NM Property Agent

NM Property Agent Property agent in East Malaysia (MAXXAN)

PETRA VISTANA JASPERSINGLE STOREY TERRACE💵Price starting from RM4xx,###💵Booking Fee RM1,000🛌3 Bedrooms 🛁2 Bathrooms✅ 2 P...
21/10/2024

PETRA VISTANA JASPER

SINGLE STOREY TERRACE

💵Price starting from RM4xx,###
💵Booking Fee RM1,000

🛌3 Bedrooms 🛁2 Bathrooms
✅ 2 Parking Spaces
✅ Mixed zone
✅ Total Built-up Area of 1166 sqft
✅ Landsize 3.63 point - 13.27 point

Buy. Sell. Rent. Property

Residental | Land | Industrial | Commercial

For further details , please contact 👇

Nini Masri
www.wasap.my/60168891612
Real Estate Negotiator
Maxxan Realty Sdn Bhd

Sertai Seminar Kerjaya Hartanah!🔑 Unlock Peluang Kerjaya Anda di Dunia Hartanah!Adakah anda berminat untuk meneroka duni...
24/09/2024

Sertai Seminar Kerjaya Hartanah!

🔑 Unlock Peluang Kerjaya Anda di Dunia Hartanah!

Adakah anda berminat untuk meneroka dunia hartanah yang dinamik? Sertai seminar kami yang penuh maklumat dan peluang!

📅 Tarikh: 12 Oktober 2024
🕒 Masa: 9 Pagi
📍 Lokasi: Lot 10 Boutique Hotel, Jalan Ban Hock Kuching https://maps.app.goo.gl/2getJCYgdA54Ajgu8

Apa Yang Anda Akan Pelajari:

Cara memulakan kerjaya dalam industri hartanah⭐
Bagaimana tambah pendapatan dengan menjual rumah⭐
Kisah kejayaan daripada ejen yang telah berjaya⭐

Siapa Yang Patut Hadir:

Sesiapa sahaja yang mahu mempelajari lebih lanjut tentang kerjaya hartanah🔥
Profesional yang ingin beralih ke industri ini🔥
Mereka yang nak buat property secara sambilan atau sepenuh masa🔥

Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke hadapan dalam kerjaya anda!

PENDAFTARAN SEMINAR ADALAH PERCUMA.

Daftar sekarang di https://maxxanrealty.onpay.my/order/form/seminarkhkltnokt2024/ninimasri atau hubungi saya di www.wasap.my/60168891612

Kejayaan Anda Bermula di Sini!

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau CKHT? CKHT adalah Cukai Keuntungan Modal yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Neger...
11/09/2024

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau CKHT? CKHT adalah Cukai Keuntungan Modal yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ia dikenakan bagi setiap keuntungan yang diperoleh menerusi jualan rumah, hartanah komersil, tanah dan ladang dimana harga jual semula adalah lebih tinggi dari harga belian.

CKHT atau RPGT tidak akan dikenakan sekiranya harga jualan semula hartanah adalah sama atau lebih rendah daripada harga asal. Ianya hanya dikenakan apabila terdapat keuntungan daripada pelupusan hartanah.
Kiraan CKHT untuk Individu
Formula berikut adalah sama untuk warganegara, bukan warganegara & warga asing.

Kadar CKHT mereka bergantung kepada tempoh pegangan dan status penduduk (rujuk jadual dibawah)
CKHT dikenakan ke atas Jumlah Bersih Pendapatan yang dikenakan cukai.
* Jumlah Kasar Pendapatan yang dicukai (Gross Chargeable Gain): Harga Perolehan – Harga Pelepasan
* Jumlah Bersih Pendapatan (Net Chargeable Gain): Jumlah Kasar Pendapatan – Perbelanjaan Dibenarkan – Pengecualian CKHT- Kerugian Dibenarkan
* CUKAI DIKENAKAN (TAX PAYABLE) = Kadar CKHT (berdasarkan jumlah tahun pemilikkan hartanah) X Jumlah Bersih Pendapatan yang dikenakan cukai

Contoh:
Adam dan Hanis (kedua-duanya warganegara Malaysia) membeli sebuah kondominium di Hartamas pada 4 Januari 2019 dengan harga RM300,000. Mereka bercadang untuk menambah cahaya mata dan membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar pada 31 Januari 2023. Mereka menjual kondominium mereka dengan harga RM500,000.
Jumlah Kasar Pendapatan yang dicukai: RM500,000 – RM300,000 = RM200,000

*Mengikut andaian Adam mempunyai Perbelanjaan Dibenarkan sebanyak RM30,000 dan RM20,000 Pengecualian CKHT iaitu 10% dari keuntungan (200,000 x 10%)
Jumlah Bersih Pendapatan yang dicukai: RM 200,000 – RM 30,000 – RM 20,000 = RM 150,000
CUKAI DIKENAKAN = 15% CKHT x RM 150,000 = RM 22,500





* Kredit utk mentor Leader Raymee Abdul Rahman

Pernah dengar perkataan KAVEAT? Ya, kebiasaanya di dengar untuk proses jual beli tanah. Apa tu? Tuan/Puan rujuk gambar y...
06/09/2024

Pernah dengar perkataan KAVEAT? Ya, kebiasaanya di dengar untuk proses jual beli tanah. Apa tu? Tuan/Puan rujuk gambar yang saya sertakan, sudah disimpulkan dalam bahasa yang mudah.

🤔 Kenapa perlu buat kaveat? Apa fungsi Kaveat ni sebenarnya?

1.Perlindungan Hak: Kaveat digunakan untuk melindungi hak pemegang kaveat terhadap harta tanah tertentu. Dengan adanya kaveat, pihak lain tidak dapat melakukan transaksi tertentu terkait harta tanah tanpa pengetahuan dan persetujuan pemegang kaveat.

2.Pencegahan Penjualan: Kaveat dapat mencegah penjualan atau pendaftaran harta tanah oleh pihak lain yang mungkin dapat merugikan pemegang kaveat. Hal ini memberi waktu bagi pemegang kaveat untuk menyelesaikan klaim atau perselisihan yang terkait dengan harta tanah tersebut.

3.Memberikan Peringatan: Kaveat juga berfungsi sebagai peringatan kepada pihak-pihak yang berkepentingan tentang adanya klaim atau hak tertentu yang dimiliki terhadap harta tanah. Hal ini membantu mencegah terjadinya transaksi yang tidak sah atau merugikan pihak yang berhak.

🤔 Apa yang perlu dilakukan untuk buat proses Kaveat dalam hartanah?

1.Pemegang kaveat mengajukan permohonan kaveat ke pejabat tanah setempat.

2.Pejabat tanah akan memproses permohonan kaveat dan meletakkannya dalam rekod harta tanah yang bersangkutan.

3.Kaveat akan tetap berlaku sampai waktu yang ditentukan atau sampai dilepaskan oleh pemegang kaveat.

Dengan demikian, kaveat dalam hartanah merupakan instrumen yang penting untuk melindungi hak dan kepentingan pemegang kaveat terhadap harta tanah yang dimaksud. Ingat tu, okay?

Tuan/Puan nak beli tanah atau ada tanah yang nak dijual/sewakan? Roger sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Nini Masri
www.wasap.my/60168891612
Real Estate Negotiator
Maxxan Realty Sdn Bhd




Rumah tok, sesuai utk investment atau utk yang baruk nk memulakan kehidupan sendiri. Samaada keluarga kecil atau duduk s...
05/09/2024

Rumah tok, sesuai utk investment atau utk yang baruk nk memulakan kehidupan sendiri. Samaada keluarga kecil atau duduk sendiri. Kena bermula dari kediaman kecil, sesuai dgn keperluan semasa dan mesra poket tuan/puan. Kelak2, boleh upgrade. 😘

𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐀𝐋𝐄

Flat
📍 Location : Orchidwoods

✅ Bedrooms : 2
✅ Bathrooms : 1
✅ Leasehold
✅ Size: 495sqft
✅ 5th Floor

Amenities

🔸 15 Minutes to Matang Jaya
🔸 10 Minutes to Politeknik Kuching
🔸 3 Minutes to KV Matang & SK Matang
🔸 1 Minute to SMK Sri Matang

Asking Price : RM 80,000.00

Berminat? Jangan tunggu lama-lama. Boleh contact kmk, kita set masa utk viewing.

For more details, please contact 👇

Nini Masri
www.wasap.my/60168891612
Real Estate Negotiator
Maxxan Realty Sdn Bhd

🤨 REFINANCE ATAU JUAL? Tuan/Puan keliru nak buat apa untuk aset tuan/puan? Perkara ini adalah topik yang sangat subjekti...
04/09/2024

🤨 REFINANCE ATAU JUAL?

Tuan/Puan keliru nak buat apa untuk aset tuan/puan? Perkara ini adalah topik yang sangat subjektif dan hanya pemilik yang tahu serta faham apakah keinginan mereka. Adakah ianya memang keperluan atau sekadar kehendak?

Mari kita kenali dulu apakah yang dimaksudkan dengan REFINANCE. Secara ringkasnya Refinance adalah menukarkan pinjaman rumah sedia ada kepada pinjaman baharu. Antara tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pemilik mendapatkan semula lebihan wang tunai, kadar faedah baru dan sebagainya.

Apa p**a yang dimaksudkan dengan JUAL? Secara mudahnya, penjualan semula adalah cara pemilik rumah atau hartanah mencairkan aset seperti rumah bagi mendapatkan wang tunai dan melepaskan komitmen.

🤔 KENAPA P**A PERLU BUAT REFINANCE / JUAL ASET NI?

REFINANCE : Antara sebab utama kenapa pemilik rumah refinance rumah adalah kerana mereka memerlukan wang tunai dan menukar kadar faedah pinjaman yang lebih rendah. Sebagai contoh, jadual pembayaran yang berbeza atau pembayaran balik yang lebih fleksibel. Bank kebiasaannya sudah mempunyai pakej skim refinance yang sesuai untuk keperluan tertentu, seperti menawarkan kadar faedah lebih rendah atau cashback (p**angan tunai).

JUAL : Ada pelbagai sebab kenapa seseorang memilih untuk menjual rumah. Sebagai contoh, dulu pemilik beli rumah untuk tujuan Investment dan sekarang dah tak mampu tanggung pembiayaan bulanan kerana tiada p**angan. Terdapat juga pemilik yang ingin "upgrade/downgrade" rumah menaik taraf kehidupan kerana pertambahan bilangan ahli keluarga dan tahap kemampuan. ada juga pemilik rumah yang ingin melepaskan kenangan lampau atau berpindah tempat kerja. Walau apa pun sebab, setiap pemilik mempunyai alasan & keputusan sendiri. Mereka punya hak untuk melepaskan atau mencairkan aset hartanah mereka terutama rumah ataupun tanah.

🤔 JADI, APA PILIHAN YANG TEPAT?

Sepertimana yang telah saya nyatakan pada awal perbincangan tadi, tiada jawapan tepat kepada keputusan pemilik rumah samada mereka perlu membuat Refinance atau Menjual rumah mereka.
Sekiranya pemilik cuma ingin mendapatkan wang tunai, mereka mungkin cukup sekadar membuat Refinance terhadap rumah mereka. Bergantung kepada jumlah wang tunai yang mereka perlukan. Pemilik harus tahu, mereka tidak akan menerima sepenuhnya wang tunai hasil dari Refinance rumah mereka.
Kerana pihak bank tidak akan memberi pinjaman 100% mengikut nilai semasa rumah. Sesetengah bank sekadar memberi pinjaman sebanyak 80% dari nilai semasa. Ada juga bank memberi 90% pinjaman dari nilai semasa. Belum termasuk dengan jumlah pinjaman terdahulu yang perlu diselesaikan. Semuanya akan dikira semula dan selepas penolakan kos² lain sehingga tiada baki tertunggak, barulah pemilik akan menerima duit hasil Refinance.

Pemilik yang sudah merasakan dia harus berubah suasana, melupakan kenangan² lalu atau bertambah bilangan ahli keluarganya, antara cara dan solusi yang boleh digunakan adalah dengan mencairkan atau menjual rumah atau aset meraka.
Tapi tidak dapat disangkal ada pemilik yang membeli rumah sebagai pelaburan jangka masa panjang. Sebagai contoh, mereka membeli rumah 'busuk' atau lelong, dan kemudiannya menjual semula setelah dibaik pulih sekiranya perlu dengan harga yang lebih tinggi. Ada juga yang membeli rumah untuk dijadikan Home Stay, Airbnb, Rumah Sewa dan Bilik sewa. Selagi pelaburan jual beli atau sewaan masih mendatangkan Positive Cash Flow, ia tetap relevan & menguntungkan. Tetapi sekiranya pemilik tidak mendapat untung, aset hartanah tersebut masih dikira komitmen yang memungkinkan pemilik terjun kepada kerugian.

Menaip pun penat, apalagi nak habiskan pembacaan sehingga noktah terakhir. Begitulah~

Sebagai Perunding Hartanah , saya hanya mampu menasihati pemilik. 😊

Bagi yang masih mencari rumah, mari saya bantu anda untuk merealisas*kan impian.

Nini Masri
www.wasap.my/60168891612
Real Estate Negotiator
Maxxan Realty Sdn Bhd




Untuk beli rumah, kita perlu tauk apa status property yang kita miliki or akan miliki. Kmk share sedikit beza antara LEA...
03/09/2024

Untuk beli rumah, kita perlu tauk apa status property yang kita miliki or akan miliki. Kmk share sedikit beza antara LEASEHOLD dan FREEHOLD. Dalam bahasa mudah, Freehold tok adalah milikan kekal manakala Leasehold ada batasan kerana hak milik leasehold adalah bersifat sementara.

Yang mana tuan/puan pilih, terserah. Cuma, perlu untuk ambil tahu status hartanah tuan/puan. Ini penting untuk pemilik rumah.

Kenak perlu ambil tauk? Supaya, bila leasehold dah expired, tuan/puan s*k terkejut bila tapak rumah tiba-tiba dalam perancangan untuk dibangunkan.

Begitulah.😄

Untuk yang masih berjuang mencari rumah pertama, mari saya bantu anda.

Nini Masri
www.wasap.my/60168891612
Real Estate Negotiator
Maxxan Realty Sdn Bhd




24/08/2024

Impian menjadi kenyataan, jika Allah menghendaki. Teruskan berusaha, teruskan usaha, teruskan berdoa, teruskan meminta, teruskan berharap. Semua perkara datang pada masanya.

Jom! Kmk kongsi ilmu mengenai “RUMAH PERTAMA”. Setiap sesuatu yang kita capai @ miliki, semestinya bermula dari yang PER...
23/08/2024

Jom! Kmk kongsi ilmu mengenai “RUMAH PERTAMA”. Setiap sesuatu yang kita capai @ miliki, semestinya bermula dari yang PERTAMA. Kalau tuan/puan masih berteka-teki untuk memilih dan membeli rumah pertama, boleh rujuk point di bawah.

RUMAH PERTAMA : BESAR ATAU KECIL

Rumah pertama tidak semestinya rumah idaman. Saya lebih s**a sarankan supaya bermula dengan rumah yang kecil:

🔸Semakin besar rumah kediaman kita, semakin besar ia akan menelan belanja daripada pendapatan kita, pastikan tidak melebihi 35% dari pendapatan.

🔸Kita akan habiskan lebih banyak lagi wang untuk men’deco’ rumah jika rumah kita besar.

🔸Pertama kali beli rumah, mungkin adalah masih bujang atau keluarga masih kecil. Jadi tidak perlu ada ruang yang besar untuk dibazirkan.

🔸Supaya kita tak penat mengemas rumah. Juga baik untuk lutut tak perlu turun naik tangga sampai 2-3 tingkat.

🔸Mulakan dengan rumah kecil atau sederhana supaya kita ada wang lebih untuk dana kecemasan dan pergi travel.

🔸Rumah kecil mudah nak disewakan dan dijual semula kerana masyarakat masih berkemampuan untuk membeli berbanding rumah yang berharga lebih setengah juta.

🔸Jangan malu dengan rumah kecil atau apartment. Kita boleh upgrade rumah, sama macam boleh upgrade kereta. Kita tidak semestinya beli rumah sekali sahaja seumur hidup.

Tahniah, sebab dah berjaya habiskan pembacaan mengenai RUMAH PERTAMA. Mudah-mudahan membantu dan mendatangkan manfaat untuk tuan/puan.

Nak memulakan langkah memiliki rumah pertama? Boleh contact kmk.

Ejen hartanah anda yang comel dan budiman,

Nini Masri
www.wasap.my/60168891612
Real Estate Negotiator
Maxxan Realty Sdn Bhd




Address

Kuching
94300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NM Property Agent posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share