yang diam-diam dah beli apartment dan dah jauh ke depan.โ€

Hakikatnya, pasaran sekarang tak tunggu sesiapa. Harga rumah naik setiap tahun, tanah makin kurang, dan kos sara hidup makin ketat. Sebab itu apartment jadi pilihan paling pintar untuk sesiapa yang nak masuk dunia hartanah tanpa tunggu gaji tinggi atau deposit besar.

Ia bukan tentang rumah kecil atau besar tapi ini tentang siapa yang mula dulu dan siapa yang tinggal belakang.

Apartment beri anda satu kelebihan besar yang landed tak boleh bagi. Anda boleh memiliki rumah di lokasi premium tanpa harga premium. Tengah bandar, dekat kerja, dekat sekolah, dekat highway sebab semua dalam genggaman dengan harga yang jauh lebih rendah daripada landed.

Kenapa saya cakap sebegini, sebab apartment adalah cara "cut cost" dalam perancangan penempatan penduduk di kawasan bandar. Kalau cerita hal tanah, boleh dikatakan 100% zaman 2025 ini rumah dekat dengan bandar adalah pembinaan yang dulu-dulu.

Memang takda lagi tanah untuk pembukaan kawasan baru berdekatan dengan bandar. Kalau ada itu pun mahal.

Bila lokasi dah padu, nilai hartanah naik lebih cepat. Jadi sementara orang lain asyik โ€œsurvey duluโ€, pembeli apartment dah pun kumpul equity sendiri.

Bila bercakap soal hidup harian, apartment memang menang. Balik malam pun terasa selamat dengan guard 24 jam, akses kad dan pemantauan penuh.

Anda tak perlu risau kawasan gelap, orang luar masuk s**a hati, atau rumah terbiar masa anda balik kampung. Rasa selamat itu mahal tapi apartment bagi anda dengan kos yang sangat berbaloi.

Bila hidup di apartment, semuanya serba mudah. Gym, kolam renang, surau, taman permainan, ruang santai kesemua berada dalam kawasan sama. Tak perlu drive jauh, tak perlu buang masa cari parking, tak perlu bayar itu ini di luar.

Anda turun lif dan terus dapat apa yang anda perlukan. Hidup jadi lebih laju, lebih teratur, lebih jimat. Ini gaya hidup moden yang ramai orang nak, tapi hanya pembeli apartment dapat rasa setiap hari.

Paling ramai terlupa, apartment bebaskan anda daripada benda paling leceh dalam hidup iaitu penyelenggaraan rumah.

Tak payah potong rumput, tak payah risau bumbung bocor, tak payah takut rumah kena serang anai-anai. Semua diuruskan pengurusan. Anda hanya fokus pada hidup anda โ€” bukan pada masalah rumah yang memeningkan kepala.

Dan inilah cerita sebenar pembeli apartment sekarang dan akan jadi orang yang mampu beli landed nanti.

Orang yang tunggu landed duluโ€ฆ selalunya tak beli apa-apa pun sampai bertahun-tahun.

Apartment ialah permulaan. Permulaan yang paling logik, paling pantas, paling mampu milik, dan paling menguntungkan untuk sesiapa yang tak nak tengok peluang berlalu begitu saja.

Kalau anda nak berhenti jadi pemerhati dan mula jadi pemilik, apartment adalah langkah pertama yang paling powerful.

DM saya kalau anda nak saya tunjuk apartment yang betul-betul berbaloi sebelum unit terbaik diambil orang lain terutama yang masih undercons. Sebab lebih murah!

Share kalau bermanfaat!

Perbezaan Kelayakan Selepas Kenaikan Gaji 7%Kenaikan gaji 7% memberi naikan power beli rumah lebih besar walaupun keliha...
24/11/2025

Perbezaan Kelayakan Selepas Kenaikan Gaji 7%

Kenaikan gaji 7% memberi naikan power beli rumah lebih besar walaupun kelihatan kecil.

Contoh mudah:

Jika gaji asal RM4,000:
โ€ข Gaji baru = RM4,000 + 7% = RM4,280
โ€ข Dengan ansuran itu, kelayakan naik dari ยฑRM450k kepada ยฑ RM490kโ€“RM510k

Jika gaji asal RM3,000:
โ€ข Gaji baru = RM3,210
โ€ข Kelayakan naik dari ยฑRM330k kepada ยฑRM360k

Rumusan:
Setiap kenaikan gaji 7% boleh meningkatkan kelayakan harga rumah sebanyak RM20,000โ€“RM60,000 bergantung pada ansuran & tempoh pembiayaan.

Ini memberi peluang untuk anda penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri / tambah sebuah lagi rumah.

Not to forget, big thanks to our Premier!

Share kepada saudara mara/sahabat yang berjawat penjawat awam dan tahniah diucapkan.

LPPSA: Kelebihan Yang Orang Lain Tak DapatBerjalanlah ke dunia pemilikan rumah dengan lebih tenang, kerana di sisi anda ...
22/11/2025

LPPSA: Kelebihan Yang Orang Lain Tak Dapat

Berjalanlah ke dunia pemilikan rumah dengan lebih tenang, kerana di sisi anda ada satu peluang yang ramai anak Malaysia terlepas pandang iaitu LPPSA Loan.

LPPSA loan adalah kemudahan pembiayaan yang dibina khas untuk penjawat awam sahaja yang mahu memiliki rumah dengan beban kewangan paling minimum.

Dalam banyak-banyak pilihan pinjaman yang kadang kala membingungkan, LPPSA muncul sebagai pelampung yang memberi keyakinan, kestabilan dan peluang sebenar untuk memulakan hidup di rumah sendiri.

Kelebihan LPPSA bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi kelebihan yang benar-benar memberi ruang bernafas kepada pembeli.

Dengan kadar keuntungan TETAP (4% Flat Rate) sepanjang tempoh pinjaman, anda tidak perlu risau tentang kenaikan kadar seperti pinjaman bank biasa.

Di saat orang lain risau OPR naik, anda boleh duduk tenang kerana bayaran bulanan anda tetap sama dari tahun pertama hingga tahun ke-30.

Bukan itu saja, pembiayaan sehingga 100% (FULL LOAN) memberi peluang kepada ramai anak muda penjawat awam untuk memiliki rumah tanpa perlu kumpul modal besar.

Ditambah p**a dengan tempoh pembiayaan yang panjang, bayaran bulanan terasa lebih ringan, menjadikan perjalanan memiliki rumah itu tidak lagi menekan, tetapi lebih teratur dan mampu diurus. (Umur bawah 30-tahun layak memohon pembiyaan tempoh 40 Tahun)

Proses kelulusan yang lebih jelas dan khusus untuk penjawat awam juga menjadikan LPPSA sebagai pilihan yang lebih selamat, mudah dan mesra.

Dan akhirnya, ketika ramai tertanya-tanya bila masa terbaik untuk beli rumah, jawapannya mudah iaitu ketika anda memiliki akses kepada kelebihan yang tidak semua orang dapat.

LPPSA ialah pintu yang membuka peluang, memudahkan urusan, dan mengurangkan beban kewangan. Dalam sebuah dunia yang semakin mencabar, pembiayaan ini bukan sekadar pinjaman, tetapi satu langkah strategik untuk membina masa depan yang stabil, selesa dan terancang.

Jika rumah ialah impian, LPPSA ialah jambatannya. Kini masa anda melangkah. Rujuk saya sekarang di link yang saya pinned di komen.

Jika bermanfaat silakan share!

21/11/2025

Lepaskan kejayaan lama, cipta kejayaan baru

20/11/2025

For Sale
Price: RM350,989.00
Single Storey Intermediate Terrace
๐Ÿ“Taman Duras, Siburan (Next To SMK SIBURAN)
-3 Bedroom, 2 Bathroom
-Expected Monthly Installment RM1,7xx
-Mixed Zone Land
-Land Size 4.3 Points
-Leasehold Year 2072

Address

Kuching
93000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ.๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก - ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ.๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก - ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐€๐:

Share