Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Tenang

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Tenang NADI dipergiatkan sebagai pusat perkhidmatan pintar di kawasan luar bandar.

TOLONGGGG LAH UPGRADE SKILL KORANG.. ZAMAN SEKARANG NI KALAU TAK TAHU LANGSUNG GUNA AI MEMANG KETINGGALAN JAUH NANTI.. 😮...
10/08/2026

TOLONGGGG LAH UPGRADE SKILL KORANG.. ZAMAN SEKARANG NI KALAU TAK TAHU LANGSUNG GUNA AI MEMANG KETINGGALAN JAUH NANTI.. 😮‍💨
Kalau tak tahu nak mula dekat mana join je program Perkhidmatan Pintar NADI ada macam-macam kelas yang boleh upgrade hidup, kerjaya dan bisnes korang 👇
📊 Microsoft PowerPoint Basic
📱 Kenali setting kamera smartphone
🛠️ Belajar buka & pasang Android
🧵 Jahit pola kurung pesak gantung
🍰 Penyediaan kek chiffon
💼 Marketing & Business Operations
🤖 AI Influence Online + perkembangan Mahir Prompt Engineer
📚 Tuisyen Rakyat & VOD Revision
💬 Kalau boleh upgrade SATU skill dulu, korang pilih yang mana?
PowerPoint / Foto / Android / Jahit / AI / Bisnes
Komen pilihan korang 👇
Tag kawan yang selalu cakap “nanti lah aku belajar” tu 😆
Scan QR pada poster untuk maklumat lanjut social media Perkhidmatan Pintar NADI.

Di sebalik sehelai uniform sekolah, ada tangan komuniti yang bekerja dengan teliti.
Ada yarg mengukur.
Ada yang menjahit.
Ada yang melipat.
Ada yang menyusun dengan penuh rasa tanggungjawab.
Uniform ini bukan sekadar pakaian untuk ke sekolah. la membawa harapan ibu bapa, keyakinan anak, dan peluang buat komuniti yang menjahitnya.
Apabila komuniti menghasilkan untuk komuniti, nilainya lebih besar daripada produk.
Setiap jahitan ada harapan.

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI
Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.
Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.
Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:
•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.
Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.
Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.

Ibu bapa yang sedang mencari baju sekolah anak-anak untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, kini boleh dapatkan di NA...
10/08/2026

Ibu bapa yang sedang mencari baju sekolah anak-anak untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, kini boleh dapatkan di NADI.
✅ Baju sekolah rendah perempuan.
✅ Baju sekolah menengah perempuan.
✅ Harga berpatutan.
✅ Sesuai untuk persediaan sesi persekolahan.
✅ Tempahan boleh dibuat melalui NADI berhampiran.
Jangan tunggu saat akhir. Buat persediaan awal supaya anak-anak lebih selesa dan kemas ke sekolah.
📌 Berminat? Hubungi petugas NADI sekarang untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran...
10/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting 👆 rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak p**ak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang...
10/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.
Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.
Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.
Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.
Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.
Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.
Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.
Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.
Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.
Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.
Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.
Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.
Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

NADI x E-sport - Kepimpinan dalam Pas**an E-s**an📆 08 Ogos 2026 (Sabtu)⏰ 10:00 pagi - 10:30 pagi 📍 NADI Kampung Tenang  ...
09/08/2026

NADI x E-sport - Kepimpinan dalam Pas**an E-s**an
📆 08 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 10:00 pagi - 10:30 pagi
📍 NADI Kampung Tenang

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
09/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
09/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)

🌿 Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.Dalam Tai Chi, pernafasan yang betul bukan sekadar tarik dan hembus nafas — i...
08/08/2026

🌿 Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.

Dalam Tai Chi, pernafasan yang betul bukan sekadar tarik dan hembus nafas — ia boleh membantu tubuh dan minda jadi lebih tenang. 🧘‍♂️

Dalam video kali ini, Master Yong Hui K**k tunjukkan teknik pernafasan Tai Chi yang mudah untuk diamalkan bagi membantu relax & kurangkan stress.

👉 Jom cuba sama-sama:
https://youtu.be/ov7L8bQ55xY

Tonton sekarang dan rasakan bezanya. 🌱

🌿 Stress? Cuba betulkan cara bernafas dulu.Dalam Tai Chi, pernafa...

Address

Wisma Belia, Jalan Tok Guru, Kampung Tenang
Labis
85300

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Tenang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Tenang:

Shortcuts

Share

Category