22/02/2024
Bila dah selesai urusan pembelian rumah & dapat kunci, ada beberapa dokumen yang perlu anda simpan
Jangan syok sangat sampai terlupa ambil dokumen ni ๐
Ada lawyer yang pos ke alamat & ada yang call untuk mintak ambil di pejabat bila dah selesai semua urusan
Ni antara list dokumen penting
1. Salinan geran / strata (untuk unit berstrata)
Sila check salinan geran yang anda terima tu. Pastikan ada nama anda, no ic betul & gadaian bank/LPPSA
2. Sale & Purchase Agreement (SPA atau S&P)
Bila dapat ja S&P, buat salinan siap2 untuk buat pertukaran nama bil utiliti. Kena simpan betui2 sebab ni bukti pemilikan hartanah tu
3. Letter Offer Bank
Simpan salinan, dalam ni ada loan tenure, rate, lock in period (jika ada)
4. Valuation report
Yang ni biasanya valuer akan pos ke alamat, so simpan elok2 untuk future reference
5. Polisi MRTT/takaful kebakaran
6. Simpan resit valuation & legal fees, renovation. Jika nak jual rumah dalam tempoh kurang dari 5 tahun, boleh bantu untuk kurangkan cukai keuntungan hartanah (CKHT)
Simpan skali contact/kad agent & lawyer. Mana tau in future nak jual hartanah tu boleh guna khidmat depa balik ๐๐๐ป