Prassana_Kulim Lands

Directions

Prassana_Kulim Lands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Prassana_Kulim Lands, Real Estate, 09000, Kulim.

16/10/2026

BYD PILIH KULIM, LANTIK INOKOM RAKAN PEMASANGAN KENDERAAN DI MALAYSIA

Roslinda Hashim

KULIM - Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD memilih Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom) yang berpangkalan di Kulim sebagai rakan pemasangan tempatan bagi operasi pemasangan kenderaan syarikat itu di Malaysia.

Pelantikan anak syarikat Sime Darby Berhad itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di ibu pejabat global BYD di Shenzhen, China, sekali gus membuka ruang kepada penglibatan lebih besar Kulim dalam industri kenderaan tenaga baharu.

BYD Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ia antara usaha syarikat berkenaan memperluaskan operasinya di Malaysia menerusi pemasangan kenderaan menggunakan komponen
yang dibekalkan secara berasingan (CKD).

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, pemasangan tempatan merupakan sebahagian langkah penting dan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap Malaysia.

β€œKerjasama dengan Sime untuk menjalankan pemasangan di Inokom membolehkan kami memanfaatkan keupayaan pembuatan automotif sedia ada ketika meneruskan perancangan pemasangan tempatan.

β€œKami berhasrat membawa kepakaran BYD dalam bidang kenderaan tenaga baharu dan teknologi bateri lebih dekat kepada pasaran Malaysia, selain menyumbang kepada pembangunan berterusan industri automotif tempatan,” katanya.

Tambah beliau, pemilihan Inokom dibuat selepas BYD menilai keadaan pasaran tempatan serta keupayaan pembuatan syarikat itu, termasuk kemudahan sedia ada, tenaga kerja dan rantaian bekalan Inokom yang dapat menyokong operasi pemasangan yang dirancang.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kerjasama itu berpotensi memperkukuh ekosistem automotif tempatan, menyokong perniagaan serta membangunkan keupayaan pembuatan Malaysia.

β€œKerjasama ini bukan sahaja melibatkan pemasangan kenderaan, ia berpotensi memperkukuh ekosistem automotif negara, dan menyokong perniagaan tempatan selain membangunkan kepakaran industri dalam jangka panjang,” katanya.

MoU berkenaan ditandatangani Naib Presiden BYD, Liu Xueliang bersama Jeffri, dengan disaksikan Jacob Ma dan Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan.

Perkembangan itu susulan laporan pembatalan rancangan BYD untuk membina kilang pemasangan di Tanjung Malim, Perak, dan beralih ke Kulim berikutan syarat yang ditetapkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkaitan eksport serta harga jualan kenderaan.

Mengikut laporan berkenaan, MITI menetapkan sehingga 80 peratus kenderaan yang dikeluarkan di kilang itu perlu dieksport, manakala baki 20 peratus dijual pada harga melebihi RM200,000 seunit.

Bagaimanapun, model kenderaan yang akan dipasang di Inokom serta jadual permulaan pengeluaran masih belum diumumkan.



15/10/2026

IJM raih kontrak RM1.23 bilion bina kilang semikonduktor AT&S di Kulim, projek 14 bulan sasar siap pada suku keempat 2027; menyasarkan pensijilan LEED Gold.

07/10/2026

TIGA LRA BERNILAI RM639.7 JUTA SELESAI NAIK TARAF, BEKALKAN 598 MLD

MENYUMBANG 84.5 PERATUS KAPASITI KESELURUHAN LIMA LRA

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Tiga daripada lima projek Loji Rawatan Air (LRA) utama Kedah bernilai keseluruhan RM639.7 juta yang membekalkan 598 juta liter sehari (MLD) atau menyumbang 84.5 peratus kapasiti keseluruhan kini sudah siap atau berada di penghujung penyempurnaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Dato’ Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata, tiga projek berkenaan ialah LRA Pelubang, Jenun Baru dan Lubuk Buntar Lama.

Menurutnya, LRA Pelubang kini mencapai 94.14 peratus kemajuan, Jenun Baru 99.7 peratus, manakala Lubuk Buntar Lama telah siap sepenuhnya.

β€œDaripada keseluruhan kapasiti akhir lima LRA utama Kedah yang merangkumi 708 MLD, tiga projek ini sahaja menyumbang 598 MLD atau 84.5 peratus.

β€œAngka ini menunjukkan lebih empat perlima daripada keseluruhan kapasiti lima projek datangnya daripada tiga LRA yang kini telah siap atau hampir disiapkan,” katanya.

Mohamad Yusoff berkata, LRA Pelubang merupakan projek terbesar bernilai RM431 juta dengan kapasiti akhir 454 MLD selepas dinaik taraf daripada 227 MLD.

β€œPelubang sahaja menyumbang kira-kira 64.1 peratus daripada keseluruhan kapasiti lima projek, sekali gus menjadi komponen terbesar (hampir dua pertiga) dalam usaha memperkukuh bekalan air terawat terutama di Kota Setar dan Kubang Pasu.

β€œProjek ini kini mencapai 94.14 peratus dan dilaksanakan oleh BDB Synergy Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB),” katanya.

Sementara itu, katanya, LRA Jenun Baru yang bernilai RM156.8 juta kini mencapai 99.7 peratus, dengan kapasiti ditingkatkan daripada 55 MLD kepada 110 MLD.

β€œPeningkatan itu bermakna kapasiti loji digandakan sepenuhnya, dengan tambahan 55 juta liter air sehari.

β€œProjek dilaksanakan Menta Construction Sdn. Bhd. Ini telah memasuki operasi meskipun kerja fizikal keseluruhan menunjukkan hanya sebahagian kecil baki kerja diperlukan sebelum siap sepenuhnya.

β€œJenun Baru menyumbang sekitar 15.5 peratus daripada keseluruhan kapasiti lima LRA,” katanya.

Tambah beliau lagi, LRA Lubuk Buntar Lama p**a telah siap 100 peratus dengan nilai projek RM51.9 juta dan kapasiti 34 MLD.

β€œProjek ini dilaksanakan oleh United AAD Sdn. Bhd. dan apabila digabungkan dengan LRA Lubuk Buntar Baru berkapasiti 25 MLD, kapasiti kedua-dua loji di Lubuk Buntar kini mencecah 59 MLD.

β€œKapasiti 34 MLD ini bersamaan 4.8 peratus daripada keseluruhan lima LRA,” katanya.

Menurut Mohamad Yusoff, dua lagi projek iaitu LRA Bukit Selambau dan Sungai Limau masih memerlukan perhatian selepas kontrak asal kedua-duanya ditamatkan.

Katanya, Bukit Selambau mempunyai kapasiti akhir 70 MLD, manakala Sungai Limau 40 MLD, menjadikan keseluruhan baki kapasiti yang perlu diselesaikan sebanyak 110 MLD atau 15.5 peratus daripada kapasiti lima LRA.

β€œBukit Selambau mewakili 9.9 peratus daripada 708 MLD (lima LRA) dengan nilai kontrak asal sekitar RM129.4 juta, manakala Sungai Limau (5.6 peratus) bernilai RM89.8 juta dan kedua-duanya dilaksanakan oleh kontraktor asal yang sama, Widad Builders Sdn. Bhd.

β€œPerkara paling penting selepas penamatan kontrak ialah memastikan proses pemulihan dan kesinambungan pelaksanaan dapat dilakukan supaya baki kapasiti yang dirancang benar-benar dapat diwujudkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Yusoff menegaskan, adalah tidak tepat untuk menggambarkan seolah-olah Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara peribadi memilih semua kontraktor bagi projek LRA berkenaan, seperti yang ditularkan.

Katanya, empat projek iaitu Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama telah melalui mekanisme tender Jabatan Kerja Raya (JKR), manakala Pelubang menggunakan mekanisme berbeza.

β€œPemilihan dan penganugerahan kontrak dilaksanakan melalui struktur perolehan kerajaan dan JKR mengikut prosedur serta mekanisme masing-masing. Hanya Pelubang dianugerahkan kepada BDB Synergy Sdn Bhd,” katanya.

Mohamad Yusoff berkata, isu bekalan air Kedah sudah berlarutan sekian lama sehingga sering dijadikan bahan perdebatan politik, namun perkara lebih penting adalah memastikan kapasiti bekalan yang dirancang benar-benar dapat dimanfaatkan rakyat.

β€œKeperluan air bukan hanya untuk kegunaan domestik, malah meliputi sektor industri, komersial, hospital, sekolah, universiti, pembangunan perumahan serta projek ekonomi baharu selain keperluan rizab operasi.

β€œPada masa sama, negeri turut berdepan cabaran Non-Revenue Water (NRW) yang perlu ditangani secara berterusan,” ujarnya.

Tambah beliau, kelima-lima projek ini mempunyai sejarah perancangan merentasi pentadbiran sebelum Sanusi menjadi Menteri Besar pada Mei 2020.

β€œNamun, apa yang boleh dinilai ialah apa yang berlaku kepada projek-projek tersebut sepanjang tempoh pentadbiran beliau dan usaha Kerajaan Negeri memastikan projek dapat disiapkan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kedah,” katanya.

STATUS TERKINI LRA KEDAH
LRA Pelubang: 94.14 peratus (454 MLD, RM431 JUTA)
LRA Jenun Baru: 99.7 peratus (110 MLD, RM156.8 JUTA)
LRA Lubuk Buntar: 100 peratus (34 MLD, RM51.9 JUTA)
LRA Bukit Selambau: tender semula (70 MLD)
LRA Sungai Limau: tender semula (40 MLD)




07/03/2026
29/10/2025

π™ˆπ˜Όπ™…π™‡π™„π™Ž π™‹π™€π™π˜½π˜Όπ™‰π˜Ώπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™†π™π™‡π™„π™ˆ π˜Ώπ™„π™„π™†π™π™„π™π˜Όπ™ π™Žπ™€π˜½π˜Όπ™‚π˜Όπ™„ π™Žπ™ˆπ˜Όπ™π™ π˜Ύπ™„π™π™” π™€π˜Όπ™π™‡π™” π˜Όπ˜Ώπ™Šπ™‹π™π™€π™ 2025

PUTRAJAYA – Satu lagi kejayaan membanggakan buat Daerah Kulim apabila Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima pengiktirafan berprestij sebagai Smart City Early Adopter 2025 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri KPKT kepada YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, dalam majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Pengiktirafan ini diberikan kepada pihak berkuasa tempatan yang berjaya melaksanakan inisiatif Bandar Pintar Malaysia berasaskan penilaian MS ISO 37122:2019 – Sustainable Cities and Communities Indicators for Smart Cities.

MPKK diiktiraf atas kecemerlangan dalam pelaksanaan strategi bandar pintar yang meliputi aspek pentadbiran digital, ekonomi pintar, kesejahteraan komuniti, mobiliti lestari, infrastruktur digital dan kelestarian alam sekitar β€” sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah kesejahteraan rakyat serta keterangkuman sosial.

Pengiktirafan ini menjadi tanda kemajuan pesat Kulim dalam menuju status bandar pintar, mampan dan berdaya huni menjelang 2035, sekaligus menjadi inspirasi kepada masyarakat Kulim untuk terus menyokong agenda pembangunan hijau dan digital yang digerakkan MPKK.

🌟 Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Majlis Perbandaran Kulim atas komitmen, inovasi dan dedikasi berterusan dalam mentransformasi Kulim ke arah Bandar Pintar masa depan!

πŸ“Έ Kredit Foto: Majlis Perbandaran Kulim

Address

09000
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prassana_Kulim Lands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category