Residensi prima seri mahkota

Residensi prima seri mahkota Persatuan residensi prima seri mahkota

24.7.2026 SUMBANGAN BAKUL MAKANAN DARIPADA PUSAT KHIDMAT DSSN KEPADA PENDUDUK RESIDENSI PRIMA SERI MAHKOTAAlhamdulillah,...
24/07/2026

24.7.2026 SUMBANGAN BAKUL MAKANAN DARIPADA PUSAT KHIDMAT DSSN KEPADA PENDUDUK RESIDENSI PRIMA SERI MAHKOTA

Alhamdulillah, Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota (RPSM) telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Pusat Khidmat Datuk Seri Saifuddin Nasution (DSSN) untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Residensi Prima Seri Mahkota.

Pihak persatuan amat menghargai keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Pengagihan bakul makanan ini akan diutamakan kepada golongan B40 yang benar-benar memerlukan, agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kos sara hidup mereka.

Semoga usaha murni ini menjadi manfaat kepada para penerima dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah..

Terima kasih Pusat Khidmat DSSN atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada masyarakat.



10.7.2026 program kacau bubur asyura dan Mesyuarat Pertengahan Tahun RPSMAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT keran...
11/07/2026

10.7.2026 program kacau bubur asyura dan Mesyuarat Pertengahan Tahun RPSM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Kacau Bubur Asyura serta Mesyuarat Pertengahan Tahunan Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan, para penduduk serta semua yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan kedua-dua program ini. Semangat gotong-royong, kebersamaan dan ukhuwah yang ditunjukan amat dihargai.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan memperkukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

Ikhlas daripada
Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota.

Sekian,
Terima kasih.
Suhana Othman
Setiausaha
Residensi Prima Seri Mahkota

31.5.2026 KENDURI PENDUDUK RESIDENSI PRIMA SERI MAHKOTAAlhamdulillah, selesai sudah Majlis Kenduri Penduduk Residensi Pr...
31/05/2026

31.5.2026 KENDURI PENDUDUK RESIDENSI PRIMA SERI MAHKOTA

Alhamdulillah,
selesai sudah Majlis Kenduri Penduduk Residensi Prima Seri Mahkota (RPSM).
Pihak Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk yang telah hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan serta pasukan rewang yang telah bertungkus-lumus dari awal hingga akhir dalam menjayakan majlis ini. Segala penat lelah, kerjasama dan semangat gotong-royong yang ditunjukkan amatlah dihargai dan menjadi bukti kukuhnya perpaduan dalam komuniti RPSM.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha serta sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. RPSM kuat kerana kebersamaan penduduknya.

Sekian,
Terima Kasih.
SUHANA OTHMAN
Setiausaha Residensi Prima Seri Mahkota

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 πŠπƒπ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π€π†π„ππ’πˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π, πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€πŒπ€π π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŠπ„πƒπ€π‡30 Mei 2026 | Kulim,KedahPag...
31/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 πŠπƒπ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π€π†π„ππ’πˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π, πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€πŒπ€π π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

30 Mei 2026 | Kulim,Kedah

Pagi ini Team Komuniti Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota telah menyertai program Sesi Libat Urus KDN bersama Agensi Kerajaan Kedah. Jabatan S**arelawan Malaysia (RELA) telah mengurusetiakan program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk KPjR Rosli bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan S**arelawan Malaysia (RELA) sebagai simbolik kepada nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat perpaduan dalam menyantuni masyarakat.

Program telah menghimpunkan warga kerja agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri(KDN)di Negeri Kedah bersama masyarakat setempat bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan dan komuniti di samping menyantuni rakyat melalui pelbagai pengisian kemasyarakatan serta aktiviti ibadah korban sempena Aidiladha melibatkan beberapa lokasi berikut:

1️⃣ Surau Al-Wathan, Kampung Padang Tembak, Kulim
2️⃣ Masjid Al-Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim
3️⃣ Masjid Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kg. Baharu Darul Aman, Kulim
4️⃣ 144D, Kg. Keladi, Kulim
5️⃣ Kandang Lembu Jan, Kg. Pondok Labu Seberang, Kulim
6️⃣ Kampung Tebuk Mat Rashid, Surau Ar-Rasyid, Bandar Baharu

Sebanyak 50 ekor lembu korban telah diagihkan kepada beberapa agensi dan komuniti setempat.



Sekian,
Terima kasih
SUHANA OTHMAN
Setiausaha
Residensi Prima Seri Mahkota

20.5.2026 pelan perancangan pembinaan surau RPSMAlhamdulillah,Hari ini wakil persatuan telah selesai mengadakan satu mes...
20/05/2026

20.5.2026 pelan perancangan pembinaan surau RPSM

Alhamdulillah,
Hari ini wakil persatuan telah selesai mengadakan satu mesyuarat bersama Mohammad Fadzlan Bin Ibrahim(Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap) berkenaan pelan perancangan pembinaan surau di Residensi Prima Seri Mahkota.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan pihak jabatan menerima baik cadangan tersebut serta memberikan pandangan dan cadangan untuk tindakan selanjutnya.

Insya-Allah pihak persatuan akan terus berusaha dan memberikan komitmen sepenuhnya sehingga hasrat pembinaan surau ini dapat direalisasikan demi kemudahan dan manfaat seluruh penduduk.

Sekian,
Terima kasih
Suhana Othman
Setiausaha
Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota

15.5.2026 sumbangan lembu korbanAlhamdulillah, pengerusi dan setiausaha persatuan telah menerima sumbangan lembu bahagia...
15/05/2026

15.5.2026 sumbangan lembu korban

Alhamdulillah, pengerusi dan setiausaha persatuan telah menerima sumbangan lembu bahagian persatuan yang disampaikan sendiri oleh Dato Seri Saifuddin Nasution( Menteri Dalam Negeri)dalam satu program penyerahan lembu korban pada hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, pengerusi turut menyuarakan hasrat dan permohonan dana kepada Dato’ Seri bagi pembinaan surau di dalam taman kita ini. Alhamdulillah, pihak beliau menerima baik permohonan tersebut dan memberikan respon yang sangat positif.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan mendapat sokongan semua pihak demi keselesaan serta manfaat bersama penduduk setempat pada masa akan datang.

Sekian,
Terima kasih
Suhana Othman
Setiausaha
persatuan Residensi Prima Seri Mahkota

Alhamdulillah, selesai majlis rumah terbuka bersama Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota. Semoga ukhuwah yang terjalin...
26/04/2026

Alhamdulillah, selesai majlis rumah terbuka bersama Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat, silaturahim semakin kukuh, dan kenangan indah yang tercipta hari ini menjadi penyeri dalam kehidupan bermasyarakat.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan sumbangan diberkati dan dirahmati. 🀲

Yang Benar
Suhana Othman
Setiausaha
Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota

13.4.2026 – LAWATAN TAPAK PEMASANGAN TIANG TMUntuk makluman semua, pihak Persatuan RPSM telah mengadakan lawatan dan pem...
14/04/2026

13.4.2026 – LAWATAN TAPAK PEMASANGAN TIANG TM

Untuk makluman semua, pihak Persatuan RPSM telah mengadakan lawatan dan pemantauan bersama pihak MPK serta pasukan TM di semua lokasi pemasangan tiang TM.

Dalam lawatan tersebut, pihak persatuan telah memohon agar pihak TM membuat pembetulan bagi pemasangan di bahagian yang bermasalah, khususnya melibatkan kedudukan tiang yang terlalu hampir dengan longkang. Dimaklumkan bahawa terdapat paip di bawah permukaan tanah yang tidak dapat dielakkan, justeru pihak TM perlu menyesuaikan kedudukan tiang berhampiran kawasan longkang.

Pihak TM juga telah memaklumkan bahawa sebarang kerosakan yang berlaku pada struktur longkang adalah di bawah tanggungjawab mereka dan akan diperbaiki sepenuhnya oleh pihak TM.
Anggaran kerja-kerja pengendalian ini dijangka mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk disiapkan.

Sehubungan itu, pihak persatuan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang masalah, penduduk diminta untuk menghubungi mana-mana AJK persatuan bagi tindakan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar
Suhana Othman
Setiausaha
Persatuan Residensi Prima Seri Mahkota

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terima kasih kepada semua penduduk yang bertungkus lumus menjayakan pemasangan cer...
17/03/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada semua penduduk yang bertungkus lumus menjayakan pemasangan cermin cembung di kawasan kita.

Penghargaan kepada para penyumbang, barisan AJK, jiran-jiran yang turun membantu, berkongsi peralatan, berkongsi elektrik, membancuh simen konkrit dan semua yang turut serta.

Semangat kerjasama seperti ini sangat dihargai demi keselamatan bersama.

S**a untuk saya kongsikan sepotong hadis:β€œApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”(HR Muslim, 1631)

Semoga usaha kecil ini menjadi salah satu amal jariah yang memberi manfaat berpanjangan. Terima kasih semua dan selamat berpuasa . πŸ‘

Sekian,
Terima kasih

Suhana Othman
Setiusaha
Residensi Prima Seri Mahkota

04/03/2026

Address

Residensi Prima Seri Mahkota
Kulim
09000

Telephone

+601111532030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Residensi prima seri mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Residensi prima seri mahkota:

Shortcuts

Share

Category