hartanah.biz

hartanah.biz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from hartanah.biz, Estate agent, Johor Putra Property, Kulai.
(2)

Kami adalah perunding HARTANAH (MENJUAL dan MEMBELI HARTANAH)

Kami mempunyai kepakaran dengan satu matlamat; untuk membantu anda mencari rumah idaman yang sesuai dengan keperluan, bajet dan gaya hidup anda

📌 Apa Sebenarnya OPR Dan Kenapa Ia Penting Untuk Pembeli Rumah?Ramai orang pernah dengar pasal OPR, tapi tak ramai betul...
09/12/2025

📌 Apa Sebenarnya OPR Dan Kenapa Ia Penting Untuk Pembeli Rumah?
Ramai orang pernah dengar pasal OPR, tapi tak ramai betul-betul faham apa fungsi dia, kenapa bank tengok benda ni, dan bagaimana ia boleh tentukan lulus atau tidaknya loan rumah anda. Sebagai ejen hartanah yang hari-hari urus loan buyer, biar saya explain dengan cara paling simple.

📌 Apa Sebenarnya OPR Dan Kenapa Ia Penting Untuk Pembeli Rumah? Ramai orang pernah dengar pasal OPR, tapi tak ramai betul-betul faham apa fungsi dia, kenapa bank tengok benda ni, dan bagaimana ia boleh tentukan lulus...

04/10/2025

https://vt.tiktok.com/ZSUen45Ro/

PALESTIN TIDAK PERNAH SENDIRI!
Suara dunia kini bergema dari lautan kapal flotilla, dari jalanan protes, dari hati umat yang tidak pernah padam cintanya kepada Palestin.

Kita laungkan SUMUD! TAKBIR! PALESTIN!
Semangat tidak akan mati, perjuangan tidak akan padam.
Mereka boleh halang bantuan, tapi tidak pernah mampu halang doa dan sokongan seluruh dunia.

✊ Palestin akan merdeka.
✊ Keadilan pasti tiba.
✊ Allahu Akbar!

📖 Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Surah Muhammad, ayat 7 (47:7)
Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?
Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra
012-745 9102
https://wa.me/60127459102





📌 Syukur Nikmat Rezeki AllahAlhamdulillah, hari ini hati saya benar-benar tersentuh betapa luas dan besarnya rezeki dari...
27/09/2025

📌 Syukur Nikmat Rezeki Allah
Alhamdulillah, hari ini hati saya benar-benar tersentuh betapa luas dan besarnya rezeki daripada Allah SWT. Sesungguhnya jika sesuatu rezeki itu telah tertulis untuk kita, Allah akan permudahkan jalannya. Namun jika tidak tertulis, sehebat mana pun usaha, ia tetap tidak akan menjadi milik kita.
Kisahnya, owner rumah ini sebenarnya telah berniat untuk hubungi saya sejak bulan April yang lalu untuk menjual rumahnya. Namun, pada ketika itu saya sedang berada di Tanah Suci mengerjakan umrah. Maka, beliau serahkan urusan jualan rumah tersebut kepada agent lain.
Sehinggalah pada bulan lepas, beliau teringat untuk menghubungi saya semula dan menyerahkan urusan jualan rumah itu kepada saya. Dengan izin Allah, tidak sampai sebulan, seorang pembeli datang berminat, terus lulus pinjaman, dan pada hari ini turun ke lawyer untuk menandatangani SPA.
Selepas urusan selesai, owner berkongsi bahawa sebenarnya sudah lebih daripada empat kali rumahnya dicuba untuk dijual oleh agent lain. Empat kali pembeli dimasukkan loan, namun semuanya gagal dan ditolak bank sepanjang hampir lima bulan.
Saya sendiri terkejut mendengar perkara itu. Namun saya tekankan kepadanya, semua ini bukan kerana nasib baik atau kebetulan. Ia adalah semata-mata izin Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha, istiqamah, dan konsisten. Tetapi hasilnya tetap di tangan Allah SWT.
🤲 Pengajaran:
Bersangka baiklah dengan Allah dalam setiap perkara. Serahkan segala urusan kepada-Nya, kerana rezeki yang tertulis untuk kita tidak akan pernah tersalah alamat.
📖 Firman Allah SWT:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ۝ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۚ

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya.”
(Surah At-Talaq, ayat 2-3)
Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?
Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102



Hari ini, kita bukan sahaja meraikan kebebasan tanah air, tetapi juga melaungkan kemerdekaan jiwa. Pengorbanan pejuang d...
31/08/2025

Hari ini, kita bukan sahaja meraikan kebebasan tanah air, tetapi juga melaungkan kemerdekaan jiwa. Pengorbanan pejuang dahulu bukan mudah, jiwa mereka terpahat dengan cinta, iman, dan harapan agar Malaysia kita aman, bersatu, dan berkat.

Merdeka yang sebenar wujud apabila hati kita bebas daripada sifat malas, persengketaan, dan lalai terhadap amanah sebagai khalifah di bumi Allah. Ketika itu lahir semangat untuk berubah menjadi umat Islam yang berilmu, berakhlak, dan berdisiplin demi kebaikan bersama.

Surah Ar-Ra'd ayat 11 mengingatkan kita:
*"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."*
Merdeka hati bermula dengan perubahan diri, mari kita bangkit membina generasi yang cemerlang, bermaruah, dan berjaya di dunia dan akhirat.

Malaysia, tanah tumpah darah kita, amanah yang perlu kita jaga. Merdeka bukan sekadar warisan, tetapi tanggungjawab suci untuk meneruskan perjuangan dengan cara kita sendiri, penuh ketakwaan dan kontribusi kepada negara cinta ini.

Selamat Hari Merdeka. Merdekalah jiwa, merdekalah hati, merdekalah masa depan.
**Merdeka! Merdeka! Merdeka!**

Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?

Hubungi saya

Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102

🌐 https//www.hartanah.biz

بارك الله😊

#

📢 BANDAR PUTRA – INDAHPURA: LANGKAH KE ARAH BANDAR PINTAR DAN MAMPANBANDAR PUTRA – INDAHPURA: LANGKAH KE ARAH BANDAR PIN...
03/08/2025

📢 BANDAR PUTRA – INDAHPURA: LANGKAH KE ARAH BANDAR PINTAR DAN MAMPAN

BANDAR PUTRA – INDAHPURA: LANGKAH KE ARAH BANDAR PINTAR DAN MAMPAN
Kulai, 27 Februari 2025

Bandar Putra dan Indahpura dipilih sebagai projek perintis dalam pelaksanaan inisiatif ke arah Bandar Pintar dan Mampan, yang bakal mentransformasikan kawasan ini sebagai model bandar mampan dan lestari. Pelancaran inisiatif ini disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor [Mohd Jafni Md Shukor](https://www.facebook.com/mohdjafnishukor), Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Sebagai projek perintis, pelaksanaan inisiatif ini melibatkan kawasan seluas 5,666.24 ekar di Bandar Putra dan sebahagian laluan utama di Indahpura, dari Jalan Persiaran Utama Indahpura (sekitar Johor Premium Outlets – JPO) sehingga ke Jalan Persiaran Putra, Bandar Putra.
Sesi ini turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) bersama IOI Properties dan Genting Property Sdn Bhd bagi tujuan memastikan pelaksanaan bandar mampan dan lestari dapat dicapai.

Selain itu, pihak MPKu juga akan meneruskan kerjasama baik yang telah dijalin bersama agensi-agensi kerajaan antaranya Pejabat Daerah Kulai, Pejabat Tanah Kulai, Perbandaran Kemajuan dan Perumahan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, SWCorp dan agensi-agensi lain termasuk pihak berkepentingan, syarikat-syarikat utiliti dan konsesi termasuk aspek berkaitan keselamatan, penyediaan infrastruktur, pengindahan landskap, sistem jaringan jalanraya dan keperluan lain untuk didiagasan seiring.

Turut hadir pada majlis hari ini adalah Tuan Fizwan Bin Dato’ Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; TPr Saidin bin Lateh, Pengarah PLANMalaysia; Encik Mohd Rizal Ahmad, Pengarah Pengarah SKMM; Encik Noorazhar Bin Ngatimin, Pengarah Jabatan Mineral & Geosains Johor; Puan Afzan Binti Azhari, Pentadbir Tanah Daerah Kulai; Supt. Kamaludin bin Othman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai; Ts Haji Azmee Bin Awang, Setiausaha MPKu; Encik Fadil Bin Misnan, Ketua WHIP MPKu, Barisan Ahli Majlis, agensi-agensi Kerajaan dan badan berkanun serta ketua-ketua jabatan daerah Kulai serta Majlis Perbandaran Kulai.

🔗 Sumber penuh:
https://mpkulai.gov.my/berita-mpku/bandar-putra-indahpura-langkah-ke-arah-bandar-pintar-dan-mampan/

---


Nak beli rumah TANPA DEPOSIT? Atau nak jual rumah pusaka tapi tak tahu dari mana nak mula?
Saya bantu anda dari A sampai Z — termasuk rumah lelong, refinance, pusaka, dan beli rumah dapat cashback!

📲 WhatsApp: https://wa.me/60127459102
📌 IG / FB / TikTok: Rizal Rosli Putra


Infrastruktur terancang di Kulai, cerminan aspirasi Maju JohorKULAI – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terus komited memp...
02/08/2025

Infrastruktur terancang di Kulai, cerminan aspirasi Maju Johor

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) terus komited mempertingkat kemudahan infrastruktur bandar demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Mohd Hafiz Aliman berkata, antara projek utama yang sedang berjalan ialah sistem smart pole, variable message signage (VMS), pengurusan air larian dan kerja-kerja penyelenggaran parit monsun.

"Kesemua projek ini berada di landasan yang betul dengan kemajuan purata antara 25 peratus hingga 70 peratus setakat ini. Ini membuktikan komitmen kita dalam memastikan infrastruktur bandar terus dipertingkat secara berterusan.

"Kesemua projek ini digerakkan secara tersusun dan terancang dengan pelaksanaan serta pengurusan yang cekap melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

"Ia merupakan cerminan kepada aspirasi Maju Johor untuk memastikan setiap inci pembangunan membawa nilai tambah kepada rakyat khususnya masyarakat Kulai," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penuh MPKu di Dewan Persidangan MPKu di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 68 borang bantahan telah diterima sepanjang tempoh publisiti Draf Rancangan Tempatan (RT) Kulai 2035 yang berlangsung baru-baru ini, membabitkan pelbagai isu termasuk kawasan kampung tradisi dan sistem saliran di bawah pentadbiran MPKu.

"Sesi pendengaran awam yang diadakan menjadi platform penting kepada orang ramai untuk menyuarakan pandangan, cadangan dan bantahan terhadap rancangan pembangunan yang dirangka sehingga tahun 2035.

“Proses ini penting bagi memastikan sebarang pembangunan, khususnya di kawasan kampung tradisi, tidak menjejaskan sistem saliran serta langkah-langkah pengurusan risiko banjir.

“Selain menangani risiko pembangunan yang tidak terkawal, kita juga mengambil kira kepentingan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) agar pertumbuhan ekonomi tempatan kekal mampan dan komuniti terus lestari,” katanya.

sumber https://www.sinarharian.com.my/article/741092/edisi/johor/infrastruktur-terancang-di-kulai-cerminan-aspirasi-maju-johor?utm_source=chatgpt.com


Pemilikan Rumah Tanpa Deposit, Penyelesaian Rumah Lelong, Hartanah Warisan Pusaka
Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?
📲 WhatsApp: https://wa.me/60127459102 | IG/FB/TTk: Rizal Rosli Putra

Alhamdulillah selesai meeting semua Leader & Senior Leader bersama-sama dengan branch manager mewakili semua agent-agent...
04/01/2025

Alhamdulillah selesai meeting semua Leader & Senior Leader bersama-sama dengan branch manager mewakili semua agent-agent di bawah syarikat dalam mewujudkan perbincangan berkonsepkan parliment dalam perbentangan hala tuju syarikat untuk 2025.

Rombakan besar-besaran telah dibuat demi memastikan perjalanan hartanah mencapai KPI yang ditetapkan.

Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?

Hubungi saya

Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102

بارك الله😊

Harini & esok dapatkan BERAS PERCUMA !Team Vigor Properties Eco Palladium kini berada di Puncak Kasih Bukit Layang² Pasi...
08/09/2024

Harini & esok dapatkan BERAS PERCUMA !

Team Vigor Properties Eco Palladium kini berada di Puncak Kasih Bukit Layang² Pasir Gudang.

Nak dapat beras percuma mari ler datang.

Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?

Hubungi saya

Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102

Tercari senarai hartanah yang dijual?
https://t.me/JohorPutraProperty

بارك الله😊

Alhamdulillah lagi tanah telahpun dirisik. Pembelinya berhasrat membeli secara tunai.Ada yang tanya, kenapa beli secara ...
03/09/2024

Alhamdulillah lagi tanah telahpun dirisik. Pembelinya berhasrat membeli secara tunai.

Ada yang tanya, kenapa beli secara tunai? Siapa yang beli?

Biasanya pembeli tanah secara tunai ialah mereka yang bekerja kerajaan sebab mereke ditawarkan untuk membuat pinjaman LPPSA untuk kos membina rumah.

Jadi mereka buat pinjaman untuk rumah yang belum dibina lagi.

Kepada penjawat awam! Gunakan kelebihan yang anda ada. BLACKLIST pun boleh memohon!!

Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?

Hubungi saya

Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102

Tercari senarai hartanah yang dijual?
https://t.me/JohorPutraProperty

بارك الله😊

Bermuzakarah di antara leader untuk mencari kesinabungan dalam mencari penambahbaikkan diantara dua hala kearah membina ...
02/09/2024

Bermuzakarah di antara leader untuk mencari kesinabungan dalam mencari penambahbaikkan diantara dua hala kearah membina perjuangan yang lebih releven.

Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?

Hubungi saya

Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102

Tercari senarai hartanah yang dijual?
https://t.me/JohorPutraProperty

بارك الله😊

Selesai urusan SPA di lawyer firm. Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk menguruskan jual beli hartanah.Insyal...
27/08/2024

Selesai urusan SPA di lawyer firm. Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk menguruskan jual beli hartanah.

Insyallah segalanya akan diuruskan dan di permudahkan dengan izin اللّٰه‎ ☺️

Sewa / Jual / Beli Hartanah / Pusaka / Refinance ?

Hubungi saya

Mohd Rizal Rosli Putra (REN 72914)
Team Putra

012-745 9102⁩
https://wa.me/60127459102

Tercari senarai hartanah yang dijual?
https://t.me/JohorPutraProperty

بارك الله😊

Address

Johor Putra Property
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when hartanah.biz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to hartanah.biz:

Share

Category